Thursday 11 July 2013

Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol ...Ish!..Ishhh! Atlet Melayu Rupanya...

Khamis, 11 Julai 2013
3 Atlet melayu rupanya yang rogol pegawai Sukma 
atlet rogol sukma
rogol atlet suka
Gambar atas Menteri Sukan Khairy Jamaluddin menyatakan kekesalannya atas tragedi memalukan ini.

PETALING JAYA: Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) – Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing 19, mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos.
gambar atlet rogol pegawai sukma

Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu.

Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan lapor Mstar.

Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.

P/s: Mengikut laporan awal, mereka juga dikatakan minum minuman keras.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena