Bantuan Khidmat Guaman
Calon PAS DUN Manjoi PRU 13
bersedia membantu anda!
Calon PAS DUN Manjoi PRU 13
bersedia membantu anda!
Harakahdaily,
07 Feb 2013
KUALA LUMPUR: PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain.
Ketua Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi (gambar) berkata, memang menjadi 'statutory duty' kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.
"Tetapi jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu sudah salah.
"Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu tidak bertindak menghalangnya.
Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja.
Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.
OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis.
Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!
Berita Berkaitan!
KHAMIS, FEBRUARI 07, 2013
PENGURUS KOTA GELANGI 2 GANGU CERAMAH TUAN IBRAHIM TUAN MAN PULA
Gaya Peneroka. blogspot.com
SB ni Terbaek! Tahniah!
Sebentar tadi di Kota Gelangi 2 semasa Tuan Ibrahim Tuan Man berucap Pengurus Felda yang dikatakan baru tidak mengenali Tuan Ibrahim Tuan Man naik ke pentas untuk merampas microfon bagi mengangu majlis anjuran Pas.
Difahamkan pengurus tersebut mendapat tekanan dari atasan felda sehingga bertindak sedemikian rupa…
Difahamkan juga Keadaan dapat ditenangkan sehingga SB campurtangan dan mengatakan jika program ini salah dia sendiri yang akan merampas microfon .
06 FEBRUARY 2013
Khidmat Guaman Percuma Kepada Tentera Dituduh Sertai HKR112
PETALING JAYA, 6 FEB: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menyediakan khidmat guaman percuma kepada anggota tentera yang dikenakan tindakan atas pertuduhan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112).
Ini ekoran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenalpasti beberapa anggota yang hadir dalam perhimpunan tersebut dan kini akan disabitkan dalam pertuduhan dibawah Akta ATM.
Pengerusi Pahlawan, Asri Buang berkata, kehadiran mereka adalah atas kapasiti individu tanpa menyertai mana-mana pergerakkan NGO atau parti politik.
Ini disebabkan perasaan ingin tahun tentang perkembangan politik semasa secara langsung.
Tambah Asri, mereka ini akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 87 Akta Memudaratkan Perkhidmatan.
“Pahlawan memandang serius perkara tersebut.
“Ini kerana menurut undang-undang yang ada, anggota tentera yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan bebas menyertai mana-mana perhimpunan yang dibenarkan oleh undang- undang Malaysia dengan syarat tidak menyertai mana-mana NGO atau parti politik serta tidak membahayakan keselamatan negara,” katanya.
Takbir! Allahuakbar
0 comments:
Post a Comment