Saturday, 31 May 2014

[Video] Lelaki minum darah dari kepala yang dipenggal...Mayat suspek ditemui terapung

Sabtu, 31 Mei 2014

BUDAK DISEMBELIH


Lelaki minum darah dari kepala yang dipenggal – Saksi


Susulan seorang kanak-kanak dibunuh dan dipenggal kepala dengan jubin seramik.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, beliau sedang mandi di sungai berkenaan apabila melihat seorang lelaki tunduk melihat sesuatu yang seakan-akan patung.
“Apabila saya bergerak lebih dekat baharu saya nampak seorang kanak-kanak perempuan tanpa kepala hampir tenggelam dalam sungai.
“Lelaki itu nampak saya mendekatinya dan terus memandang tepat pada saya,” katanya yang mendakwa melihat lelaki itu meminum darah dari kepala kanak-kanak yang dipenggal itu.
Mohammad, 29, yang tinggal di bawah jambatan kemudian meminta pertolongan rakannya yang dikenali sebagai Las.
Mohammad and Las juga mengaku melihat suspek mengelar leher Siti Soffea menggunakan serpihan jubin seramik dan mengisi darah kanak-kanak itu ke dalam botol.
“Apabila polis tiba, lelaki itu terjun ke sungai dan cuba melarikan diri,” katanya yang menghubungi polis, manakala Las diminta memerhati pergerakan suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis percaya suspek mati lemas ketika cuba melarikan diri.
Polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Kong Meng berkata, beberapa serpihan jubin seramin, kesan darah dan sepasang selipar dipercayai milik suspek ditemui di lokasi kejadian.
Pemeriksaan ke atas mayat Siti Soffea mendapati bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan lapor mStar Online.

MAYAT SUSPEK PENGGAL KEPALA KANAK2 DITEMUI...

Mayat suspek bunuh kanak-kanak ditemui tersangkut pada tiang jambatan
Mayat suspek bagi kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati lemas oleh anggota Bomba dan Penyelamat Selangor di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Lebuh Raya Kesas dekat sini petang tadi.

Sepasukan 10 anggota bomba menjumpai mayat berkenaan kira-kira pukul 4 petang dipercayai lemas.

Suspek sebelum ini disyaki terjun ke Sungai Klang selepas membunuh kejam seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di tebing sungai yang sama pada Khamis lalu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, pihaknya telah memulakan operasi selepas menerima laporan suspek kes bunuh itu terjun ke dalam sungai pada hari kejadian.

"Kami memulakan pencarian suspek yang dikatakan lemas bermula dari kawasan Sungai Klang berhampiran stesen minyak Petronas Brickfields menghala ke selatan sehingga ke Puchong .

"Usaha mencari bermula kira-kira pukul 10.50 pagi dengan dibantu tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Unit Skuba atau unit penyelamat dalam air serta tiga buah kayak turut digunakan dalam operasi pencarian hingga ke dalam kawasan negeri Selangor dengan bantuan pasukan bomba Selangor sehingga ke Puchong jika perlu.

"Akhirnya mayat dipercayai suspek kes bunuh kanak-kanak itu ditemui orang awam kawasan itu sebelum anggota kami bergegas ke lokasi dan menemui mayat di sungai itu dalam keadaan tersangkut pada tiang sebuah jambatan berdekatan Tol Lebuhraya Kesas, Subang," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kok Meng berkata, mayat sedang disiasat bagi mengenal pasti identiti bagi mengesahkan dia adalah suspek yang sedang diburu dalam kes pembunuhan kanak-kanak Khamis lalu.

Polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung penemuan mayat dipercayai merupakan suspek kes bunuh kanak-kanak Khamis lalu lewat petang ini.

Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa dipercayai mengerat sehingga kepala terputus.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu, Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam.

Polis kemudian turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian. 

Kanak-kanak itu dikatakan dilarikan suspek setelah ditinggalkan ibunya yang berusia 32 tahun sebelum dia ke tandas di sebuah pusat beli-belah.-

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena