Saturday 31 May 2014

Samseng MP ...SPR BUAT APA? Pakaian bercorak logo BN

Sabtu, 31 Mei 2014
Gambar: BOLEH KE LAGU NIE... SPR BUAT APA?

Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman berjalan-jalan dlm kawasan tempat mengundi dengan memakai pakaian bercorak logo Barisan Nasional.

Di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, mana-mana orang yang memakai atau memegang barang yang mempunyai simbol parti politik dekat dengan 50 meter dari tempat mengundi boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
BOLEH KE LAGU NIE... SPR BUAT APA?

Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman berjalan-jalan dlm kawasan tempat mengundi dengan memakai pakaian bercorak logo Barisan Nasional.

Di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, mana-mana orang yang memakai atau memegang barang yang mempunyai simbol parti politik dekat dengan 50 meter dari tempat mengundi boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.


Gelagat Bodoh Dan Samseng MP Pasir Salak Di Teluk Intan



Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mendapati ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memakai baju berlogo BN untuk masuk ke pusat mengundi. 


Dyana Sofya Mohd Daud hari ini memaklumkan bahawa ahli Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasuki pusat mengundi memakai baju berlogo BN.

Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu berkata kejadian itu berlaku ketika beliau membuat lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia hari ini.

"Kita ada gambar dan pengawal keselamatan sekolah di sini boleh sahkan. Ahli Parlimen Pasir Salak memakai baju penuh dengan dacing melawat pusat mengundi.

"Dengan lambang begitu sememangnya tidak boleh melepasi pagar," katanya ketika ditemui media di Kampung Bahagia hari ini.

Sementara itu, penyokong BN dan Pakatan Rakyat terus mengeluarkan kata-kata yang boleh mencetuskan provokasi sejak pagi walaupun dikawal ketat oleh pihak polis.

Setakat jam 1 tengahari,  peratusan keluar mengundi sebanyak 46.55% bersamaan 27,955 pengundi.

Tajuddin ketika ditemui The Malaysian Insider berkata, beliau sebenarnya mahu ke tandas kerana sudah lima jam bersama pasukan sorak BN.

"Itu fitnah. Ada orang yang bawa saya. Saya nak pergi buang air kecil. Takkan nak buka baju," katanya.

Ketika ditanya kata-kata provokasi yang dilemparkan Pemuda BN, Tajuddin berkata:"Ini luar biasa. Dahulu tidak begini. Itu perkara biasa setiap kali pilihan raya."

Beliau yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani dilihat memberikan buah limau kepada Pemuda Umno yang berteriak sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, setakat jam tiga petang ini keadaan kembali aman setelah penyokong Pakatan Rakyat tidak melayan kata-kata provokasi yang dihamburkan. – tmi
BLM


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena