Friday, 14 March 2014

Pray for MH370: Larangan Solat Hajat di KLIA! Benarkah arahannya dari luar Malaysia?

Jumaat, 14 Mac 2014
Kedua-dua berlaku di KLIA. Kedua-dua mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Iaitu supaya #MH370 dapat ditemui. 

Apa yang membezakan antara bomoh tersebut dengan PAS?
BOMOH 1MALAYSIA anjur amalan khurafat. Dia menggunakan bubu, teropong buluh, tikar terbang, bakul, labu sayung dan tongkat sakti. Diselitkan dengan ucapan Allahu Akhbar..

PAS pula menganjurkan amalan solat hajat. Disertai oleh ratusan umat Islam. Diselitkan dengan zikir dan doa. 
BOMOH 1MALAYSIA dengar kata pegawai tertinggi yang berkerja di KLIA yang jemput.
PAS pula dilarang oleh kakitangan KLIA untuk berbuat solat hajat.

Kenapa pula amalan khurafat BOMOH 1MALAYSIA tidak disiasat, tetapi penganjuran solat hajat disoal-siasat oleh polis?
Menurut polis, larangan sudah dikeluarkan namun PAS nampaknya masih meneruskan aktiviti yang dilarang itu sebab keterangan diambil.

Ada logik ka situasi ini? Sememangnya KLIA perlu dilimpahi dengan kegiatan seperti solat sunat hajat mahupun taubat dan sebagainya. Ini dibuat supaya boleh 'menyingkirkan' amalan bodoh KHURAFAT BOMOH 1MALAYSIA yang telah tersebar meluas di KLIA sehingga menjadi ejekan masyarakat dunia.

Sekurang2nya mereka tahu hanya segilintir orang BODOH aje wujud di Malaysia dan memalukan negara. Lebih ramai lagi orang2 MUSLIM di negara ini yang AKALNYA WARAS dan tidak terpalit dengan kegiatan KHURAFAT.
Pelik juga kenapa benda2 begini menjadi pertikaian pada PEGAWAI KLIA?

Adakah pegawai KLIA lebih sukakan kepada perkara2 yang merosakkan jiwa dan iman seperti kegiatan KHURAFAT? Amalan KHURAFAT tersebut bukan sahaja tidak dihalang atau dihentikan oleh mana2 kakitangan KLIA yang berjawatan tinggi bahkan mendapat publisiti yang meluas di peringkat antarabangsa. Tak malu ke KLIA? Tak rasa ke imej dan intergriti kamu dah tercemar dengan begitu teruk?

Dengan memerhatikan senario yang berlaku ini korang boleh fikirkan apa yang pegawai2 tertinggi dan menteri2 kita fikirkan.

Orang yang bangang aje siasat penganjuran solat hajat. Dan orang yang bangang juga buat2 tak nampak wujud amalan khurafat. JAIS pun hanya beri warning semata2 kepada BOMOH 1MALAYSIA. PAS pula? Kena bersoal jawab dengan POLIS sebab buat SOLAT HAJAT? Apa pun tak boleh.. 

Itu la pasal sekarang neh ;
1. Mula2 banjir.
2. Kemudian panas. Hutan sana sini terbakar.
3. Sekarang jerebu. 
4. Runtuhan lagi.
5. Kemudian MH370.
6. Kes2 fitnah yang membabitkan politik.
7. Denggi meningkat
8. Masalah ekonomi susulan dari pentadbiran Najib Razak yang diperlihatkan lemah..

Nak tambah masalah baru lagi ka wahai pemimpin2 negara? Yang sedia ada neh dah cukup terer ka nak atasi?
BENGAP!
Kalau Pemuda UMNO yang buat polis tak usik, jentik? Bagus polis Malaysia ni!! Lagi bagus mereka yang arah siasat!!
sumber 
pen buruk online.

Kecoh isu solat hajat di KLIA, segalanya telah diselesaikan dengan baik..!!

Mar 14, 2014
HAMBALI AKRAM
Solat hajat yang dilakukan oleh Pemuda PAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung malam tadi. Namun, yang menariknya ia menjadi polemik di dalam ruangan maya khususnya dalam Facebook.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjs5yfYH1KvPvwhLyrcS7FtUyDTHDmKUscqeaTlwUJvBnA-28nitHp_teAgAsQv-Q3Xsg_VdsZRURRTghkGu0p1-HHVLjF9zBCA3v4ipIOddrDsLat3OMEUCBmMeWK1H4EWrSsoKirylg8/s1600/2014-03-14_122226.jpg
Polemik itu timbul apabila dimuat naik gambar Ustaz Syarhan Humaizi sedang memberi keterangan kepada pihak polis (Polis MAHB) berhubung program yang dijalankan. Perkara itu telah selesai apabila Ustaz Syarhan sendiri memberi penerangan melalui Facebook tentang kedudukan sebenar – tidak perlu dibesar-besarkan dan dipolitikkan.

Namun, saya berasakan bahawa polemik itu timbul kerana beberapa hari sebelumnya tindakan beberapa individu melakukan aktiviti perbomohan di kawasan yang sama tidak pula diambil keterangan. Tidak pula ditunjukkan pihak berkuasa lapangan terbang mengambil tindakan serupa. Apatah lagi, sudah jelas perbuatan bomoh tersebut ditegur sebagai khurafat dan salah di sisi agama oleh para mufti dan JAKIM.


Dalam dunia maya pada hari ini, saya mencadangkan pihak polis mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menjaga intergriti mereka. Saya percaya, program tersebut turut mendapat sokongan daripada pihak polis MAHB sendiri, cuma dalam suasana yang tegang, sedih dan tertekan seperti sekarang, sebarang kesilapan kecil boleh menimbulkan salah tanggapan masyarakat umum.

Kesimpulannya, mari kita sama-sama berlapang dada dan terus berdoa agar misteri kehilangan pesawat MH370 ini dapat dirungkaikan dalam masa terdekat.
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena