Friday 23 May 2014

[Video MH370] Anwar dedah Menteri Pertahanan gagal jamin keselamatan negara... MAS abaikan kebajikan waris anak kapal?

Sabtu, 24 Mei 2014


Sebahagian ahli keluarga anak kapal MH370 yang mendakwa MAS mengabaikan kebajikan mereka biarpun pernah berjanji akan memenuhi segala keperluan dan tuntutan yang diperlukan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2014.
Sebahagian ahli keluarga anak kapal MH370 yang mendakwa MAS mengabaikan kebajikan mereka biarpun pernah berjanji akan memenuhi segala keperluan dan tuntutan yang diperlukan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mei, 2014.

Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) menafikan mengabaikan kebajikan waris anak kapal MH370, sebaliknya mendakwa penyaluran maklumat terbatas kerana faktor undang-undang.
MAS berkata proses undang-undang yang berjalan menyebabkan mereka terikat kepada profesionalisme, khususnya selepas firma undang-undang, Ribbeck Law Chartered mengesahkan pelantikan mereka selaku wakil kepada waris MH370.
"Bagaimanapun pada 3 Mei 2014, firma undang-undang Ribbeck Law Chartered memberitahu peguam MAS mereka dilantik sebagai wakil perundangan kepada beberapa waris anak kapal dan membekalkan bukti yang mereka sedang dapat daripada keluarga ini," kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
Ekoran pelantikan itu, MAS berkata mereka perlu menghormati proses undang-undang dan bukan mengabaikan mana-mana waris MH370.
"Sebaik wakil perundangan dilantik, etika profesionalisme dan peraturan perlu dipatuhi dan sebarang perhubungan perlu dilakukan menerusi peguam mereka," kata MAS.
MAS juga mengesahkan peguam mereka mengadakan perbincangan dengan peguam Amerika Syarikat bagi membolehkan berhubung secara langsung dengan waris anak kapal MH370.
MAS baru-baru ini dikecam kerana mengabaikan kebajikan waris anak kapal penerbangan MH370 biarpun pernah berjanji akan memenuhi segala keperluan dan tuntutan yang diperlukan.
Waris anak kapal MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu mendakwa MAS “mengabaikan” mereka hanya kerana bertemu dengan firma guaman asing untuk mendapatkan bantuan guaman.
Waris mendakwa, syarikat penerbangan negara itu menghantar e-mel dua hari lalu meminta mereka mengarahkan peguam berurusan dengan pasukan undang-undang syarikat itu bagi semua permintaan berkaitan pesawat yang masih belum ditemui itu.
Mereka juga tidak lagi berhubungan dengan penjaga yang merupakan wakil MAS untuk memberi maklumat terkini kepada ahli keluarga berkenaan. – 23 Mei, 2014.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena