Tuesday, 27 May 2014

[Video] "Pengundi Cina tidak bersyukur" Kenyataan Zahid berunsur perkauman - Pemimpin Gerakan dan MCA

Rabu, 28 Mei 2014



Petanda BN Bakal Kalah Di PRK Teluk Intan Tersebar...


Dua parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan "pengundi Cina tidak bersyukur".


Gerakan dan MCA berkata, menteri dalam negeri itu harus menjelaskan kenyataan beliau kerana BN berkemungkinan akan tewas di Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, kenyataan itu akan menjejaskan sokongan pengundi Cina sedangkan presidennya, Datuk Mah Siew Keong adalah calon BN di sana.

Mah akan menentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK itu.

"Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada undi jadi beliau perlu menjelaskannya," katanya merujuk kepada Zahid.

"Bagaimanapun, saya percaya beliau tidak mempunyai sebarang niat yang berunsur rasis," kata Liang kepada The Malaysian Insider.

Ketika di Teluk Intan semalam, Zahid berkata, hanya kaum Cina yang gembira jika BN tewas di Teluk Intan kerana mereka sudah mewah dan tidak bersyukur atas kejayaan mereka.

Liang bagaimanapun berkata, reaksi rakannya yang menghadiri program Zahid itu berkata ucapan beliau diputar belit media internet.

"Saya sudah maklumkan kepada pemimpin Umno agar berhati-hati dengan ucapan mereka kerana kdangkala ia diputar belitkan media sosial," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata, Zahid tidak seharusnya melabelkan mana-mana komuniti sebagai tidak bersyukur.

"Sebagai menteri, Zahid tidak harus membezakan antara kaum. Sebaliknya, kita harus bekerjasama untuk pembangunan Malaysia tanpa mengira kaum.

"Mungkin beliau perlu jelaskan maksudnya," katanya melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Chong berkata, perlu ada penjelasan apabila pengundi memilih BN.

"Bila pengundi tidak memilih kita, sudah pasti ada yang kita tidak lakukan sehingga mencetuskan situasi itu," katanya.

Pemimpin Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow sementara itu mengkritik Zahid, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kenyataan berunsur perkauman mereka.

Beliau berkata, kenyataan Zahid itu tidak sepatutnya dikeluarkan dan menggesa Dyana Sofya untuk memberikan komen terhadap kenyataan Anwar, “masyarakat Cina yang memilih BN itu bodoh”.

"Itu masalahnya apabila pemimpin minta perkara lain tetapi melakukan sebaliknya.

"Mereka kata mahu memecahkan pemisahan kaum, tapi bila berkempen, gunakan garisan perkauman," katanya ketika sidang media di Teluk Intan.

Teluk Intan mempunyai seramai 60,349 pengundi, meliputi 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal, dan 12 pengundi tidak hadir.

Daripada jumlah itu, 23,301 adakah pengundi Melayu (38.6%), Cina 25,310 (41.9%), dan 11,468 pengundi India (19%). ~tmi

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena