Sunday 7 July 2013

RUU Islam : Jika langgar syara', perlu dibincang - Apasal KABINET dengaq cakap puak bukan Islam bukan Tok Mufti..?

Ahad, 7 Julai 2013
Mungkin juga Perlembagaan perlu dipinda jika ia tak mengikut syara' atau agama Islam
Datuk Abdul Rahman Othman
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman

MUFTI berpendapat sebarang bentuk undang-undang yang digubal dan dilaksanakan perlu mengikut syara’ termasuklah isu Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata jika perkara tersebut berlanggar dengan syara’ kerajaan perlu mengkaji dan berbincang semula dengan golongan cerdik agama termasuk mufti dan pihak berkuasa.
Menurutnya, selalu berlaku di mana keadaan undang-undang Perlembagaan tidak menyamai undang-undang syariah, perkara tersebut perlu dibetulkan.

“Kalau yang kita faham, agama rasmi Persekutuan adalah Islam, jadi apa yang ingin di lakukan kena berbalik kepada Islam.
“Jadi apa yang kita lakukan dan bercanggah dengan syara’ perlu berbincang semula.

“Kalau ikut undang-undang Persekutuan kalau anak-anak yang belum mencecah umur 18 tahun walaupun sudah akhir baligh tak boleh tukar agama, tapi kalau dalam Islam mengikut syara’, ibu atau bapa Islam, anak tersebut mesti mengikut ibu atau bapa yang Islam,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Sebelum ini, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh dipertikaikan.

Beliau berkata, keputusan Kabinet bahawa agama kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh diguna pakai kepada penganut Islam.

“...dari segi hukum hadanah (penjagaan anak), anak bawah umur asalnya adalah di bawah penjagaan ibu. Namun, dalam isu berlainan agama, anak itu perlu mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam.
“Misalnya, jika si bapa memeluk Islam, tetapi si ibu tidak, maka agama anak mereka yang di bawah umur akan mengikut si bapa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan berkata, Rang Undang-Undang tersebut yang dibaca untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun yang lalu, telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet.
"Isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet. Pandangan dari pelbagai sudut telah diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak, termasuk parti-parti komponen BN.

"Berdasarkan itu, Kabinet telah bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang ini adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman juga berkata dari segi undang-undang, pihak yang terlibat perlu melihat dari pelbagai segi dan jika bercanggah dengan syara’ perlu disemak semula.

“Kalau kita tengok ada akta bercanggah kena bincang semula, semak semula sampai ia tepati syara’.
“...mungkin juga Perlembagaan perlu dipinda jika ia tak mengikut syara' atau agama Islam,” katanya.
Sehubungan itu, dipetik daripada satu portal berita, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata undang-undang Syariah perlu diikuti apabila proses penukaran agama hanya membabitkan sebelah pihak sahaja.
"Secara peribadi, saya fikir kita perlu ikut undang-undang Syariah apabila berkaitan perkara ini kerana ia dinyatakan dengan jelas bahawa bapa mempunyai hak untuk menentukan agama anak-anak yang masih belum mencapai akil baligh.

"Jika bapa memeluk Islam, secara automatik kanak-kanak itu akan menjadi orang Islam," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena