Wednesday 27 February 2013

KES ALTANTUYA Shaariibuu Akan Terbongkar Kembali!!!! *Video untuk Tontonan Pengundi N23 DUN Manjoi!

Rabu, 27 Februari, 2013
Kasih seorang bapa!
Prof Dr.Shaariibuu Setev
Pinjam sat video ni bro!...Part Metos MONGGOLIA...
Saksikan!
Top Comments Gen-y
Anon Nymous 12 hours ago
Andai kau dekat tempat Sirul, kau dah nak mati atas sebab bukan salah kau, kau tahu maksud mati, kau Islam, kau akan mengadap Allah, dan disebabkan orang lain kau mati dan kau selamba mati macam tu. Boleh fikir tak? Kalu dia waras, mesti dia jerit kuat-kuat siapa yg arahkan dia lepas jatuh hukum masa lalu depan media. Beb, Sirul tak mati dan tak kena gantung pun :)

VIDEO Ringkasan Kes Altantuya 2008 - 2013, Najib Makin PANAS!
Tuesday, February 26, 2013 Posted by Roslan Alan
Cebisan mayat Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4 yang hanya boleh diperoleh dari kementerian pertahanan.

Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyakki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).

Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun). Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas. Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.

Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.

 Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam , Selangor.

Persoalan yang masih hangat diperkatakan ialah apa motif Altantuya dibunuh dan siapa yang mengarahkan Altantuya dibunuh?
.
Zahid gagal menyembunyikan isu Altantuya-Scorpenes.
Terdapat pelbagai kisah seram berkaitan orang yang telah mati, terutamanya mereka yang dibunuh dan datang semula menghantui orang yang membunuhnya. Si mati akan membalas dendam, begitulah selalunya bagaimana ia berakhir. Jika tidak, rohnya tidak akan tenteram.

Altantuya Shariibu, seperti yang lain juga dikatakan seakan-akan kisah-kisah sera ini. Altantuya yang berumur 28 tahun, seorang warga Mongolia telah mati dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, telah menjadi salah sebuah kisah lagenda di sini.

Ada juga yang mempercayai sial dan bagi mereka, kapal selam Scorpene yang kurang digunakan dan berhubung rapat dengan kisah Altantuya juga ada terkena sialnya sendiri. Ini tak ubah seperti kata pepatah Melayu yang menyatakan, bangkai gajah tidak mungkin boleh disembunyikan.

Harga mahal, kualiti tiada
 Posted by Roslan Alan
insanicita.blogspot
Selamatkan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena