Isu Pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu
Sandiwara UMNO!
Bekas Timbalan Menteri Umno
Sabak Bernam: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah ‘wayang’ yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi, dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan ‘wayang’ yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti pemerintah itu.
“Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur...yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan.
“Tapi oleh kerana ada wayang yang dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah, tapi apa yang mereka lakukan ini akan balik makan kepada Umno dan BN,” ujar beliau di dalam ceramahnya.
Katanya lagi, perkara itu tidak akan sama seperti pada tahun 2008 dimana rakyat di Sabah kini sudah mula sedar dan bersedia untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Justeru katanya, ‘wayang’ yang dimainkan kerajaan di Lahad Datu itu tidak akan berjaya di dalam merubah hasrat rakyat di ‘negeri di bawah bayu’ itu untuk melihat perubahan.
“Rakyat Sabah sudah bangkit. Kita pada tahun 2008 kita ketinggalan sedikit dengan rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. Sebab Semenanjung Malaysia, Umno sudah kalah... BN sudah hampir kalah... hanya mempunyai kerusi 86.
“Tetapi kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak yang menyumbang 54 kerusi, sebenarnya Umno dan BN sudah ‘habis’ tahun 2008.
“Apa pun berlaku, apa pun mereka (BN) buat, apa pun wayang yang mereka buat di Sabah, wayang tak laku lagi. Wayang tak orang nak tengok lagi. Orang nak tengok perubahan yang akan berlaku dalam PRU ke 13 ini,” tegas bekas Timbalan Menteri Kabinet itu.
Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.
Di Semporna, enam anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu lepas. -antarapos
Ulasan GB
GB tertarik dengan satu ulasan di fb:
Bekas Tim Menteri Umno - Insiden Lahad Datu Sandiwara Umno.
Kalau Tian Chua yang bersuara, maka gegak gempita riuh rendah 1Malaysia mengelatat kepanasan...
Ha ha ,, bila orang Sabah bekas Timbalan sendiri yang bersuara dengan nada yang sama Tian Chua... ha ha apa macam?
Sekuel drama dulu. Lebih HOT!! Lebih SENSASI!!
Eh... eh... drama la. Yang tak syoknyer..... derang main drama tetapi rakyat tak berdosa jadi korban. Kesian anak bini yang ditinggalkan.Mungkin drama terkini ini, bermula dengan MOU di bawah ini..
Kita kasik kamu IC.... Kamu kasik kita undi.
Kita kasik kamu undi.... Kamu kasik kita janji.
Malangnyer janji yang sekian lama diberi, tidak ditepati. Ia cuma janji dicapati. Janji... janji.... di man kau janji??
Pohcik yeilek!! Lantas... Lahad Datu dan yang sewaktu dengannya dicerobohi.
Kini, PRU sudah dekat... RCI pasal IC di Sabah sedang menghantui si pemberi IC. Tup.. tup... Lahad Datu dicerobohi. Alamat terbarai dan terburailah tembelang si pemberi IC dan janji. Mampoos kamu!!
Citer pasal drama ini disahkan pulak oleh balu si penerima IC yang janji kepada mereka telah dicapati. Baca di bawah ini.
Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama
5 Mac 2013Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star
MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.
Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.
“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.
"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.
Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.
Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.
Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.
Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.-Sinar Harian
POSTED BY A MUM OF THREE MOHD AT 11:10 P
Tukar! Ubah!
0 comments:
Post a Comment