Tuesday, 5 February 2013

HABIS & HANCUS Le.. BN Kali ni....kerana Keangkuhan Ketuanan Melayu - DS Nizar

5 Februari 2013
Tanah Perkuburan Umno
PRU Ke-13

Jalanpulang.blogspot.com

[kubur-umno.jpg]
payahsungguh.blogspot.com

Habis BN kali ni
Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ramalan itu dibuat Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyenaraikan kebarangkalian keputusan PRU13 di dalam Twitternya kelmarin.


Menurutnya, PR Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.

Melalui senarai berkenaan, hampir kesemua negeri di Semenjung akan dikuasai oleh PR kecuali Johor, Perlis, Pahang, Melaka dan kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik BN.

Bagi kawasan Malaysia Timur, Sarawak akan menjadi milik PR dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan selain Labuan.

Terengganu pula menyaksikan PR dan BN mempunyai kekuatan seimbang selepas Nizar meramalkan PR dan BN masing-masing memperoleh empat kerusi daripada lapan kerusi yang dipertandingkan.

Dalam kenyataan di Twitternya, kelmarin, Mohammad Nizar menjelaskan kebarangkalian kemenangan itu dikaitkan dengan beberapa faktor seperti keangkuhan dan ketuannan Melayu yang dipercayai merujuk kepada Umno dan BN.

“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya telah memuncak maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya.
Credited to: PAS Kota Raja.



Takbir!   Allahuakbar

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena