Sunday, 3 February 2019

[Video Kenapa Hadi TARIK BALIK SAMAN SR] Ya, ana ambil duit Umno...Enta tahu. Ana pun tahu. Sekarang biar semua orang tahu hu hu huu! Laskar maya pro kerajaan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan!

Ahad, 3 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: teks
Dapat Duit...tukar Kereta Mercedes Benz.
Seperti wirid Najib Razak sekarang, ‘Malu apa bossku?’ Mengaku sahaja, supaya ahli dan pekerja parti benar-benar tahu dan faham. Katakan bahawa kalian makan duit UMNO seperti yang disurahkan panjang lebar oleh Clare Rewcastle dan Sarawak Report di portal dan juga kenyataan pembelaannya di mahkamah.
Segalanya sudah pun sudah berlalu. Saman fitnah pun sudah ditarik balik, dan laporan SR tetap kekal disiar tanpa sebarang pindaan.
Segeralah mengaku dan katakan dengan lidah yang fasih, “Ya, ana ambil duit UMNO. Ana buat semua ni demi Islam dan Melayu”. Senang.
Jangan malu-malu ya akhi. Enta tahu. Ana pun tahu. Sekarang biar semua orang tahu.

KENAPA LASKAR MAYA PRO KERAJAAN SEMAKIN KETINGGALAN BERBANDING PEMBANGKANG?

Nampaknya ketika ini bukan saja rating Tun Mahathir Mohamad dan sokongan rakyat kepada PH yang didapati sudah turun, bahkan pembelaan terhadap kerajaan di media sosial juga turut sama telah menurun.

Berbanding sebelum PRU14 dan ketika peringkat awal PH membentuk kerajaan di mana laskar maya pro PH dilihat begitu aktif dan menguasai media sosial, keadaannya kini tampak sudah jauh berubah.

Sekitar 80 peratus mereka yang sebelum ini pro PH dan aktif di media sosial didapati sudah mengurangkan keaktifan masing-masing dan hanya sekali memuatkan posting yang ringan atau santai saja.

Rata-ratanya didapati mula kecewa dengan prestasi kerajaan, karenah menteri dan pegawainya, janji kepada rakyat tidak ditunaikan serta pelbagai isu lain dalam PH yang tidak ditangani dengan baik.

Seiring dengannya yang menyebabkan rungutan rakyat semakin kedengaran di mana-mana, maka mengurangkan keaktifan sebagaimana mereka mempertahankan PH seperti sebelumnya tentu saja merupakan pilihan yang wajar dan munasabah.

Laskar maya pro kerajaan yang bergerak secara sukarela seolah-olah sudah letih dan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan berikutan prestasi yang ditunjukkan setakat lapan bulan memerintah negara ini begitu mengecewakan sekali.

Dalam beberapa whatsapp grup pula yang dahuluinya begitu aktif menyokong dan menyebarkan maklumat untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada PH, kini turut didapati seperti sudah hilang selera untuk berbuat demikian.

Ramai yang sekarang ini hanya menjadikan medium itu untuk berbual santai, usik-mengusik, malah sesekali menyebarkan  serangan-serangan yang dilakukan oleh pembangkang pula terhadap kerajaan untuk dijadikan bahan perbincangan.

Dalam waktu yang sama, laskar maya pro pembangkang sebaliknya jelas semakin aktif dan agresif dengan serangan yang tidak putus-putus terhadap kerajaan dan menteri-menterinya.

Di ketuai oleh Najib Razak yang dikenali sebagai Raja Troll dan penggiat media sosial lainnya yang aktif dan agresif itu, mereka kini secara umumnya sedang menguasai pemikiran rakyat melalui posting-posting yang gagal ditangkis sama sekali oleh laskar maya pro kerajaan.

Kenapakah ini berlaku di sedangkan di PMO dan pejabat menteri-menteri sendiri difahamkan ada unit atau pasukan yang bertanggungjawab terhadap media sosial ini?

Apakah mereka terlalu sibuk dengan selfie sesama sendiri, mempromosi bos masing-masing atau masih terawang-awang dengan kedudukan serta jawatan yang baru dipegang dalam kerajaan?

Harus diakui bahawa salah satu yang menyumbang kepada kejayaan PH dalam PRU14 lalu ialah kerana peranan laskar-laskar maya ini yang bukan saja mampu melumpuhkan laskar maya pro UMNO dan BN, malah mereka juga tangkas menjawab sebarang perkara yang dilakukan oleh Najib.

Najib selaku Perdana Menteri ketika  itu hampir menjadi tidak bernilai kerana semua perkataan atau ucapannya berjaya dipatahkan atau dijawab dengan pantas dan cepat.

Tetapi, apa jadi sekarang ini?

Mampukah PH ini mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang jika baru lapan bulan ini pun penguasaan di media sosial sudah hampir terkulai?

Apakah PH dan mereka yang berada di puncak kuasa Putrajaya sekarang menyedari hakikat ini atau mereka juga sama seperti perangai pemimpin era BN dahulu yang tidak berapa peduli dalam soal ini kerana kononnya sudah ada media arus perdana? (ShahbudinHusin 03/02/2019)
Read More

[Video SERONOKKAH MEMFITNAH DI ATAS MIMBAR?] Gagal padam dakwaan Sarawak Report tragedi malang, kata Husam.

Ahad, 3 Februari 2019
TS.

Gagal padam dakwaan Sarawak Report tragedi malang, kata Husam

Takziah. Kepada siapa senandung takziah ini hendak disampaikan Saya sendiri tidak pasti kepada siapa ucapan takziah ini hendak disampaikan.
Apabila laporan Sarawak Report bertarikh 6 Ogos 2016 yang menyebut "RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS" (RM90 juta yang telah dianggap menjadi pengetahuan meluas telah mengalir kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS) masih terpampang, sedang armada para pejuang dan peguam yang terbang ke London dengan wajah singa dan berpatah pulang dengan terkulai layu - ia seakan mengesahkan laporan itu adalah benar.
Selepas menghabiskan lebih daripada RM2 juta wang yang sebahagiannya dipungut dari ahli dan penyokong - yang mendapat laba hanya peguam di London dan kedudukan laporan Sarawak Report sedikit pun tidak terusik.
Rakaman audio seorang pemimpin muda PAS yang membuat pengakuan sememangnya wujud perbuatan menerima wang dari sebuah parti yang pernah digelar asabiyah oleh pemimpin parti bertunjangkan Islam gagal mendapat peluang untuk ditolak kesahihannya.
Pengumuman oleh seorang pemimpin kanan parti itu menjelang PRU lalu bahawa presiden mereka telah mendapat kejayaan pertama dalam saman berkenaan berlalu dibawa angin ‘penyelesaian tanpa perlawanan’ dan ‘penyelesaian tanpa kesudahan’.
Tajuk lebih penting di sini ialah gejala politik wang yang berjangkit, jika benar dan setakat ini kebenarannya tidak tersangkal, kepada parti Islam.
Sedangkan, ketika negara dan bangsa kita boleh runtuh kerana gejala rasuah dan penyelewengan, yang diharapkan untuk menjadi penyelamat adalah parti-parti alternatif khususnya yang berjenama Islam.
Parti berjenama Islam memperaga pemimpin dan ahli sebagai bencikan godaan dunia, cintakan pahala dan takutkan dosa. Bersikap jujur dalam perjuangan dan bukan mengejar pangkat dan harta. Tidak termakan dengan godaan dunia dan paling dapat dipercayai.
Apa jadi jika segelintir pemimpin mereka telah menggadaikan prinsip perjuangan dengan turut menadah tangan kepada parti perasuah?
Tragedi malang
Cukup dengan beberapa ekor ‘kuda perhiasan dan ketulan emas dan perak’ yang diterima, brek perjuangan ditarik dan peluru serangan dialihkan halanya kepada musuh politik kepada parti berkuasa.
Apa akan kita katakan jika Muhamad Al Fatih berpaling dari menawan kota Konstantinapol semata-mata kerana Raja Rom menghadiahkan beberapa ekor kuda dan barang perhiasan? 
Lalu Muhamad Al Fatih berpatah balik sambil berlenggang menaiki kuda Raja Rom dan menghentikan misi menawan kota Istanbul selama-lamanya. Belot?Telah dibeli? Berpaling tadah?
Hasilnya, persekongkolan yang kini telah menjadi terbuka. Kepada siapa bangsa dan negara akan berharap? Begitu mudah sebuah perjuangan digadaikan?
Dari sinilah, jauh di lubuk hati saya, episod ini adalah sebuah tragedi malang. Amat malang. Nama baik sebuah parti yang dulu menjadi pengharapan rakyat telah tercemar.
Dalam dunia pemikiran yang jernih, kegagalan mengambil peluang memadamkan dakwaan Sarawak Report, perlu diikuti oleh sesuatu tindakan.
Sama ada plaintif sendiri mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan secara terhormat. Atau pemimpin yang terlibat menerima sesuatu mengambil langkah mulia mengundurkan diri. 
Atau pemimpin dan ahli yang bermaruah mengusulkan sesuatu bagi memulihkan integriti parti. Dalam sesetengah keadaan, integriti Islam juga kerana parti berkenaan sentiasa mengasosiasi partinya dengan Islam.
Dalam dunia tarbiyah, selalu disebutkan, perjuangan lebih mahal daripada individu. Takziah itu, akhirnya, saya berikan kepada diri saya sendiri, kepada rakyat yang pernah berharap, kepada penyokong yang penuh harap, kepada negara yang kehilangan alternatif lebih berkat dan kepada mereka yang kecundang dalam percaturan politik wang.
Takziah yang mendalam.
HUSAM MUSA merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara.
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read More

Saturday, 2 February 2019

[Video Althantuya RAKYAT MALAYSIA MALU & Najib bukan Bossku] Walaun kena kencing 'tin MILO'! Parti Islam M'sia sudah MENGAKU KALAH sebelum berlawan?

Ahad, 3 Februari 2019
No photo description available.
Image may contain: 2 people, text
TS
Walaun kena kencing 'tin MILO'? Pas kalah Sarawak Report menang!
Yang menghairankan di sini ialah penyelesaian luar mahkamah itu tidak terkandung sama sekali apa-apa persetujuan yang menghendaki Sarawak Report menarik balik laporan atau memohon maaf kepada kepada Pas dan Hadi Awang berkaitan dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib itu. 

Secara langsung bererti laporan Sarawak Report berkenaan dengan dakwaan RM90 juta itu adalah kekal  berada dalam talian dan boleh dibaca oleh sesiapa juga sehinggalah ke hari kiamat nanti. 

Secara tidak langsung dari segi tanggapan umum, dengan tindakan menarik balik saman ini,  ia bermakna Sarawak Report dianggap menang, manakala Pas telah kalah, tewas dan kecundang dalam perjuangannya menegakkan kebenaran berhubung dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib. 

Hadi Awang, melalui penyelesaian luar mahkamah ini jelas dilihat tidak sedia dan tidak mampu mempertahankan hujah bahawa beliau dan Pas tidak pernah menerima wang tersebut dan keadaan ini tentunya akan memerangkap parti itu dalam pelbagai andaian yang berterusan berkaitan dengan penerimaan wang tersebut. - ShahbudinHusin  
TS
Read More

[Video MEDIA AMERIKA RAMALKAN Azmin Ali sebagai PM ke 8] Maruah PAS yang kian terserlah.

Ahad, 3 Januari 2018
Image may contain: 1 person, text
TS.

Maruah PAS yang kian terserlah

 Saya hadir banyak kenduri kahwin di Terengganu semalam. Di sana saya mendengar perbualan hangat dan ditanya bertubi-tubi berkenaan berita hangat penarikan balik saman PAS ke atas Sarawak Report.
Ramai yang bertanya itu terdiri daripada anggota dan penyokong setia PAS yang menanti ketibaan April 2019. Mereka telah pun dimaklumkan oleh pimpinan mereka bahawa Sarawak Report akan didakwa kerana memfitnah PAS. Sebelum PRU ke14 pula penyokong PAS telah diberitahu mereka telah menang kes tersebut walaupun ia belum lagi bermula.
Pekara yang menggemparkan orang ramai ialah penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah tanpa Sarawak Report perlu menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada PAS.
Lebih menggemparkan lagi adalah Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dengan megah menyatakan beliau berpuas hati dengan penyelesaian yang dicapai dan Sarawak Report tidak perlu menarik balik atau memadamkan artikel tersebut - yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno - di lamannya. Artikel tersebut masih tersiar di laman untuk bacaan umum seluruh dunia.
Tambah menakjubkan lagi ini bermakna kandungan artikel tersebut bukanlah fitnah dan adalah benar. Di mana letaknya maruah PAS dalam isu ini?
Ramai bertanya di mana maruah PAS yang menarik balik kes ini dan membenarkan artikel tersebut terus disiarkan. Anggota dan penyokong PAS pula bertanya di mana RM3 juta yang dikutip daripada mereka, kononnya untuk kes saman malu itu?
Saman pun tidak, malu masih ditanggung apabila tuduhan PAS menerima RM90 juta dari Umno terus disiarkan.
Baru saja minta sumbangan
Di waktu rakyat mengalami masalah tekanan kos sara hidup, pengorbanan besar telah di lakukan oleh mereka yang memberi sumbangan sehingga mengumpul jumlah RM3 juta.
Hanya beberapa minggu lalu seorang naib presiden PAS telah merayu daripada ahlinyauntuk RM400,000 lagi bagi membiayai kes saman tersebut. Ketika itu musim permulaan sekolah dan pengorbanan besar telah mereka lakukan untuk mencukupkan permintaan sumbangan.
Sekarang mereka rasa diperdaya dan ingin penjelasan daripada pemimpin mereka. Mengapa minta sumbangan RM3 juta kalau saman itu tidak akan diteruskan?
Soalan yang berlegar adalah sama ada PAS memulakan saman ke atas Sarawak Report sebelum PRU ke-14 dahulu kerana cuba menutup cerita sebenar untuk membantu PAS dan Umno menghadapi PRU.
Adakah rayuan terbaru RM400,000 sebelum PRU Camerons Highlands juga untuk meraih simpati terhadap PAS dan rakannya dari Umno BN yang kononnya di fitnah oleh pihak asing dan kafir ?
Bukankah isu utama yang ditimbulkan PAS dan Umno di Cameron Highlands adalah isu Islam-Melayu bertembung dengan kafir-bukan Melayu?
Sekarang dengan menjelangnya tarikh 1 April 2019 - tarikh sepatutnya perbicaraan kes - yang terlalu dekat, ini mungkin peluang terakhir PAS menarik balek 'gertak' saman mereka.
Kalau kes diteruskan, segala rahsia dan tembelang wang dan hubungan PAS-Umno akan terbongkar. Adakah dengan menyelesaikannya di luar mahkamah, PAS cuba menutup isu sulit tersebut daripada didedah ke seluruh dunia di mahkamah luar negara?
Bagi Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown pula, mereka masih boleh terus menyiarkan cerita mereka di laman tanpa perlu memohon maaf apa-apa pun. Pada masa sama mereka tidak perlu belanja besar lagi untuk membayar peguam.
Yang untung dan rugi
Mereka untung dan menang besar apabila boleh mengekalkan tuduhan tanpa perlu memohon maaf.
PAS pula rugi dan tercalar maruahnya kerana apa yang mereka tuduh sebagai fitnah masih tersiar untuk dibaca seluruh dunia.
Tetapi yang paling rugi dan rasa diperdaya adalah anggota dan penyokong PAS yang berkorban harta membiayai RM3 juta kos guaman untuk kes yang mungkin sudah dirancang untuk ditarik balik, kerana risiko terbongkarnya kewangan PAS dan Umno terlalu tinggi.
Dengan rakaman suara didakwa berkaitan Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui PAS menerima wang Umno diakui tulen, peluang untuk parti itu menang sangat tipis.
Umno pula menjadi pihak paling gembira dan untung kerana telah berjaya memerangkap PAS dalam isu itu. Mereka juga untung kerana PAS telah membantu BN untuk menang di PRK Cameron Highlands baru-baru ini.
Anggota dan penyokong PAS pula terus rugi diperkudakan Umno. Mereka mengorbankan harta dan tenaga di Cameron Highlands dan nampaknya sekali lagi di Semenyih.
Adakah tindakan PAS memfailkan saman ke atas Sarawak Report dulu benar-benar kerana maruah, atau strategi sebelum PRU ke-14?
Kenapa PAS tidak benarkan isu itu ditentukan melalui perbicaraan di mahkamah?

RAJA BAHRIN SHAH ialah anggota Dewan Negara, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pengerusi PH Terenganu.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read More

[Video Jika sokongan Melayu MEROSOT SALAH SIAPA?] Hancusss & hangusss la duit derma? Hadi tarik saman ke atas Clare saat perbicaraan kan mula! Selesai luar mahkamah: Adakah PAS akui artikel Sarawak Report, soal MP.

Ahad, 3 Februari 2019
Image may contain: 1 person, eyeglasses, beard and text
Hadi tarik saman ke atas Clare saat perbicaraan kan mula... 
「Foto tabung derma saman sarawak report」的圖片搜尋結æžœ
Pengurusan Masjid Rusila tidak ketinggalan mengumpul sumbangan orang ramai bagi membantu Pas mengisi Tabung Sumbangan Dana Guaman Saman Sarawak Report

Selesai luar mahkamah: Adakah PAS akui artikel Sarawak Report, soal MP

Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada tindakan PAS tidak meneruskan saman terhadap Sarawak Report menunjukkan dakwaan laman itu - bahawa ada pemimpinnya menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno - sememangnya benar.
Apatah lagi penarikan balik rencana Sarawak Report yang mencetuskan saman itu tidak termasuk dalam penyelesaian luar mahkamah kedua-dua pihak, katanya.
"Selepas menghabiskan lebih RM2.5 juta untuk bayaran guaman dan tarikh mahkamah ditetapkan April ini, hanya tiga bulan lagi, tidak masuk akal untuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang putus asa dengan begitu mudah.
"Terutama dakwaan partinya menerima RM90 juta daripada bekas perdana menteri Najib Razak yang memang mengejutkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkembangan saman fitnah itu berkata, antara penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah Hadi menarik balik tuntutan terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Clare pula sebagai defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
Semalam Clare memberitahu Malaysiakini bahawa dengan penyelesaian luar mahkamah itu, rencana yang menjadi pertikaian dalam kes saman itu tidak akan ditarik balik.
Lim berkata perkembangan itu membangkitkan persoalan - apakah dakwaan artikel itu memang benar.
"Adakah Hadi dan pemimpin PAS lain berani memberi jawapan ringkas 'ya' atau 'tidak' berkenaan dakwaan itu?.
"Rakyat, pengundi di Kelantan dan Terengganu, anggota PAS, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tahu (berhubung persoalan itu)," katanya.
Selain itu, Lim yang juga setiausaha DAP Wilayah Persekutuan membangkitkan rayuan beberapa pemimpin PAS bulan lalu untuk sumbangan orang ramai bagi membiayai kos guaman saman itu.
"Adakah Hadi akan menyumbangkan wang itu, jika masih berbaki, kepada mereka yang memerlukan di dua negeri yang ditadbirnya, Kelantan dan Terengganu? Dari segi moral, tidak betul untuk parti itu menyimpan wang itu untuk mereka sendiri," katanya lagi.
Malaysiakini.
Read More

[Live Kasi 'Bogel' Bossku! HADI & PAS MENGAKU KALAH KES SAMAN SARAWAK REPORT] Kami menang BOSSKU & Checkmate Habislah Bossku, Bossnya dan Bossmu! Berjemaah kena kencing hancing engko kikiki..

Sabtu, 2 Februari 2019
BOOM! HADI AWANG DAN PAS MENGAKU KALAH DALAM KES SAMAN SARAWAK REPORT YANG MENDEDAHKAN MEREKA MEROMPAK DUIT 1MDB SEBANYAK RM 90 JUTA Alhamdulillah! Akhirnya Allah SWT tunjukkan kebenaran. Hadi Awang, Najib Razak dan PAS-UMNO kalah teruk dalam saman fitnah RM 90 Juta duit 1MDB di Mahkamah London. Derma haram duit RM 90 Juta 1MDB yang dirompak oleh Hadi Awang dan PAS adalah sahih 100% benar. Allahurobbi! Patutlah aku mahu dibunuh dan dipukul oleh samseng-samseng Najib Razak dan Hadi Awang selepas aku sahkan benar perkara ni dua bulan lepas. Rupanya Hadi Awang ialah Ulama Samseng Penyamun Nombor Satu di dunia. Kepada Najib Razak & Hadi Awang, Dalam Islam, mencuri duit negara hukumnya Dosa Besar. Dan balasan Allah kepada Pencuri seperti kamu dua ialah neraka jahanam. Kami menang bossku! Takbir! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Checkmate Habis Bossku, Bossnya dan Bossmu!


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri dan teks
Berjemaah kena Kencing hancing engko kikiki..
Kami Viral
Read More

[Video BERSIH LAPOR BN MELAKUKAN KESALAHAN PALING BANYAK semasa PRK Cameron] Ana turut kecewa, sekarang parti ana mula menjadi KHADAM Umno! Ramalanku benar belaka.

Sabtu, 2 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: teks

Ramalanku benar belaka

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata beliau sudah menjangkakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan menarik balik saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Hanipa yang juga merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas keputusan Abdul Hadi menyelesaikan kes saman yang difailkan pada 2017 itu di luar mahkamah.
"Dari awal saya dah ramal beliau akan tarik balik saman itu.
"Nampaknya betul ramalan saya kali ini. Kenapa saya ramal begitu, maaf tak boleh cakap di sini," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Tambah Hanipa, kes berkenaan yang ditarik balik tanpa perintah membayar kos bererti segala bayaran yang dibayar kepada peguam Abdul Hadi tidak akan dipulangkan.
Selain itu, kata Hanipa, dengan perkembangan terbaru berhubung perkara itu, laporan yang disiarkan Sarawak Report tidak boleh dikatakan fitnah.
"Bila kes tak jalan dan ditarik balik maknanya itu bukan dikira menang. Bila tak menang maknanya tak boleh kata apa yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah sebagai fitnah.
"Apatah lagi dalam terma penyelesaian yang saya baca, tiada pun sebaris ayat Sarawak Report tarik balik tuduhan atau minta maaf yang mungkin boleh ditafsir sebagai satu concession atau pengakuan apa yang disiarkan oleh Sarawak Report adalah fitnah.
"Bila tarik balik kes dalam keadaan sebelum ini dilapor media audio "ana tahu" tidak dibantah jadi keterangan ia menimbulkan spekulasi bahawa isi audio itu mungkin sahaja tiada yang lain kecuali benar belaka," katanya merujuk rakaman suara yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada parti itu.
Clare Rewcastle Brown
Terdahulu, Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkembangan saman fitnah itu berkata, antara penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan terhadap Clare.
Sementara Clare sebagai defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
Ketika dihubungi Malaysiakini awal hari ini, Clare berkata, dengan penyelesaian luar mahkamah itu, rencana yang menjadi pertikaian dalam kes saman itu tidak akan ditarik balik.
Rencana yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 itu merupakan subjek pertikaian dalam kes saman yang difailkan Abdul Hadi  pada 21 Apr 2017.
Rencana itu mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.
PAS bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyaman Sarawak Report.
Perkembangan terbaru ini hadir meski awal bulan lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad membuat rayuan kepada anggota dan penyokong parti itu supaya menghulur derma bagi membantu menyelesaikan kos guaman saman Abdul Hadi itu.
Mengulas lanjut, Hanipa berkata, dengan penyelesaian luar mahkamah itu, ahli PAS yang mahu kes itu terus dibicarakan akan kecewa.
"Saya rasa ahli PAS yang mahukan kes itu dibicarakan tapi nampak kini harapan hanya tinggal harapan. Tak apa derma untuk perjuangan Islam atas ruh wala' akan dikira satu amalan baik," katanya.
Malaysiakini.
Read More

[Video Kes saman Hadi Awang-Editor Sarawak Report] Hadi minta settle luar mahkamah! MALU APA BOSSKU? Clare puas hati, rencana SR dipertikai PAS tidak terusik.

Sabtu, 2 Februari 2019

Imej mungkin mengandungi: 5 orang
Dah menang ko? Kikikikikikikikik
PAS TARIK BALIK SAMAN?
TADE MARUAH KO?
KIKIKIKIKI

Clare puas hati, rencana SR dipertikai PAS tidak terusik

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berkata dia berpuas hati dengan penyelesaian luar mahkamah dalam saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadapnya.
Memberitahu Malaysiakini, Clare berkata, dengan penyelesaian itu juga rencana yang disiarkan portal Sarawak Report mengenai PAS dan disaman Abdul Hadi itu kekal dan tidak ditarik balik.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan membantu saya dalam cubaan PAS membuli melalui undang-undang ini.
"Saya tidak berganjak. Rencana terbabit kekal disiarkan dalam talian serta tidak diubah walaupun ada cubaan menutup mulut saya dan memperlecehkan saya sebelum PRU lalu," katanya.
Menurut Clare dia berpuas hati dengan penyelesaian tersebut walaupun sebenarnya berharap dapat bersemuka dengan pihak yang menyamannya di mahkamah.
Sarawak Report ialah portal yang mula-mula membongkar skandal 1MDB dan melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Pada 6 Ogos 2016 ia mendakwa Najib menarik sokongan PAS kepada Umno dan BN dengan menyalurkan dana berjumlah RM90 juta beberapa pemimpin kanan parti berkenaan.
Malaysiakini.
Read More

[Video Kita nak saman! HADI LAWAN SARAWAK REPORT, KATA SUDAH MENANG?] Hadi selesai kes saman editor Sarawak Report di luar mahkamah.

Sabtu, 2 Februari 2019
HADI LAWAN SARAWAK REPORT, KATA SUDAH MENANG?

Abdul Hadi, Rewcastle-Brown: Selesai kes luar mahkamah

Image may contain: 1 person

Hadi selesai kes saman editor Sarawak Report di luar mahkamah

Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah di London, United Kingdom.
Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman.
“Setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (Defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) melalui Perintah Persetujuan (Consent Order) bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division),” katanya dalam suatu kenyataan terbit di Harakahdaily hari ini.
Syahir berkata penyelesaian yang dibuat itu adalah seperti berikut:
“Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan (claim) terhadap Defendan;
“Clare Rewcastle Brown (Defendan) menarik balik tuntutan balas (counter claim) terhadap Abdul Hadi Awang;
“Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini,” kata kenyataan itu.
Terima kasih atas sumbangan, sokongan
Syahir berkata presiden PAS mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini.
Sebelum ini PAS melalui presidennya, Abdul Hadi Awang mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 Apr 2017.
Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.
Pada 9 Januari lalu, Malaysiakini melaporkan PAS berjaya mencapai matlamat memungut RM400,000 bagi membiayai kos guaman untuk saman ke atas Sarawak Report.
Malah berdasarkan kenyataan Bendahari PAS Razman Zakaria jumlah yang dipungut setakat ini melebihi jumlah yang diperlukan.
Razman berkata PAS berjaya mengumpul lebih setengah juta ringgit daripada sumbangan anggota parti dan pihak lain hasil kempen kutipan dana selama dua minggu itu jumlah yang diperolehi melepasi sasaran yang diperlukan buat masa ini.
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena