Thursday, 2 March 2017

[Video Pas dah TELAN MATA KAIL Umno] 'Sakau' dah naikkan harga gula pulak! Janji 2013...Khianat 2017? "Sejak bila orang cop UMNO parti rasuah?" - Noh Omar (6/11/2015)

Khamis, 2 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.
Rakyat baru nak tarik nafas lega harga petrol tak naik semalam, rupa-rupanya dia 'sakau' naikkan harga gula pulak! Puih!!!

Bersepah2 banner & poster MUKA NAJIB di seluruh negara, katanya..

"KAMI MENDENGAR MASALAH ANDA TENTANG KOS SARA HIDUP"

Puih!!!

Foto Suara Rakyat.


"Sejak bila orang cop UMNO parti rasuah?" - Noh Omar, 6/11/2015

"Ahli UMNO tidak amal rasuah" - Bung Moktar, 12/11/2015

"UMNO parti rasuah" - Tengku Razaleigh Hamzah, 4/8/2008

FAKTA:
UMNO Dan Penyangak Tiada Bezanya..

Satu undi untuk BN, satu undi untuk rasuah

Rakyat khususnya para pengundi di negara ini perlu memastikan negara bebas daripada belenggu rasuah dengan memilih kerajaan baru yang lebih berintergriti kerana satu undi yang diberikan kepada BN bermakna satu undi untuk rasuah.
Dalam satu kenyataan bersama, parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang makin berleluasa di bawah pentadbiran Najib Razak.
"Barometer Korupsi Global Transperancy International (Asia Pasifik) bagi tahun 2016 telah mendedahkan seramai 60 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa tahap rasuah negara ini semakin teruk dengan pertambahan dua kali ganda berbanding 30 peratus pada tahun 2014.
"Kenyataan ini disokong oleh kajian Barometer Edelmen Trust Malaysia 2017 yang menyatakan bahawa seramai 52 peratus rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada institusi dan sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial manakala 83 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa rasuah sebagai punca utama," ujar kenyataan bersama Datuk Raja Kamarul Bahrin (AMANAH), Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP).
Kenyataan itu menambah, majalah Time keluaran Mac 2016 telah menempatkan Malaysia sebagai negara kedua paling korup di dunia selepas Brazil manakala The Economist’s Crony Capitalism Index 2016 meletakkan Malaysia di kedudukan kedua di dunia selepas Rusia.
Negara ujar kenyataan itu, sekali lagi telah dimalukan di seluruh dunia apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyifatkan Malaysia mengamalkan kleptokrasi akibat skandal penyelewengan dana 1MDB.
Pada tahun 2015, Global Financial Integrity (GFI) menempatkan Malaysia dalam senarai lima negara utama di dunia yang mengamalkan aliran tunai keluar secara haram dengan jumlah terkumpul bersamaan RM1.8 trilion antara tahun 2004 dengan 2013.
"Dengan skandal-skandal 1MDB, Jabatan Air Negeri Sabah, Felda, dan Majlis Amanah Rakyat, ini membuktikan bahawa budaya korupsi yang diamalkan oleh Kerajaan Umno-BN semakin membarah.
"Kos rasuah terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam bentuk kemerosotan nilai matawang ringgit, pemotongan peruntukan untuk sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan, GST, serta kenaikan kos sara hidup," kenyataan media itu dipetik.
Sehubungan itu, Pakatan Harapan menawarkan permulaan baru dengan:
1. memastikan tiada campur tangan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi pelaburan dan khazanah negara. Kesemua ini akan dibenarkan untuk membuat keputusan berdasarkan mandat pelaburan daripada mandat rakyat;
2. melantik seseorang yang berwibawa untuk menjadi peguam negara yang diberi kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas siasatan terhadap sesiapa sahaja mengikut Perlembagaan; dan
3. memastikan kebebasan media, termasuk agensi-agensi berita dan penyiaran berita milik rakyat yang dibenarkan berfungsi secara bebas dan saksama.
"Oleh yang demikian, Pakatan Harapan menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang menentang rasuah dan inginkan perubahan untuk segera mendaftar dan keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang," ujar kenyataan bersama itu.
Read More

[Video OBJ Trading Menipu?] Beroperasi tak sampai pun 2 bulan dah tutup! Lebih 1,000 orang ditipu & Mengapa TMB Kelantan pula menjadi kontroversi?

Khamis, 2 Mac 2017

Gambar-Gambar Nik Amar Rasmi OBJ Trading - Nik Amar Nafi Terlibat Soalnya Kenapa TMB Pun Boleh Kena Tipu?

Lebih dari 1,000 orang telah ditipu.

Perniagaan OBJ Trading dan Nik Amar menjadi kontroversi dalam 3,4 hari ini berikutan tentang satu kes penipuan yang membabitkan wang pelaburan dari orang ramai.

Kenapa kecoh-kecoh? 

Kes ini bermula apabila perniagaan OBJ Trading menutup operasi perniagaannya secara tiba-tiba tanpa sebarang makluman kepada kakitangan syarikat (pekerja) dan juga para pelanggannya.

Rentetan dari sikap tidak bertanggungjawab pemilik perniagaan tersebut, orang ramai mula menyerang premisperniagaan itu pada akhir Februari lepas.

Info yang kami terima dari PSM Kelantan, seramai 40 orang pekerja OBJ Trading telah membuat laporan secara beramai-ramai di Jabatan Buruh Tenaga Kerja Kelantan pada 27 Februari yang lepas.

Ini kerana OBJ Trading tidak menjelaskan baki gaji tertunggak selepas operasi perniagaan ditamatkan. Pekerja yang menuntut bayaran gaji termasuk upah lebih masa melibatkan seramai 150 orang. Turut dimaklumkan kebanyakan dari mereka tidak menerima gaji bermula Januari 2017 yang lepas.

Dalam pada itu, wakil Jawatankuasa Bertindak Pekerja OBJ Teraniaya, Encik Muhd Basri Aziz berkata, tindakan pemilik yang menutup operasi perniagaan secara tiba-tiba menyebabkan pekerja terpaksa berhadapan dengan kemarahan pelanggan apabila dituduh bersubahat dengan pemilik syarikat bagi menipu wang pelanggan. Sedangkan pekerja turut sama menjadi mangsa penipuan pemilik syarikat. Oleh itu Jawatankuasa berharap agar pelanggan tidak menyalahkan pekerja dalam hal ini memandangkan kedua-dua kumpulan adalah mangsa keadaan. 

Pemilik OBJ Trading ahli PAS tetapi tiada kaitan dengan PAS.

Turut tersebar dakwaan yang mengatakan OBJ Trading dimiliki oleh ahli PAS namun hasil semakan kami perniagaan tersebut sama sekali tiada kaitan dengan parti Islam itu.  

Bagaimana nama Nik Amar boleh dikaitkan dengan OBJ Trading?

Berikut dibawah adalah gambar-gambar perasmian dan pembukaan pejabat urusan OBJ Trading yang diadakan pada 31 December 2016 yang lepas.





Gambar-gambar ini diperolehi oleh pihak kami ketika meninjau laman FB OBJ Trading. Merasmikan pejabat urusan pada akhir december 2016, menutup premis perniagaan pada hujung februari 2017. Beroperasi tak sampai pun 2 bulan ye?

Individu dakwa melabur kerana program dirasmikan oleh Nik Amar 

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan. Apabila satu-satu syarikat dirasmikan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan sudah tentu la secara tidak langsung akan menambat kepercayaan orang ramai untuk menyakini reputasi syarikat tersebut.

Dan ini adalah respon segera Nik Amar dalam menjawab dakwaan yang timbul di laman sosial.

Sila Klik Imej Untuk Paparan Yang Lebih Jelas

Selepas membaca respon Nik Amar, harus kami kata kami kurang gemar dengan jawapan yang diberikan kepada pihak media. Bagi pihak kami, Nik Amar mendedahkan kelemahan diri dan kerajaan yang diwakilinya. Adakah Nik Amar seseorang yang mudah diperdayakan? Inila yang kami fikirkan selepas membaca respon di atas.

Nik Amar bukanlah orang biasa yang sesiapa sahaja boleh menjemputnya menghadiri satu-satu program. Bukannya kita boleh secara biasanya membuat panggilan telefon dan dapat menjemputnya terus untuk hadir! 

Untuk menjemput Nik Amar menghadiri satu-satu program, sudah tentu ada protokol rasmi yang perlu dilalui memandangkan Nik Amar membawa title Timbalan Menteri Besar Kelantan. 



Oleh kerana Nik Amar menafikan mempunyai kaitan dengan OBJ Trading sudah tentu kita fikir, bagaimana orang biasa-biasa seperti pemilik OBJ Trading ini mampu mempengaruhi Nik Amar sehingga beliau menghadiri program perasmian syarikat yang menipu orang ramai. Pelik tak, pelik bukan?

Program perasmian pun biasa-biasa je tapi tak sangka sampai TMB pun kena tipbro!
  



Berani awak jual nama Nik Amar ya, tak pasal-pasal ada yang terpedaya. 

Boss OBJ Trading
Satu lagi respon Nik Amar yang membuatkan usus kami hampir terburai ialah apabila Nik Amar menasihati orang ramai jangan mempercayai sindiket penipuan seperti itu dan berhati-hati dalam membuat sebarang pekerjaan dalam mencari rezeki yang halal.


Ehsan Google
Nasihat yang baik sudah tentu kami sokong. Malangnya secara tidak langsung tindakan kita sebenar lah yang mendorong orang lain menyakini syarikat tersebut dalam menjayakan penipuannya tau. Takan ini pun orang lain nak suarakan baru Nik Amar faham, betul tak?

Bagi meredakan keteganganadalah lebih baik jika kita bersemuka dengan pihak yang teraniaya dan mendengar masalah dan melantik seorang wakil kerajaan negeri bagi memantau perjalanan siasatan. Dalam pada itu harus juga Nik Amar menjalankan siasatan dalaman siapakah individu yang bertanggungjawab mempengaruhi beliau untuk merasmikan satu program yang menipu wang orang ramai.


Pihak kami faham kenapa program tersebut boleh menarik perhatian kerajaan negeri. Kerana inisiatif yang ditawarkan adalah baik untuk mereka yang duduk di rumah seperti suri rumah, pelajar atau mereka yang sakit dan tidak boleh keluar bekerja malangnya kerajaan negeri harus melakukan siasatan terperinci sebelum melibatkan diri dalam program seumpamanya. 

Jika Nik Amar begitu mudah diperdayakan oleh orang awam walaupun dirinya berstatus Timbalan Menteri Besar, bagaimana pula dengan permainan penipuan kolar putih, mampukah Nik Amar menghindari dari ditipu oleh golongan korporat yang lebih licik dalam melakukan penipuan? Kami percaya rakyat Kelantan kini sudah mula memikirkan tentang persoalan tersebut.

Read More

Kenaikan HARGA GULA kali ke-7! Kerunsingan Najib Terhadap Kehidupan Seksual Anda Punca Harga Gula Naik?

Khamis, 2 Mac 2017
Image result for Foto patung bogel donald trump
Warga AS foto bersama dengan patung Donald Trump bogel di Union Square Park, New York, AS, Khamis (18/8). Patung Calon Presiden AS dari Parti Republik

Foto Suara Rakyat.
SAH.. KENAIKAN HARGA GULA KALI KE-7 !!!
Harga gula terkini drpd RM2.84 kepada RM2.95 1kg.
TAHUKAH ANDA.. ketika era Robert Kuok meniaga gula harganya cuma RM1.45 (hanya sekali kenaikan harga).
TETAPI setelah syarikat gula diambil alih oleh kroni2 Umno & FGV harga gula SEMAKIN MURAH DENGAN KENAIKAN HARGA GULA SEBANYAK 7 KALI !!!
HIDUP UMNO !!.. HIDUP MELAYU !!!..
Foto Otai BERSIH.

Kerunsingan Najib Razak Terhadap Kehidupan Seksual Anda Punca Harga Gula Naik?

Penulis 
Harga gula meningkat sehingga RM0.11 ​​sekilogram, walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai dibuat.

Sekilogram gula kini berharga RM2.95, iaitu peningkatan 4 peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013.

Ini telah disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng.

Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej teks.

"Saya menerimanya kira-kira jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp. Tidak ada surat rasmi," kata Hong.
Beliau mengandaikan kerajaan mengelak untuk membuat pengumuman rasmi untuk mengelakkan peruncit dari menaikkan pemberitahuan dan pengguna daripada pembelian panik.

Hong menyifatkan kenaikan harga sebagai sederhana kerana kali terakhir harga barangan itu meningkat sebanyak RM0.20 sekilogram, memandangkan terdapat turun naik dalam harga gula global sejak kebelakangan ini.

PM Najib Razak : "Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda "

TPM Muhyiddin Yassin : "Mereka perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis TS Azizan Razak "

 Ini sahaja jawapan efektif oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk justifikasi kenaikan harga gula ?
Read More

Wednesday, 1 March 2017

[Video Rafizi BONGKAR Najib SEMBUNYI Hasil Minyak RM9 Billion! Najib jual 50% saham Petronas kpd Aramco Saudi! Harta negara tergadai lagi & Jins Shamsuddin meninggal dunia petang tadi.

Rabu, 1 Mac 2017

Foto Otai BERSIH.
Meh...Kita Teka Harga Minyak..?

Ini tujuan kedatangan Raja Arab.
Najib Razak jual saham Petronas.
Habis harta negara Najib Razak jual...HARAM JAD***NYA PM..!!!
Petronas menjual 50% saham Kem Rapid Pengerang yang bernilai USD27 bilion kepada Aramco Saudi.
Satu demi satu harta negara tergadai. Semua hanya kerana nak memuaskan nafsu seorang kleptokrat yang tak kenal puas.
#SelamatkanMalaysia.

Jins Shamsuddin meninggal dunia

Industri hiburan negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Perkara itu disahkan oleh Persatuan Seniman Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.
Seniman legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun.
Jins Shamsuddin, yang lahir pada 5 November 1935 mula bergiat aktif dalam lapangan seni sebagai pelakon dan pengarah filem.
Pada awal kariernya, beliau mendapat bimbingan seniman agung Tan Sri P Ramlee dan menjadi terkenal pada tahun 1950-an hingga 1970-an.
Malaysiakini.
Read More

[Video Penyakit Najib Dah Berjangkit Kpd K'jaan PAS Kelantan] PULOK DAH! Pas akan RAMPAS MALAYSIA? Kelantan kalah kes di mahkamah dua hari berturut-turut.

Rabu, 1 Mac 2017


Image result for Foto Tuan ibrahim dan najib

Najib TUN RAZAK bersama Tuan Ibrahim Tuan Man mendengar penerangan. “
Foto Suara Rakyat.
Krikk.. Krikk.. Krikk..
AKAN RAMPAS MALAYSIA ?

Kelantan kalah kes di mahkamah dua hari berturut-turut

Adakah kerajaan negeri Kelantan mampu mentadbir negeri itu dengan sempurna atau tidak kini menjadi persoalan selepas kalah kes mereka di mahkamah untuk dua hari berturut-turut.
Semalam, anak syarikat kerajaan negeri, Baldah kalah dalam kes saman projek Lebuhraya Rakyat manakala hari ini mahkamah yang sama membenarkan permohonan peniaga pasar besar Pasir Puteh menghalang perpindahan mereka ke pasar baru.
Menurut bekas exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Kerajaan Kelantan masih goyang kaki dengan kekalahan dua kes di mahkamah.
"Samada kepimpinan Kerajaan Kelantan kini mampu mentadbir Kelantan dengan sempurna, boleh dinilai melalui kes-kes Mahkamah yang sedang berjalan kini," kata Husam yang kini penasihat Amanah Kelantan dalam satu kenyataannya.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan menyebelahi Dae Hang Guru dalam samannya ke atas anak syarikat kerajaan negeri - Baldah.
Penamatan kontrak sepihak yang dibuat oleh kerajaan megeri melalui Baldah diputuskan oleh mahkamah sebagai melanggar kontrak atas ikatan yang sah dan telah termetrai.
Jumlah bayaran pampasan akan ditaksirkan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu kemudian.
Hari ini, Mahkamah Tinggi yang sama membenarkan permohonan peniaga-peniaga Pasar Besar Pasir Puteh menghalang arahan berpindah ke pasar baru yang tidak memuaskan hati mereka.
Pendengaran penuh akan berlaku pada 26 Mac 2017 ini.
Selain kedua-dua kes itu, menurut Husam, ada banyak lagi kes lain yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.
Antara permohonan 348 peneroka Felcra Bukit Tandak terhadap kerajaan negeri.
Selain itu, kerajaan negeri atau Pas negeri juga terlibat dengan saman berikut:
a. Saman ke atas Kijang Kuari
b. Saman balas ke atas Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK)
c. Saman ke atas dua pimpinan Pas berkait sebidang tanah di Rantau Panjang
d. Saman oleh Encik Ya’akob bin Awang ke atas Baldah dan pengurusnya
e. Saman Orang Asli ke atas Kerajaan Negeri dan beberapa agensi
"Sepanjang saya di mahkamah, saya tidak melihat adanya mana-mana pimpinan Kerajaan Negeri memantau perbicaran kes-kes terbabit," kata Husam.
Bagi beliau, tindakan ini agak berbeza dari zaman Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi menteri besar dahulu.
"Apa punca banyaknya kes-kes di bawa ke mahkamah? Kecekapan Kerajaan Negeri atau kelemahannya?" soal Husam dalam kenyataan itu.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena