Monday, 3 March 2014

[Video Panas] Rafizi: MoU air tak telus, sangat rugikan rakyat! Exco S'gor tak luluskan MoU air...

Isnin, 4 Mac 2014
Published on Mar 3, 2014
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kesahihan memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan air yang dimeterai oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya tidak telus.Ini kerana katanya, kandungan MoU ini tidak dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.
Pusat panggil Selangor tandatangan MoU saat akhir
Posted on Friday, February 28 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


BeritaKita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu

SHAH ALAM:
 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengakui kerajaan Pusat memanggil kerajaan Selangor hadir ke Putrajaya bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam notis yang singkat.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, kerajaan Pusat membuat keputusan saat akhir memaklumkan bersetuju dengan perjanjian itu dan mahu memeterainya.

“Kita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu. Malah kita juga dah sediakan pelan peruntukan RM9.6 bilion bagi projek Langat 2.

“Pusat yang selama ni tak berapa nak mahu,” katanya kepada FMT selepas upacara solat hajat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Selangor dan Pusat semalam menandatangani MoU bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

MoU ditandatangani antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta beberapa menteri Kabinet dan Exco Selangor.

Pengambilalihan ini dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan dan empat syarikat terbabit akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air dibawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberi jaminan ia hanya melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab sahaja dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

Melalui MoU, KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan pula perlu menyuntik RM2 billion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor perlu melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi.

Antaranya, menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan Pusat, memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada tahun 2050.

Selangor juga perlu menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33% kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.

Namun, Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam responnya semalam berasa terkejut dan mengakui tidak dimaklumkan mengenai pertemuan dan MoU itu.

“Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini.tetapi tidak yang terakhir ini,” katanya.

Sementara itu, Halimah berkata pihaknya selepas akan mengadakan beberapa siri solat hajat memohon agar diturunkan hujan berdasarkan respon yang diterima.

“Mungkin ada solat di empangan,” katanya.-fmt 

TMI

MOU Air - Ini Penjelasan Khalid

KAJANG -  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan tawaran harga pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) pengambilalihan ekuiti empat konsesi air sebanyak RM9.65 bilion tidak akan dinaikkan demi kepentingan hak rakyat.

Abdul Khalid berkata, beliau akan ke mahkamah sekiranya syarikat konsesi mahu meminta bayaran tambahan.


“Saya akan lawan kalau mereka nak harga lebih. Saya akan mulakan dengan RM5 juta bukan RM9 juta. Syarikat konsesi boleh minta berapa ratus juta pun, tapi saya jamin ia tidak akan naik.

"Tapi kalau mahkamah suruh bayar kurang daripada RM9.65 juta, saya terpaksa bayar RM9.65 juta sebab itu kita dah janji. Ini jaminan saya.

“Rakyat Selangor tak nak bayar lebih. Kalau ada Ahli Parlimen nak bayar lebih, biar dia bayar. Kita tak nak bayar lebih. Jadi jangan cakap tawaran itu akan naik,” katanya selepas Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Anugerah Komuniti Bestari ‘K-Star Pangsapuri Selangor 2013, semalam.

Sebelum ini, pemeteraian MoU penstrukturan semula industri air di Selangor masih tidak disenangi pemimpin PR meskipun telah diberikan penerangan oleh Abdul Khalid.

Mereka mempertikaikan tawaran harga RM9.65 juta yang mungkin boleh melonjak kepada RM14 juta sebab klausa timbang tara antarabangsa membolehkan syarikat konsesi meminta bayaran tambahan.

Abdul Khalid menyatakan ada kalanya penerangan dan perbincangan dalaman boleh mendatangkan impak negatif.

“Itu sebab kadang-kadang kita tak nak adakan perbincangan. Isu harga tawaran bakal dinaikkan seolah-olah membantu syarikat konsesi untuk dapat duit lebih.

"Saya sudah janji dengan rakyat, kita hanya akan bayar RM9.65 juta dan sekiranya syarikat konsesi tuntut lebih, perkara ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya.

Beliau turut menyindir sikap segelintir pimpinan PR yang mendedahkan hasil maklumat dalaman kepada umum.

Mengulas mengenai saham air, Abdul Khalid menjelaskan, prospektus jualan saham hanya akan diumumkan enam bulan atau setahun selepas penyusunan semula industri air ini dilaksanakan.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Abdul Khalid mengumumkan akan mendedahkan maklumat perjanjian Projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Katanya, ia susulan Selangor sudah mempunyai enakmen kebebasan maklumat yang membolehkan rakyat mengakses maklumat itu.

“Selangor sudah buat undang-undang kebebasan maklumat. Apabila undang-undang itu ada dalam masa terdekat, orang akan datang tengok dokumen dan dokumen itu akan disebarkan,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), serta Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan MBI Selangor di JKR 10 bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena