Pemimpin Islam Dunia Bisu!
Etnik Rohingya dan penderitaannya
GAMBAR ATAS TERSENTUH, BENAR2 TERSENTUH….
Anak Kecil Ini Masih Menyusu Dengan Ibunya Walaupun Ibunya Telah “Tiada Lagi”. Photo Sedih Ini Dirakamkan Di Rohingya, Myanmar
Posted April 20, 2013 by mahadzira al baqi in Gambar Menarik
Ibu bayi ini mati dibunuh, tapi kerana kelaparan, anak kecil ini telah memanjat ibunya untuk menyusu badan...
Gambar di atas memang amat menyayat hati saya.
Menurut berita pada gambar ini, ia adalah gambar dari kalangan etnik Rohingya.
Ibu bayi ini mati dibunuh, tapi kerana kelaparan, beliau telah memanjat ibunya untuk menyusu badan. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan bayi saya merasa amat dukacita.
Walau bagaimanapun, kesahihan gambar ini tidaklah saya ketahui. Saya tidak menyelidik dengan lebih lanjut
Myanmar tolak etnik Rohingya
Saya amat bersimpati dengan etnik ini. Mereka melalui satu kehidupan yang sangat sengsara dan tidak akan difahami oleh sesiapapun akan kesengsaraan itu selagi tidak mengalaminya sendiri.
Daerah Rakhine terletak di sebelah barat utara Negara Burma atau nama kininya Myanmar. Majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Mereka bukan berbangsa indoChina seperti lain-lain rakyat Myanmar. Asal-usul mereka juga tidak begitu jelas, tetapi dalam banyak sumber menyatakan mereka adalah bangsa banggali. Bagi pendapat peribadi saya pula, oleh kerana Rakhine ini berdekatan dengan Bangladesh, ada kemungkinan juga bangsa mereka adalah dari keturunan campur aduk Bangladesh. Wikipedia juga menyatakan bangsa ini berkemungkinan campur aduk bangsa arab yang datang berdagang dan berdakwah sekitar kurun ke 7. Saya pernah mendengar cerita ada guru-guru agama yang alim dari sini yang mewariskan dan menyebarkan ilmu hingga sampai ke tanah semenanjung Malaysia.
Kempen hapus etnik Rohingya
Walau bagaimanapun, bukan semua penduduk Rakhine berasal dari sini. Terdapat pendatang yang datang sejak awal kurun ke 19 sama seperti bangsa cina dan india yang menjadi warganegara di Tanah Melayu sekarang. Tetapi entah apa malangnya, nasib pendatang yang terkemudian ini tidak sebaik pendatang cina dan india di Tanah Melayu. Sampai ke hari ini, kerajaan Myanmar masih tidak menerima mereka Sesetengah Etnik Rohingya tidak mendapat kewarganegaran walaupun mereka telah menetap sejak sekian lama malah diabaikan hak pula sebagai manusia di atas muka bumi ini.
Gambar-Gambar Tragis Pembersihan Etnik Umat Islam Rohingya
Sejak dari tahu 1970an Junta Myanmar sudah memulakan provokasi melampau kepada kaum Rohingya yang dianggap pendatang. Kerapkali pendatang ini diseksa, diserang, dimusnahkan rumah-rumah dan dihalau keluar dari penempatan mereka. Mereka juga kerap difitnah melakukan perkara provokasi terhadap bangsa Myanmar yang lain. Anak-anak kecil tidak mempunyai pendidikan dan hidup melarat.Amatlah menyedihkan apabila membaca berita ramai etnik Rohinya yang tersadai dilautan kerana dibuang Negara dan mati katak begitu sahaja tanpa ada pembelaan.
Suu Kyi Enggan Ulas Isu Rohingya
Dalam satu sumber berita yang saya baca, satu kapal pendatang ini telah tersadai di perairan Malaysia dan diselamatkan pihak berkuasa dan aktivis kemanusiaan. Berita itu menyatakan akan kesengsaraan yang dialami oleh pendatang-pendatang ini semasa dalam perjalanan ke Malaysia. Ada seorang ibu mengandung yang melahirkan tanpa bantuan mana-mana paramedic dan bayi yang dilahirkan itu tidak mendapat rawatan secukupnya. Mereka terpaksa minum air laut untuk menghilangkan dahaga manakala kanak-kanaknya setiap kali muntah akan terkeluarlah cacing-cacing dari mulut mereka. Seorang kanak-kanak yang baru berumur 12 tahun menyatakan, beliau teringin sekali tinggal di Malaysia atas faktor kehidupan yang lebih baik.
Gambar-Gambar Tragis Pembersihan Etnik Umat Islam Rohingya
Walau bagaimanapun ada banyak perkara yang menghantui fikiran saya apabila bercakap tentang bantuan yang ingin di salurkan kepada bangsa ini. Dari segi fardu kifayah memanglah wajib untuk sesama umat Islam menolong saudaranya yang lain. Tetapi bagi orang yang pernah membantu dan bergaul dengan etnik ini, mereka sangat memahami apa cabaran yang sedang berlaku. Seringkali ia membuatkan kita patah hati untuk membantu mereka.
Daerah Rakhine
Ada beberapa masalah yang melibatkan sikap dan etika etnik rohingya menyebabkan bangsa lain agak jelek untuk membantu mereka. Tetapi bukanlah semua salah etnik rohingya itu sendiri. Harus diingat, mereka adalah bangsa terbuang yang tidak mendapat pendidikan. Taraf hidup mereka sangat rendah dan sangat miskin. Dunia mereka sebelum ini hanyalah kampung mereka sahaja. Tidak ada kemudahan teknologi yang memungkinkan fikiran mereka jadi terbuka. Orang sebegini akan menghadapi masalah perangai apabila bergaul dengan bangsa lain yang lebih maju dan moden.
Beri etnik Rohingya hak kerakyatan - Global - Sinar Harian
Selain itu, saya juga selalu berpendapat, etnik Rohingya ini banyaknya adalah dari campuran Bangladesh. Masyarakat Islam timur tengah seperti Pakistan, India, Afghanistan dan Bangladesh adalah antara umat Islam yang mempunyai sejarah sosialis yang sangat teruk. Sikap dan perangai keturunan mereka boleh dikatakan sama sahaja. Puak yang sangat agresif, radikal dan mementingkan diri sendiri. Meraka juga kurang jujur dan gemar saling menyalah antara satu sama lain. Oleh itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa, faktor keturunan boleh menjadi sumbangan terhadap perangai buruk etnik Rohingya tadi.
Kempen hapus etnik Rohingya – Pemimpin Islam Dunia Bisu!
Walau bagaimanapun, sikap dan perangai mereka ini boleh diubat dan diubah melalui pendidikan yang berterusan dan sokongan dari Negara Islam yang lain. Ia mungkin akan menjadi cabaran yang terbesar dalam memerdekakan keadaan rohaniah dan fizikal etnik itu. Seseorang yang pernah berjuang untuk nasib etnik Rohingya dalam blognya memaklumkan bahawa pembelaan nasib etnik Rohingya ini menuntut kesabaran yang tinggi. Cabaran bukan setakat dari Kerajaan Myanmar, tetapi adalah dari sikap buruk etnik itu sendiri. Ikuti catatan beliau, Encik Ahmad Azam di sini
24 NGO Malaysia hantar memorandum ke Duta Myanmar
Dalam kes Etnik Rohinya mereka mempunyai beberapa persamaan dengan Palestin. Tetapi bagi saya, nasib Palestine lebih baik berbanding dengan nasib keturunan Rohinya ini. Sekurang-kurangnya orang Plaestine masih mempunyai negara, tempat tinggal, ekonomi dan pendidikan, walaupun kerap kali di serang rejim zionis. Bagi etnik Rohingya pula, mereka tidak punyai apa-apa langsung. Malahan turut dibuang dari negara sendiri. Tidak ada tempat untuk mereka tujui di dalam dunia ini. Sangat menyedihkan.
Mereka dibunuh beramai-ramai
Saya amat berharap agar sesuatu dapat dilakukan dalam membantu etnik Rohingya ini. Tetapi saya juga tidak mahu mereka diberi taraf kerakyatan di negara kita. Negara kita sudah punyai begitu banyak masalah dengan pendatang-pendatang seperti ini. Apa yang boleh dilakukan ialah memujuk dan berunding dengan kerajaan Myanmar untuk bersedia menerima mereka semula dan memberi layanan yang lebih baik. Semoga masa depan mereka akan menjadi terbela suatu hari nanti.Meteorburning , APRIL 18, 2013
MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN: Rohingya: 'Ethnic Cleansing'
0 comments:
Post a Comment