Friday, 3 March 2017

[Video Penyelewengan hartanah: Exco Johor bercuti mulai hari ini] REMAN ANAK EXCO dilanjut & Skandal hartanah Johor bukti UMNO gagal bela Bumiputera.

Sabtu, 4 Mac 2017

SKANDAL TANAH: REMAN ANAK EXCO, PEGAWA KHAS DILANJUT

Mahkamah Majistret Johor Bahru melanjutkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini ke atas empat daripada enam lelaki yang disiasat berhubung skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.
Perintah lanjutan reman sehingga 9 Mac itu dikeluarkan Majistret Hafizah Johor Ariff Johor hari ini.
Ia bagi membolehkan siasatan terus dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Semua mereka sebelum ini ditahan reman selama seminggu bermula Isnin lalu.
Dua pemaju pula dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Semua suspek berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira 8.30 pagi pada 24 Feb lalu.
Mereka yang ditahan merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal tersebut.
Dalam operasi berkenaan, SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Sebanyak 45 akaun bank milik bersama kesemua suspek melibatkan sekurang-kurangnya RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.
– Bernama
MC.
Foto Suara Rakyat.

"Sejak bila orang cop UMNO parti rasuah?" - Noh Omar, 6/11/2015

"Ahli UMNO tidak amal rasuah" - Bung Moktar, 12/11/2015

"UMNO parti rasuah" - Tengku Razaleigh Hamzah, 4/8/2008

FAKTA:
UMNO Dan Penyangak Tiada Bezanya...


Image result for Foto Rasuah bekalan air sabah
Yg ini tak ada unsur rasuah? Duit ini datang dr mana kenapa simpan dlm rumah?
Image result for Foto Rasuah bekalan air sabah
Rasuah Bekalan Air Sabah: 19 Jurutera Ditahan, RM2.4 Juta Dirampas

Skandal hartanah Johor bukti UMNO gagal bela Bumiputera

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Penyelewengan melibatkan pertukaran status hartanah bumiputera di Johor baru-baru ini merupakan bukti kukuh kerajaan UMNO – Barisan Nasional gagal melindungi kepentingan bumiputera.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub berkata, tindakan jijik itu telah mencemarkan nilai integriti warga Johor yang patut dipelihara bagi memastikan pentadbiran negeri bebas dari budaya rasuah.
“Saya ingin mempersoalkan kelemahan pentadbiran negeri Johor yang seolah-olah mudah bagi mereka untuk mengekspoitasi wang rakyat.
“Bayangkan dengan wang yang begitu banyak bocor itu, kita boleh manfaatkan kepada rakyat Johor dengan pelbagai projek dan bantuan untuk rakyat,” tegasnya, seperti yang dipetik portal berita Malaysia Dateline.
Dalam pada itu, Salahuddin turut mahu semua pegawai kerajaan Johor, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin mengisytiharkan harta sebagaimana yang pernah disarankan beberapa pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini.
Beliau kemudiannya meminta siasatan dilakukan terhadap seluruh anggota Exco negeri bagi memastikan tidak wujud unsur penyelewengan lain dalam kerajaan negeri.
“Ini kerana kes yang melibatkan jutaan wang rakyat ini perlu kepada siasatan menyeluruh,” ujarnya.
Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas penjawat awam Johor baru-baru ini ditahan kerana disyaki terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu.
Mereka dipercayai terlibat dalam penukaran status rumah-rumah bumiputera kepada bukan bumiputera secara tidak sah sejak 2013. – Roketkini.com
Read More

[Video Rasuah di Malaysia makin teruk, 60% rakyat setuju] 'ARTICLE NOT FOUND - 404'? Penduduk kampung Nik Aziz tubuh cawangan Amanah

Jumaat, 3 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.
Kenapa berita ini di portal harakah tiba-tiba telah dighaibkan drpd pengetahuan rakyat ??!.. Jeng.. Jeng.. Jeng..
" ARTICLE NOT FOUND - 404 "

Penduduk kampung Nik Aziz tubuh cawangan Amanah

Penduduk kampung Nik Aziz tubuh cawangan Amanah
Kejayaan penduduk kampung Pulau Melaka terutama golongan muda menubuhkan cawangan Parti Amanah Negara (Amanah) mendapat pujian pelbagai pihak termasuk para pemimpin parti itu.
Timbalan presiden Amanah Haji Salahuddin Ayub berkata beliau sungguh terharu melihat bendera besar Amanah berkibar megah di puncak dua pokok tinggi di pintu masuk ke kampung berkenaan.
“Tahniah pemuda Pulau Melaka,” kata Salahuddin ketika berucap di majlis penyerahan permohonan penubuhan Amanah cawangan Pulau Melaka petang semalam.
Perkembangan terbaru ini kata beliau menunjukkan usaha gigih pimpinan Amanah Kelantan kini telah membuahkan hasil.
“Penerimaan parti Amanah di kalangan masyarakat Kelantan bukan lagi satu khayalan dan penubuhan cawangan di Pulau Melaka ini menunjukkan parti Islam yang kita dukungi kini benar-benar menjadi pilihan baru rakyat Kelantan,” katanya.
Penerimaan parti Amanah katanya menunjukkan orang ramai sangat faham mengapa sebuah parti Islam baru seperti Amanah perlu muncul menggantikan parti lama yang kini jelas berubah haluan.
“Sekarang di media sosial heboh ditular video ucapan saya di muktamar Pas dulu berkenaan harapan saya untuk mati dalam Pas.
“Memang benar itu ucapan saya, kerana waktu itu parti lama saya memang jelas hala tuju perjuangannya di bawah bimbingan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Ketika itu, kita bertahalluf siyasi dengan semua mereka yang bersetuju untuk melawan Umno, tetapi sekarang amat malang apabila parti itu berpaling memusuhi semua musuh Umno dan bersikap begitu mesra dan menjadikan Umno sebagai tempat bergantung pula,” katanya.
Sementara itu, penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa yang turut berucap di majlis itu berkata tindakan Pas menghalau ahli-ahli parti yang menghayati inspirasi almarhum Tok Guru Nik Aziz akan menjadikan parti itu tidak relevan lagi.
“Saya yang pernah jadi co-pilot semasa Tok Guru Nik Aziz jadi juru pandu pesawat Pas mereka tendang keluar ikut jendela masa kapal tengah laju.
“Mujur ada kapal pengiring bernama Amanah, boleh saya bergayut,” katanya disahut laungan takbir oleh para hadirin yang ramai membanjiri majlis itu.
Majlis yang diadakan kira-kira 100 meter dari kubur almarhum Tuan Guru Nik Aziz itu berubah sayu seketika apabila Datuk Husam mengimbau kembali detik-detik beliau bersama almarhum mengendalikan parti dan kerajaan Kelantan.
“Tok Guru selalu ingatkan saya, ingat orang susah, ingat orang susah, bila ada orang susah, orang miskin datang ke pejabat Tok Guru sentiasa ingatkan saya, beri peluang orang miskin itu jumpanya dulu sebelum orang-orang besar lain.
“Sekarang apa sudah jadi, bila rakyat susah pembesar entah kemana.
“Orang Asli ditindas pembalak, tempat mereka cari makan digondol, sungai mereka tercemar dan yang terbaru rumah tempat mereka berteduh dibakar kerana dikatakan menghalang tokey-tokey balak, sehingga hari ini tiada siapa pembesar negeri pergi menjenguk.
“Di Pasir Puteh, majlis daerah buat pasar baru yang keadaannya lebih teruk dari tempat mereka berniaga sekarang, perkara ajaib yang tidak berlaku di mana-mana di dunia,” katanya.
Husam mengingatkan hadirin bagaimana semasa almarhum Nik Aziz apabila berlaku sebarang kesusahan yang dihadapi rakyat, beliau akan segera tiba untuk bersama mereka dan mendengar keluhan serta luahan mereka.
“Saya bercakap ini begitu dekat dengan kubur Tok Guru dan beliau tentu mendengar apa yang sedang kita perbincangkan ini.
“Mereka (Kerajaan Kelantan) hakikatnya sedang meruntuhkan semua yang dibina almarhum Tok Guru dalam menegakkan Islam dan memikul amanah membantu rakyat,” katanya. MD
Read More

[Video] Peneroka Felda sudah PANAS HATI! Skandal RM47.6 juta Felda? Isa Samad juga perlu disiasat.

Jumaat, 3 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.


Malaysia naik ke tangga ke- 23 RAKYAT DAPAT APA !!
ADAKAH kos sara hidup makin turun?
ADAKAH harga minyak makin turun?
ADAKAH dpt kembalikan semula subsidi rakyat?
ADAKAH Najib akan berhenti menipu rakyat?
ADAKAH Rosmah buang tabiat borosnya?

Skandal RM47.6 juta Felda: Isa Samad juga perlu disiasat

Isa SamadIsa Samad
Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad perlu disiasat ekoran dakwaan rasuah dua pegawai kanan Felda membabitkan kes pecah amanah RM47.6 juta.
Pengerusi Biro Parlimen Felda DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri berkata, dakwaan salah laku itu berlaku semasa tempoh perkhidmatan Isa sebagai pengerusi Felda.
"Tan Sri Isa Samad perlu pikul tanggungjawab ke atas pertuduhan pecah amanah dua pegawainya.
"Pertuduhan salah laku ini terjadi ketika dibawah jagaan beliau. Malah pegawai-pegawai yang dituduh dilihat sebagai pilihan Tan Sri Isa.
"Maka SPRM mesti siasat adakah salah laku ini berlaku dengan pengetahuan Tan Sri Isa," tegas Ahli Parlimen Raub itu kepada Roketkini.
Siasatan juga, tambah beliau untuk memastikan sama ada Isa lalai berfungsi sebagai pemimpin Felda dan Felda Global Ventures (FGV).
Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan timbalannya Muhammad Sufi Mahbub menghadapi tuduhan pecah amanah dan bersubahat bagi kesalahan yang dilakukan pada tahun 2014 di Bangunan Wisma Felda Kuala Lumpur melibatkan kelulusan projek penternakan ikan Sturgeon.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam dan sebutan semula kes akan dibuat pada 27 April 2017.
Read More

[Video 'Kecoh debat Asri-Hadi'...Mungkinkah usul Hadi dicetak semula?

Jumaat, 3 Mac 2017

Zulhazmi Shariff
Zulhazmi Shariff

Mungkinkah usul Hadi dicetak semula?

 | ARIF ATAN
(kiri)Tentatif Aturan pada Mesyuarat Parlimen yang disalah cetak dan (kanan)  Usul Hadi pada 24 November 2016.
(kiri)Tentatif Aturan pada Mesyuarat Parlimen yang disalah cetak dan (kanan) Usul Hadi pada 24 November 2016.
Petikan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) bertarikh 7 Mac nanti berkenaan usul persendirian Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi pindaan Akta 355 yang tular di media sosial difahamkan tersilap cetak.
Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini memberitahu, pernyataan pada AUM itu merupakan usul lama rang undang-undang (RUU) tersebut sebelum ditukar pada penangguhan kali kedua.
Hal berkenaan, ujar ahli Biro Guaman DAP Kedah itu telah disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
"Saya dimaklumkan bahawa usul dalam 7 Mac 2017 telah silap dicetak oleh pihak Parlimen dan disahkan oleh Azalina.
"Usul tersebut sebenarnya sudah dipinda pada 24 November 2016 oleh Haji Hadi dengann menetapkan had hukuman 30 tahun penjara, RM100, 000 denda dan 100 sebatan," jelasnya yang pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas pada 2013.
Mengulas lanjut, beliau menjangkakan usul pindaan lebih tiga bulan lalu oleh Presiden Pas itu akan dicetak kembali pada sidang Dewan Rakyat penggal kelima yang bakal bersambung mulai 6 Mac ini.
"Jadi, saya rasa AUM 7 Mac 2017 akan dicetak semula dengan memasukkan usul Haji Hadi yang baru seperti mana usul pindaan pada 24 November 2016," kata Zulhazmi lagi.
Pas sebelum ini mendakwa telah berjaya menarik ratusan ribu peserta untuk himpunan menyokong pindaan Akta 355 di Padang Merbok di ibu negara pada 18 Februari lalu.
Abdul Hadi buat kali pertama membawakan cadangan bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 tetapi menangguhkan pembentangan dan sekali lagi berlaku pada 24 November tahun lalu.
Hukuman syariah yang diperuntukkan pada masa ini adalah penjara tidak melebihi tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan maksimum enam kali sebatan.
Read More

[Video Trump puji Mekah palsu!] Bola sepak: Fernando Torres alami 'kecederaan otak traumatik' dek terhantuk.

Jumaat, 3 Mac 2017

Video Trump 'puji' Kaabah tular? ini sebenarnya...


Video Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump 'memuji' dan mengagumi Kaabah di Masjidil Haram, Makkah tular di laman sosial. 

Namun setelah diteliti video berkenaan adalah 'palsu' di mana ia telah disunting daripada versi asalnya menunjukkan Trump melihat gambar suasana majlis angkat dirinya sebagai presiden pada Januari lalu kepada gambar umat Islam tekun bertawaf mengelilingi Kaabah pada waktu siang. 

Video berdurasi selama 28 saat itu mulanya disiarkan stesen penyiaran terkenal AS iaitu ABC baru-baru ini dan di dalam video sebenar Trump teruja menyaksikan gambar itu sambil menyifatkan ia sebagai ‘lautan cinta’ apabila diberitahu ramai penyokongnya datang ke majlis tersebut dari seluruh negara.
KiniTV.

Bola sepak: Fernando Torres alami 'kecederaan otak traumatik' dek terhantuk


MADRID: Bekas penyerang Liverpool, Fernando Torres, mengalami "kecederaan otak traumatik" selepas terhantuk hingga tidak sedarkan diri dalam perlawanan La Liga antara pasukannya, Atletico Madrid, dan Deportivo la Coruna pada Khamis (2 Mac), yang berakhir dengan seri 1-1.
Torres, 32 tahun, terhantuk dari belakang oleh pemain pertahanan Deportivo, Alex Bergantinos, apabila kepala mereka berlaga lima minit sebelum tamat perlawanan.
Beliau jatuh dan kelihatan sudah tidak sedarkan diri apabila kepalanya terhempas di padang.
"Fernando Torres mengalami kecederaan otak traumatik dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan," kata Atletico dalam satu kenyataan.
"Pemain kami itu, yang stabil, mengalami hantukan kuat di kepala di peringkat akhir perlawanan dan terpaksa dikejarkan dengan cepat ke hospital dengan ambulans.
"Penyerang itu akan bermalam di bawah pemerhatian."
Pemain kedua-dua pasukan segera menarik perhatian perubatan apabila Torres jatuh.
Pemain pertahanan Atletico, Jose Maria Gimenez, dilihat menangis dalam keadaan cemas, manakala peminat Deportivo memberi bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu tepukan gemuruh apabila beliau dibawa keluar dari padang.
"Kami semua takut," kata bek kiri Atletico, Filipe Luis, kepada BeIN Sports.
Atletico terpaksa bermain masa kecederaan tujuh minit dengan 10 pemain kerana mereka telah membuat tiga pertukaran pemain. - AFP
BH
Read More

"Mu ni dah berkali2 kena kencing & dikhianati AMENO...masih gak nak bersetongkol?" Makanan, rumah lebih utama berbanding RUU 355

Jumaat, 3 Mac 2017
Foto Suara Rakyat.
Dah berkali2 kena kencing & dikhianati AMENO. Tapi masih gak nak bersetongkol berjuang sama2 AMENO..

Adakah kencing AMENO semanis BR1M rasanya hinggakan berat di hati berpisah dari AMENO...


Makanan, rumah lebih utama berbanding RUU 355

 | ARIF ATAN


Dr Mohd Kamil Abd MajidDr Mohd Kamil Abd Majid
Ahli akademik kanan sebuah universiti awam terkemuka menyifatkan usaha memenuhi keperluan asasi rakyat harus diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Pensyarah Jabatan Akidah Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Dr Mohd Kamil Abd Majid berkata, rakyat pada masa ini memerlukan makanan dan kediaman walaupun tidak dinafikan manfaat pindaan Akta 355 itu.   
"RUU (355) bagus tapi beri kenyang rakyat dan beri rumah kepada rakyat lebih aula masa ini," katanya dipetik daripada status Facebook miliknya.
Beliau juga berpendapat hanya rakyat yang tidak memiliki rumah dan tiada makanan mencukupi lebih memahami realiti berkenaan.
Dalam satu reaksinya terhadap komentar pengguna media sosial itu tentang pandangan beliau yang mungkin sukar diterima orang lain termasuk mengundang label negatif, beliau menjawab, "Allah terima" dan "Biar Allah yang label. Manusia sama di depan-Nya".
Pengasas di Yayasan Usuluddin Malaysia itu turut mengakui pendapat salah seorang netizen tentang perlunya wang tajaan menunaikan umrah disalurkan bagi tujuan membina rumah yang mampu rakyat miliki.
Polemik mengenai RUU 355 yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berlarutan sehingga dilihat mengundang permusuhan dalam masyarakat sesama Islam dan antara agama di negara ini.
Walau bagaimanapun, Presiden Pas itu dalam usul persendirian yang dibacakan di Dewan Rakyat tahun lalu telah bertindak menangguhkan pembentangan pindaan akta tersebut ketika penyokong taksub parti tersebut mendesak supaya disegerakan.
Dua kali berturut-turut Abdul Hadi meminta perbahasan mengenai RUU itu ditangguhkan. Kali pertama pada 26 Mei iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diikuti 24 November lalu.
Read More

Thursday, 2 March 2017

[Video Sokongan Melayu terhadap Umno turun kepada 40%] PAS Akan Hilang 8 Kerusi DUN Di Selangor

Khamis, 2 Mac 2017
Foto Otai BERSIH.
Walau dihidang dgn persekitaran & bau2an kotor dan busuk..
tapi,perkerjaan brother ni lebih SUCI, BERSIH dan MULIA
dari , exco2, dan menteri2 dlm kerajaan MALAYSIA amnya yg MAKAN RASUAH!!

Fikir2 kan lah..
Foto Otai BERSIH.

Lakonan MP BANG****..
Betul tak..???



PKR dakwa Umno hanya ada 40 peratus sokongan Melayu

Umno, parti Melayu terbesar di negara ini hanya menikmati 40 peratus sokongan Melayu pada masa ini, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
"Sokongan pengundi Melayu kepada Umno di seluruh negara kekal rendah pada tahap 40 peratus secara purata," kata beliau yang juga ahli Parlimen Pandan semasa sidang media, hari ini.
Menurut Rafizi, penemuan itu berdasarkan kepada tiga kaji selidik yang dijalankan sejak bulan Disember lalu oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mengenai tahap sokongan ke atas setiap parti dalam konteks pertandingan tiga penjuru dan calon perdana menteri.
Pada pilihan raya umum lalu, Rafizi berkata, Umno menang 58 peratus undi Melayu apabila parti itu berdepan calon PAS dan mendapat antara 60 hingga 63 peratus undi Melayu apabila mendepani calon PKR.
Umno juga mendapat sokongan Melayu yang lebih tinggi - 70 peratus undi Melayu - apabila berdepan calon DAP, katanya.
Beliau berkata, kaji selidik juga menunjukkan bahawa sokongan kepada Umno menurun sebanyak 20 peratus.
"Saya tidak ragu-ragu sekarang bahawa sokongan terhadap Umno telah berpecah," katanya.
Malaysiakini

PAS Akan Hilang 8 Kerusi DUN Di Selangor



PAS Selangor dilaporkan dalam keadaan goyah berikutan keputusan parti itu yang enggan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut analisis oleh akhbar harian Cina, Oriental Dailydaripada 21 kerusi DUN yang ditandingi PAS pada pilihan raya ke-13, parti itu memenangi15 kerusi dengan lapan kerusi berkenaan atas sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina.

Kelapan-lapan kerusi DUN itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

"Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus.

“Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan pengundi Cina, adalah sukar bagi PAS untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu," kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar berkenaan.

Selain itu katanya, dua kerusi kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat yang dimenangi PAS dengan majoriti kurang 1,000 undi juga dilihat sukar untuk dipertahankan.

"Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, PAS kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 DUN di Selangor pada PRU14," katanya.

Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan rakyat berjya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.

DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

Bulan lalu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hasan berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor semasa muktamar April ini.

Selain membincangkan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR, beliau berkata PAS juga akan membuat keputusan jika parti Islam perlu terus kekal bersama kerajaan negeri.

Menurutnya, usul untuk mengkaji semula kerjasama politik di Selangor dibawa oleh Dewan Muslimat pada muktamar sebelum ini.


Posted by Jeebond BLM
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena