Thursday, 3 October 2013

BOROS!!! RM100juta wang rakyat HANGUS untuk Jet Peribadi NAJIB...

Khamis, 3 Oktober 2013
Kos jet peribadi RM86.4 juta, Najib dicadang guna MAS
Grafik Najib Jet
Media Selangorku 
1. Kos sewaan setahun = RM28.8 juta.
2. Kos penyelenggaraan pula = 5.5 juta.
3. Untuk tiga tahun dari tahun 2010 sampai 2012 kosnya ialah = RM100.47 juta.
4. 86.4 juta adalah bayaran untuk sewa pesawat.
5. 16.515 juta untuk kos penyelenggaraan.
6. 3.32 juta untuk kos baikpulih pesawat tersebut.


Photo: Tempat perlindungan yg selamat bg dia. Wahai anak, dmana kau berada saat ayah mu memerlukan mu syg? Ya Allah... Aku sayang Ayah... :'(


Anak Palestin , syria , afghanistan sibuk untuk gugur syahid. 
Anak Melayu malaysia pula sibuk duk gugur janin, gugur kandungan , buang anak , buang mak ayah. 

anak2 disana berlumba nk mati syahid dan merebut untuk masuk syurga Allah. anak disini berlumba nk masuk neraka jahanam.

anak2 disana wlaupn sibuk berperang tak tggl mak ayah.. anak2 disini hal kecik pn tggl mak ayah. lupa org yg menyusukan,lupa org yg memberikan dia mkn , lupa org yg membesarkn dia.
Tok Wan fan page's photo.
KUALA LUMPUR, 3 OKT : Kerajaan Pusat berbelanja lebih RM100 juta dalam tempoh tiga tahun untuk kos sewaan dan penyelenggaraan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi program jelajah dan lawatan rasminya.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, kerajaan mengaku membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, kos penyelenggaraan (RM16.515 juta) dan untuk kos penambahbaikan jet (RM3.32 juta)

Selain itu, katanya, kerajaan juga menanggung perbelanjaan RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Najib sejak 2008.
“Sebagai bandingan, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menaiki kelas pertama Singapore Airline ketika membuat lawatan ke luar negara dan ia menjimatkan jutaan wang rakyat.

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula sentiasa duduk kelas ekonomi ketika menjelajah atau membuat lawatan.

“Teladan baik harus dicontohi. Dicadangkan Najib membuat pertimbangan menaiki penerbangan kelas pertama Malaysia Airlines (MAS), bukan jet peribadi eksklusif,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ketika negara mengalami defisit 17 tahun berturut-turut, beliau berkata, kerajaan Umno BN gagal menunjukkan contoh baik dari segi pengurusan kewangan berhemah.

Katanya, kerajaan Umno BN juga terpaksa mengemukakan belanjawan tambahan sebanyak dua kali di Parlimen ekoran kegawatan ekonomi.

Beliau turut meminta Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan ke atas Jabatan Perdana Menteri yang mengeluarkan bayaran emolumen dan gaji melebihi RM4 bilion setahun.Media Selangorku 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena