Saturday, 24 May 2014

Bkt Gelugor: Sarah gadis melayu model Dove teman wanita Ramkarpal?

Sabtu, 24 Mei 2014

Sarah model Dove teman wanita Ramkarpal?

 | May 21, 2014
Apabila beliau ada teman wanita, ini bukti beliau bukan gay
sarah doveGEORGE TOWN: Calon DAP pada PRK Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dituduh gay kerana beliau belum berkahwin walaupun sudah berusia 38 tahun.
Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan menyuarakan perasaan ingin tahunya terhadap gambar lelaki berotot yang dimuat naik ke Facebook Ramkarpal.
“Kenapa Ramkarpal memuat naik banyak gambar lelaki berotot di FB dia.
“Dia sudah 38 tahun dan belum berkahwin, kamu tak rasa ada yang tidak kena berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita semasa turun padang di Island Glades semalam.
Berang dengan sindiran itu, Ramkarpal menafikan beliau seorang homoseksual dan berharap untuk mencari pasangan hidup segera.
Menyifatkan sindiran itu sebagai “tidak masuk akal”, peguam itu menyatakan kekesalannya terhadap lawannya yang menggunakan taktik sebegitu.
Selain Huan, Ramkarpal turut berdepan dua lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohd Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar pada 25 Mei ini.
Kerusi Bukit Gelugor kosong ekoran kematian bapa Ramkarpal, Karpal Singh, akibat kemalangan jalan raya bersama pembantunya di Perak pada 17 April lalu.
Sementara itu abang sulung Ramkarpal, Jagdeep Singh Deo dalam sidang media hari ini berkata mereka terkejut apabila wartawan bertanya soalan mengenai gay kepada adiknya itu.
“Namun, para wartawan, yang amat dihormati Karpal, gagal menjalankan tugas mereka secara bertanggungjawan dengan mempertimbangkan fakta mereka dengan sebaiknya, kata Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat.
“Perasaan malu yang dialami oleh keluarga ini terjadi disebabkan episod malang ini, yang membuktikan mencemarkan nama baik Karpal, yang memandang mulia para wartawan.
“Anggota keluarga berharap, para wartawan lebih berhati-hati ketika cuba mendapatkan keuntungan dari laporan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ramkarpal Singh mengejutkan orang ramai dalam satu acara makan malam pada malam tadi apabila beliau secara berseloroh berkata bahawa mungkin, selepas PRK Bukit Gelugor, Wanita DAP boleh membantu beliau mencari seorang wanita.
“Saya bujang. Mungkin, selepas (pilihan raya kecil) Bukit Gelugor, kempen saya seterusnya adalah untuk mencari wanita yang menyokong seorang lelaki,” katanya sambil diiringi sorakan hadirin dalam majlis makan malam ‘kesaksamaan jantina, kemajuan untuk semua’  anjuran Wanita DAP di Pulau Pinang malam tadi.
Sementara itu, sumber memberitahu FMT bahawa Ramkarpal bukannya seorang gay. Beliau ada teman wanita seorang model Melayu bernama Sarah  (gambar) yang sering muncul di televisyen dalam iklan Dove.
FMT tidak dapat menghubungi Ramkarpal untuk pengesahan.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena