Friday, 1 February 2013

Satu Penghormatan: HAMAS & KERAJAAN RAKYAT MALAYSIA (Pakatan Rakyat)


Wakil Hamas Cium Kepala Penyokong 'Yahudi' Anwar Ibrahim?
February 1, 2013

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/734079_546998895333234_1265763548_n.jpg


http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/250749_3969781577078_1341365021_n.jpg
Source/Credited to:Kerabu Bersuara.


GAMBAR : Apa AFDLIN SHAUKI Buat BERTEMU ANWAR?



Datuk Seri Anwar Ibrahim serah sumbangan membina masjid kepada wakil Palestin. Turut serta adalah pelawak dan aktivis terkenal Afdlin Shauki .



Afdlin Shauki bersama-sama Anwar Ibrahim dan wakil PimpinanTertinggi Hamas, Aqsa Sharif ketika membincangkan isu-isu Palestin.
Source/Credited to:Pulakdah



Pelakon Popular Afdlin Shauki Bersama Anwar Dan Pimpinan Hamas Di Pejabat Keadilan
Posted by Addin Deen at 2/01/2013





KUALA LUMPUR: Kunjungan delegasi Hamas ke ibu pejabat KEADILAN pagi tadi disambut meriah pimpinan KEADILAN.Hubungan persaudaraan yang erat jelas terpancar apabila ketua delegasi iaitu Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi memeluk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena kunjungan tersebut.

Waled turut menyarungkan mafla bercorak bendera Palestin kepada pimpinan KEADILAN. Sebuah kek berbentuk masjid turut dipotong dan dijamu kepada wartawan yang hadir.

Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Dr Hafizi Mohd Nor dan duta yang juga pengarah dan pelakon popular, Afdlin Shauki turut bersama dalam pertemuan itu.Dalam sidang media itu, NGO yang aktif memperjuang hak rakyat Palestin itu turut menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah AS$700,000 (RM2.175 juta) bagi membina semula Masjid Nour Al Hamidi di Gaza yang musnah dibom tentera Israel.

Selain Waled, wakil Hamas yang hadir ialah bekas Menteri Hal Ehwal Sosial Gaza, Ahmad Al-Kurd, Dr Nazim Syeikh Ahmad Yassin (saudara kepada pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yassin) dan Abd Nabi Al-Rantissi (saudara kepada pengasas bersama Hamas, Abdel Aziz al-Rantissi).

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir pula adalah Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta Ketua Biro Antarabangsa. ~keadilandaily

Takbir!    Allahuakbar


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena