SK Pekan Kiulu terbakar...
ya la tuh...
King Jason
Pendidikan rapat jurang pendapatan
Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dan pentadbiran kerajaan bekerja keras menentang ketidakadilan dan mengisytiharkan perang terhadap pendapatan yang tidak seimbang.
Katanya, Malaysia bukan lagi negara miskin yang dengan sendirinya mewujudkan cabaran baharu yang sukar, iaitu ketidaksamaan pendapatan di kalangan penduduk.
“Sebahagian daripada kita lebih makmur daripada yang lain, manakala ada antara kita yang masih bergelut untuk hidup,” katanya ketika merasmikan kampus baharu Universiti Antarabangsa UNITAR, di Kelana Jaya di sini, semalam.

Tingkat akses pendidikan
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga meningkatkan akses kepada pendidikan untuk semua lapisan masyarakat kerana yakin ia mampu meningkatkan ekonomi golongan kurang bernasib baik.
Katanya, peningkatan akses pendidikan berjaya meningkatkan sosioekonomi rakyat dengan ketara menerusi kejayaan dalam pelbagai profesion.
“Hari ini, ramai anak petani, nelayan dan penoreh getah yang balik kampung untuk menyambut Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali adalah doktor, jurutera dan peguam.
“Dalam perjuangan dan perjalanan kepada yang lebih baik pada hari esok, kita sewajarnya tidak memandang rendah potensi yang ada, sebaliknya mempunyai keazaman, ketabahan dan kerja keras bagi menukar impian dan harapan kepada kenyataan,” katanya. BHarian.

0 comments:
Post a Comment