Thursday 13 March 2014

BOMOH MH370: [Video] Mat Salleh Hina Kalimah Allah....Solat hajat di KLIA - Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS...

Jumaat, 14 Mac 2014

Published on Mar 12, 2014
Gara-gara perbuatan khurafat Raja Bomoh, Mat Salleh ambil kesempatan hina kalimah Allah

Published on Mar 13, 2014

Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS Selangor
Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS Selangor sejurus tamat majlis solat hajat dan bacaan yasin di KLIA
Tok moh buat ritual xda plak polis ambil keterangan..
Buat solat hajat dan bacaan yasin mcm salah plak dari segi undang2 dlm malaysia..

 https://www.facebook.com/PemudaGombak/photos/a.10150630589590594.686891.265133725593/10153904608605594/?type=1&theater
Panas!! Bukan setakat Malaysia jadi bahan sindiran bahkan Kalimah Allah dihina gara2 "Raja bomoh" ?

#MH370 - MEDIA ARAB SINDIR MALAYSIA GUNAKAN BOMOH SEBAGAI USAHA RUNGKAI MISTERI KEHILANGAN MH370
Di waktu seluruh dunia tertumpu pada Malaysia berikutan dengan insiden pesawat #MH370 hilang sabtu lalu, sekumpulan Raja Bomoh Sedunia VIP datang ke KLIA tanpa dijemput oleh mana-mana pihak dan ini amat memalukan Malaysia.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri memuatnaik satu gambar liputan berita mengenai Raja Bomoh oleh media Arab yang jelas amat memalukan negara Malaysia di Facebook miliknya.

Perbuatan bodoh, tahyul dan memalukan yang dilakukan sekumpulan bomoh tak diundang telah memberikan imej buruk kepada masyarakat negara ini. Pelbagai media antarabangsa melaporkan cerita bomoh di KLIA seakan-akan masyarakat Malaysia menerima sihir sebagai jalan terakhir untuk mencari dan menyelamat #MH370.

Media Arab menerbitkan laporan berita berkenaan dengan tajuk:

"Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia Untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang."

Untuk pengetahuan semua, kedatangan Raja Bomoh ini tidak dijemput oleh mana-mana pihak. Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zain dan kumpulannya datang ke KLIA sendiri dan mencari publisiti murahan.

JAKIM juga telah mengeluarkan kenyataan media mengenai Raja Bomoh itu mengamalkan rawatan syirik, khurafat yang bercanggahan dengan agama Islam. (BACA SINI)

JAKIM juga telah meletakkan pegawainya di KLIA bagi memantau dan menghalang kumpulan ajaran sesat itu kembali ke KLIA.

Liputan Media antarabangsa mengenai bomoh ini secara tidak langsung memperlekehkan usaha pasukan Search and Rescue (SAR) Malaysia dan negara-negara lain. - My Media Hub (kredit TengokTVOnline)

Mat Salleh kafir hina kalimah Allah
TINDAKAN 'Raja Bomoh' melakukan upacara mencari pesawat #MH307 yang hilang dengan cara khurafat menyebabkan Malaysia jadi bahan ketawa dan ejekan masyarakat antarabangsa.

Lebih memalukan apabila 'Raja Bomoh' dan orang-orangnya melakukan aksi duduk di atas tikar, ala tikar terbang dalam cerita P Ramlee "Laksamana Do Re Mi" sambil menyebut kalimah 'Allahuakbar'.

Tindakan itu turut mengheret dan memalukan Islam di mata dunia, apabila seolah-olah perbuatan khurafat lagi menjurus ke arah syurik dianggap sebagai ajaran Islam.

Hasilnya, beberapa orang bukan Islam yang dipercayai dari luar negara (Mat Salleh) telah menghasilkan video parody meniru aksi 'Raja Bomoh'.

Apa yang menyedihkan, mereka tidak melaungkan 'Allahuakbar' sebaliknya menghina kalimah Allah dengan sebutan 'Allah Fu***r' berulang kali.

"Gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga"

Lihat video di SINI


http://azmieyusoff.blogspot.com/2014/03/panas-kalimah-allah-dihina-gara2-raja.html

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena