Friday, 4 October 2013

Apakah pak-pak menteri sedar? Orang Johor beli susu anak pun berhutang... HIBANYA! & Bil Elektrik Najib RM10 Juta setahun? Mak Aihh!

Jumaat, 4 Oktober 2013
prihatinsubang.blogspot.com
Apakah pak-pak menteri sedar? 


Sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi ;
1. Kereta kena tarik sebab kehabisan minyak
2. Beli minyak RON95 dengan duit syiling
3. Beli susu anak dengan berhutang
4. Tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan
5. Terpaksa makan makanan hampir basi kerana kelaparan.
6. Berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak
7. Tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan
8. Bekalan air kena potong sebab bil tertangguh…
9. Pinjam telepon kawan kerana tiada top-up

Apakah pak-pak menteri sedar?
Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan walaupun kerja macam mau mati, aku kira pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Setiapkali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiapkali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka…Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku” … Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?

Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa…

Coretan oleh:
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat. 4 September 2013
Posted by Kedah Lanie at 6:30 PM
www.ibnuhasyim.com
Bil Elektrik Najib RM10 Juta setahun? Mak Aihh!

Terperanjat dengan Bil Elektrik rumah Najib yang hampir menyamai bil elektrik dan air sebuah kilang iaitu RM10,267,868.15 bagi elektrik dan bil air pula mencecah RM1,967,386.55 untuk tempoh setahun Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan dari Najib..

Berkenan bil elektrik yang berjumlah RM10,267,868.15 setahun itu iaitu bersamaan dengan RM160,000.00 sebulan antara factor penyumbangnya mungkin disebabkan oleh kekerapan Rosmah menggunakan hair dryer bagi membentuk rambutnya.. atau mungkin juga terdapat saloon di kediaman Najib itu..

Tapi kalau guna sehari sepuluh kalipun Hair Dryer tu mana mungkin Bil Elektrik mencecah RM160,000.00 sebulan.


MP Pakatan persoal, bil elektrik PM saja RM10 juta setahun
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan kerajaan berhubung kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya yang menjangkau hampir RM49 juta setahun.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM32,972,115.55 sementara kos baik pulih pula RM3,581,744.78 setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10,267,868.15 dan bil air pula mencecah RM1,967,386.55 untuk tempoh yang sama.

Ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata penjelasan itu penting ketika rakyat diseru supaya berjimat cermat dan mengubah gaya hidup ekoran tindakan kerajaan mengurangkan subsidi.

“Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pula menyatakan hairan tentang belanja besar yang ditanggung, terutama kos elektrik dan air yang mencecah jutaan ringgit setahun.

“Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” katanya.

Menurutnya jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan mengikut bulanan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

“Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.
http://www.keadilandaily.com/?p=16129


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena