Kempen tersebut diadakan sebagai simbolik untuk menyedarkan masyarakat bahawa kita sekian lama telah ditipu dengan janji-janji kosong oleh kerajaan untuk menurunkan harga barang keperluan.
GOMBAK: Berikutan beberapa barangan asas keperluan mulai naik harga hampir sahaja bulan Ramadhan, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama-sama rakan-rakan pemuda dalam Pakatan Rakyat (PR) mengadakan ‘Kempen Anti Kenaikan Harga Barang’.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata kempen tersebut diadakan sebagai simbolik untuk menyedarkan masyarakat bahawa kita sekian lama telah ditipu dengan janji-janji kosong oleh kerajaan untuk menurunkan harga barang keperluan.
“Tetapi apabila tiba sahaja musim bulan puasa dan raya, pihak yang patut bertanggungjawab tidak mengambil berat tentang perkara ini menyebabkan yang menjadi beban adalah rakyat,” ujarnya.
Menurut beliau yang Ahli Parlimen Temerloh, ia bagaikan pesta naik harga apabila tiada kawalan yang ketat mengenainya.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Gombak membuat jualan amal dengan menjual gula pada harga RM2 sekilo bersempena kempen tersebut di Pasar Pagi Taman Greenwood, Gombak.
Harga barang: Pemuda PAS bekerjasama dengan Fomca
Menurut Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil, usaha tersebut dimulakan dengan kunjungan hormat kepada Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) yang diadakan pada Isnin, 1 Julai 2013 jam 11.30 pagi bertempat di Pejabat FOMCA, Bangunan SKPPK, Petaling Jaya, Selangor.
"rombongan DPPM dianggotai oleh Ketuanya YB Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalannya YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, saya sendiri, Pengarah Pilihanraya Mohd Sany Hamzan serta Exco DPP YB Ustaz Ahamd Baihaki Atiqullah dan Yusapiza Ya’acob.
"Rombongan DPPM disambut oleh Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi FOMCA,"jelas Khairul Faizi pada kenyatan media semalam.
0 comments:
Post a Comment