Thursday 29 May 2014

PRK pulak di Terengganu? ADUN TERPAKSA LEPAS JAWATAN...Ada Skendal?

Khamis, 29 Mei 2014

HOT!! Perempuan Simpanan Adun Terengganu Buat Laporan Kepada Istana


Dulu Adun UMNO Terengganu Zakaria (Paka) tidak di calonkan semula apabila isteri keduanya membuat pendedahan peribadi di facebook setelah dia ada "kes" dan kahwin yang ketiga. Malah kereta dan rumahnya juga turut dijual secara senyap.

Sekarang ada satu lagi kes melibatkan tingkah laku buruk adun UMNO Terengganu. Ini kes perempuan simpanan. 

Menurut maklumat yang kami terima, perempuan simpinannya tak puas hati kerana janji untuk kahwin tidak ditunaikan malah banyak alasan dan dalih. Tunda demi tunda!

Dimaklum perempuan berkenaan telah membuat aduan kepada pihak Istana untuk masuk campur menyelesaikan masalah berkenaan.

Disebabkan masalah ini, demi menjaga maruah (tapi maruah dah tak ada pun!!!) adun berkenaan ingin meletak jawatan.

Mengikut sumber tersebut lagi, pihak UMNO sedang berusaha 'membujuk' adun berkenaan supaya menyelesaikan masalahnya dan jangan meletak jawatan bagi menyelamatkan kedudukan UMNO Terengganu yang agak goyah. Lagi pun MB beru masih belum stabil.

Apa pun kita tunggu apakah episod letak jawatan ini berlaku. PERANG KELUARGA adun berkenaan membantu Perang UMNO Terengganu... (antara dua team) dan memberikan ruang kepada Pakatan Rakyat mengimbanngi kedudukan kerusi adun negeri.

Tunggu dan lihat!!!

- tempayan retak
BLM

TERPANAS! ADA ADUN TERPAKSA LEPAS JAWATAN AKIBAT SKANDAL DENGAN PEREMPUAN SIMPANAN?

Pilihanraya kecil di Terengganu? Beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi

PETALING JAYA: Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.

Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.

Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.

FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji.

Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.

Jika benar khabar-khabar angin ini, maka pilihanraya kecil (PRK) tidak dapat dielakkan di negeri penyu itu.

Kini BN mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi. Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi ytang sama (16 kerusi).

FMT berusaha menghubungi ADUN berkenaan tetapi gagal.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena