Panas!! Yusuff Kalla Bakal Saman Media Putar Belit Kenyataannya Mengenai Anwar
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.
“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.
“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.
Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.
“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar
Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.
“Mana-mana ahli Parlimen yang ulang akan kita rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan,” katanya.
Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505.
Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. ~keadilandaily/Addin.
Anwar: Jusuf Kalla kata laporan Berita Harian tak benar
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis laporan yang didakwa memetik kenyataan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla bahawa siri perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu dibiayai pihak asing.
Katanya, beliau menerima satu nota daripada Jusuf, yang didakwanya menyebut bahawa dakwaan tersebut, seperti yang disiarkan akhbar Berita Harian pada 28 Jun lalu, adalah tidak benar.
Anwar mendakwa, Jusuf juga telah mengutus bantahan serta tuntutan kepada Berita Harian agar akhbar berkenaan membuat pembetulan kepada laporan berkenaan.
Katanya, beliau sejak dari awal lagi tidak yakin bahawa tokoh berkenaan akan mengeluarkan kenyataan “gila” seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan.
Apatah lagi, hubungan persahabatan antara mereka telah terjalin sejak sekian lama, kata Anwar dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.
"Pak Jusuf amat prihatin soal perkembangan politik di Malaysia, dan menganggap saya dengan dia dalam keadaan baik. Jadi sebab itu saya mengambil masa beri dan memberi ruang kepadanya untuk memberikan penjelasan.
"Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Anwar berkata, Jusuf dalam nota berkenaan secara khusus menyatakan bahawa tulisan dalam akhbar berbahasa Melayu itu adalah "tidak benar".
Jusuf juga menolak permintaan untuk ditemubual wartawan daripada Malaysia, kata Anwar lagi.
"Jusuf Kalla berulang kali berbicara dengan saya, meminta saya, jangan buat ulasan sehingga beliau mengarahkan media khususnya Berita Harian membetulkan.
"Pak Yusuf Kalla, tahu wartawan Malaysia selalu memutar belit kenyataan. Jadi dia enggan. Jadi dia tolak. 'Tulisan itu tidak benar. Saya akan bantah'," kata Anwar yang membaca nota Jusuf kepadanya.
"Bila beliau sebut begitu, saya tidak mahu buat ulasan berhubung bantahan itu," kata Anwar lagi.
Selain dakwaan menerima tajaan luar, laporan itu turut mendakwa Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina..
Anwar berkata dakwaan berkenaan pada awalnya dibangkitkan dalam satu laman web yang didakwanya ditaja Umno, dan kemudiannya dihebahkan oleh "media Umno" termasuk akhbar Berita Harian.Mk.
Jusuf Kalla Nak Saman Berita Harian.
Itulah yang dilaporkan oleh KeadilanDaily. Namun sayangnya ia disampaikan oleh Anwar Ibrahim. Kalau la si Jusuf itu sendiri hantar kenyataan bertulis kepada KeadilanDaily lebih baik. At least lebih keras dan tegas sikit tindakan Jusuf terhadap Berita Harian. Takut2 jek si Jusuf tue kenakan Anwar Ibrahim sepertimana Anwar Ibrahim terkena baru2 neh.
Yela.
Dia la individu pertama yang sebut Anwar ada buat perjanjian sulit dengan Najib bagi menghormati apa jua keputusan PRU ke 13 baru2 neh. Then bila Anwar mengaku ada buat perjanjian persefahaman dengan hanya Anwar jek sign, Najib tak sign [sebab takut kena kecam], dia buat satu lagi statement bahawa Anwar la yang cadangkan hal tersebut dan dia cuma jadi pihak ketiga jek. Padahal sebelum tue DSAI sebut yang Jusuf yang tawarkan diri untuk bentuk persefahaman tersebut, bukan datang dari mulut DSAI.
Selepas tue statement demi statement dia keluarkan untuk balon DSAI. So aku berharap sangat DSAI tak terkesan dengan kenyataan2 dia melainkan dia buat penegasan bahawa sememangnya kenyataan dia telah diputarbelitkan oleh pihak2 tertentu.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/jusuf-kalla-nak-saman-berita-harian_4.html#ixzz2Y0YaGakr
EKSKLUSIF!! JUSUF KALLA : ANWAR, BLACKOUT505 DAN DANA ASING!!
WAWANCARA PENUH JUSUF KALLA DENGAN MERDEKA ONLINE
Sila Lihat: Sumber: Merdeka Online
Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.
Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla......
0 comments:
Post a Comment