Monday, 25 February 2013

AUTOMOTIF: Tawaran Terbaik PAKATAN untuk Orang Muda & Gen-y: Negara ASEAN Serantau Dah Lama Menikmatinya!

Isnin, 25 Februari 2013

kisahadique.blogspot

Video

Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib dihentikan
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 27 Julai: Semakan ke atas perbelanjaan luar perancangan dan belanja tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri berjumlah RM11.8 bilion mengatasi jumlah cukai eksais dan cukai import yang dikenakan ke atas kereta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jumlah itu meliputi tiga kategori iaitu perbelanjaan di luar perancangan, peningkatan belanja mengurus Jabatan Perdana Menteri(JPM) dan peningkatan belanja pembangunan JPM.

“Contoh perbelanjaan di luar perancangan oleh Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 blion), Bantuan Kembali Ke Sekolah (RM530juta) dan Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta).
“Begitu juga pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia, serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang jelajah Janji Ditepati yang dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, sejak Najib menjadi PM pada 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh JPM juga naik mendadak.
Keadilandaily

prestig.blogspot

Bersabar!!! Harga Kereta Akan Turun: Persatuan Automotif Malaysia Sokong Harga Kereta Diturunkan.. Jom Terjah!!!


Berbeza dengan pencacai-pencacai UMNO yang menentang kempen ini, biarpun ramai diantara mereka hanya mampu memiliki kereta secondhand yang dah buruk..  Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut menyokong cadangan ini..

“Jika harga dikurangkan secara beransur-ansur dan tidak menyebabkan gangguan, maka ia adalah baik,” kata veteran industri kereta ini..

Jadi.. buat yang diluar sana yang masih punya pemikiran yang waras, fikirkanlah pihak mana yang wajar diberikan sokongan..

UMNO/BN yang sudah 55 tahun membebankan rakyat Malaysia dengan cukai kereta yang tinggi ini iaitu 65 dan 105 peratus  atau PR yang sedang berusaha untuk menurunkan cukai sekaligus harga kereta ini..

P’satuan Pengedar Kereta sokong Pakatan turun harga kereta
malaysianbikers.blogspot

KUALA LUMPUR 13 September: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu, Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Pinjaman Kuala Lumpur Selangor menyokong penuh dasar Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menurunkan harga kereta.

Menurutnya, perbincangan tertutup selama dua jam yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN itu semalam menyentuh seluruh aspek dalam usaha menjayakan manifesto penurunan harga kereta.
“Kita dah berbincang dengan persatuan terbabit dan mereka memuji usaha kita dan ada yang memberi kritikan membina. Kita ambil serius usaha ini dan akan terus menghalusi semua cadangan agar ia dapat dilaksanakan,” kata Rafizi dalam sidang medianya.

Presiden persatuan itu, Khoo Kah Jin memaklumkan, pihaknya menyokong usaha berkenaan dan perbincangan tersebut telah mencapai beberapa persetujuan bersama dalam kaedah menurunkan harga kereta.

Antaranya, mereka sepakat agar cukai eksais tidak diturunkan secara mendadak dan pengagihan Permit Import (AP) dibuat secara tender terbuka.
“Saya juga telah meminta Presiden Automotif Malaysia (MAA) untuk berjumpa dengan saya dan berbincang sekali mengenai perkara ini,” kata Khoo.

Beliau juga mencadangkan supaya hutang pinjaman kereta selama 9 tahun dipendekkan kepada tujuh tahun kerana katanya, selepas tempoh 9 tahun, harga pasaran kereta akan jatuh teruk.
Keadlandaily.

Proton, Perodua kekal terendah jika struktur cukai dirombak, dihapus

PETALING JAYA 27 Julai : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Proton dan Perodua kekal harga kereta terendah dalam pasaran jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan.

“Jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.

“Maka, harga Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Rafizi berkata, latah pemimpin Umno BN mengatakan rombakan struktur cukai menyebabkan harga kereta import setara Perodua dan Proton, sekaligus menyebabkan jenama kereta tempatan itu terpinggir, tidak benar sama sekali.
Keadilandaily.
N23 DUN MANJOI

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena