Saturday, 15 March 2014

Terkini Pesawat MAS MH370 kini dalam 'tawanan perampas?' - Agensi Berita China, Xinhua

Sabtu, 15 Mac 2014

TERKINI! SIDANG MEDIA TERGEMPAR #MH370 OLEH PM..PESAWAT TELAH DIRAMPAS?

Pautan kekal imej terbenam


BREAKING 1235 hrs: SAH! Pesawat MAS MH370 kini dalam tawanan perampas.
Agensi berita China, Xinhua yang memetik seorang pegawai siasatan (dipercayai pegawai MAS sendiri) yang enggan namanya disiarkan memberitahu bahawa penyiasat hampir pasti memuktamadkan bahawa punca kehilangan pesawat Boeing B777-200ER Sabtu lalu adalah angkara perampas.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butir-butir siasatan kerana tidak mahu dia menjadi siasatan pihak berkuasa pula kerana membocorkan maklumat sulit yang masih dalam siasatan.

Walaupun laporan itu belum disahkan mana-mana agensi penyiasat termasuk FBI dan CIA, sumber dalaman penyiasat memberitahu bahawa rundingan sedang diadakan antara perampas pesawat dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Bagaimana, di mana dan apa tuntutan perampas dan pihak berkuasa mana yang berunding dengan mereka masih belum dimuktamadkan.

Tetapi dipercayai ejen CIA telah berada di satu lokasi rahsia di mana pesawat itu kini berada beberapa hari lalu tetapi hanya didedahkan hari ini kata jurucakap bersama Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Pentagon ketika mengesahkan perkembangan berkenaan.

Sidang media tergempar akan diadakan jam 1300 hrs.
Lagi perkembangan lanjut menyusul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak laporan media pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang dijalankan memasuki fasa terbaru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor...
Siasatan kini tertumpu kepada latarbelakang penumpang dan kru tetapi belum ada pengesahan pesawat dirampas - PM Najib Razak

Chinese Ambassador to #Malaysia arrived & seated at press conf where Msia PM is due to give updates on missing #MH370 pic.twitter.com/7mnrdHamFr
Difahamkan, Perdana Menteri hanya akan membacakan satu kenyataan dan tidak akan menjawab sebarang soalan dari pihak media.

Media seluruh negara tunggu pengumuman PM


Sidang media tergempar di Hotel Sama-Sama, Sepang turut disertai oleh Duta China ke Malaysia, Huang Hui Kang. Turut kelihatan wakil kedutaan Rusia.
SEPANG 15 Mac - Lebih 300 petugas media daripada lebih 100 media agensi seluruh negara terpaksa beratur panjang untuk mendaftar hari ini selepas dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang akhbar tergempar pada pukul 1.30 petang ini.

Sidang akhbar tersebut yang masuk hari kelapan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu dijangka memberikan maklumat baharu berhubung kehilangan pesawat itu.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan sidang akhbar itu berhubung kait dengan satu laporan media oleh AP yang memetik dakwaan seorang pegawai kerajaan Malaysia bahawa pesawat itu dirampas dan dakwaan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'. ~UM

I asked the Malaysia Prime Minister if they are searching the homes of the pilots. He wouldn't respond.
Pautan kekal imej terbenam
": Wartawan ditangkap semata mahu soal Najib..!!! malu...1 dunia..!! "
Pautan kekal imej terbenam
Kedahkini

Punca Najib Masih Tidak Sahkan Kehilangan MH370 Kerana Rampasan Tersebar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini.

Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi.Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi.


Pada sidang media itu, Najib yang membaca teks tanpa menerima sebarang soalan media, berkata Malaysia akan terus meningkatkan usaha mencari dan berharap maklumat baru yang diperolehi akan membawa kepada satu langkah mendekati penemuan pesawat itu.

Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu (hari kehilangan pesawat) di Selat Melaka.Katanya, penyiasatan menunjukkan pergerakan penumpang kapal terbang itu dan hubungan telekomunikasi dibuat dengan sengaja namun beliau menolak ia satu rampasan.

Najib berkata, berdasarkan data daripada radar yang dikesan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kerajaan mengesahkan pesawat yang ditunjukkan dalam data asal adalah MH370.

Katanya, aa diperolehi berdasarkan kerja forensik yang dibuat oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia yang bekerja secara berasingan ke atas data yang sama.

"Berdasarkan data baru itu, kali terkahir komunikasi disahkan antara pesawat dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu Malaysia hari Sabtu, 8 Mac," katanya.

Beliau berkata, pasukan penyiasat kemudian membuat pengiraan yang akan menentukan sejauh mana pesawat itu boleh terbang selepas perhubungan terakhir itu dan ia akan membantu kita membuat pencarian.

Katanya, berdasarkan jenis data satelit yang ada, ia bagaimanapun tidak boleh mengesahkan tempat pesawat itu membuat hubungan terakhir dengan satelit.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan data baru ini, pihak berkuasa penerbangan Malaysia dan rakan-rakan antarabangsanya percaya kapal terbang itu boleh berada di dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Tukministan dan utara Thailand atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Najib berkata, berdasarkan perkembangan terkini ini, pihak berkuasa Malaysia memfokuskan penyiasatan mereka ke atas anak kapal dan penumpang.

"Walaupun ada laporan media yang mengatakan pesawat ini dirampas, saya ingin jelaskan kami masih menyiasat semua kemungkinan yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan asalnya," katanya.

Katanya, data baru daripada satelit itu mempunyai kesan besar ke atas bentuk dan bidang operasi pencarian."Kami menghentikan pencarian di Laut China Selatan dan menilai semula penempatan aset kita," katanya.

Keluarga dan waris penumpang dan anak kapal MH370 menonton siaran langsung sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di lobi Hotel Everly, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Mac, 2014.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

Setakat ini, 15 negara menyertai misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan sejak seminggu lalu di kawasan Laut China Selatan, Selat Melaka dan kini diperluas di kawasan Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Antara negara terlibat dalam misi berkenaan termasuk Amerika Syarikat, Vietnam, Australia, China, India dan Singapura. ~tmi

Addin:
Addin masih tidak faham kenapa najib masih tidah sahkan kehilangan MH370 berpunca dari rampasan. Sedangkan kebanyakan media utama dunia dan penganalisis berpendapat ianya satu rampasan yang dirancang teliti. 

Kerajaan bn cuba kawal semua maklumat sehinggakan isu sebesar ini. Najib mungkin lupa maklumat tidak boleh dikawal. Najib dan semua pemimpin perlu terima hakikat yang tragedi MH370 ini menjadi sejarah baru dalam industri penerbangan moden. Seluruh dunia melihat cara malaysia menyelesaikan isu ini.
Addin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena