Saturday, 24 May 2014

Anwar: Jangan takut pada 'samseng' masuk DUN..."Umno makin terdesak dan kurang isu"

Sabtu, 24 Mei 2014
Seorang lelaki menunjukkan pelekat gambar calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.
Seorang lelaki menunjukkan pelekat gambar calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.

Pimpinan Pakatan Rakyat hadir bersama malam semalam untuk kemuncak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang bakal tamat malam ini.
 
Kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri dewan dan persekitaran kolej Han Chiang menyambut dan bersorak bagaikan pesta setiap kali pimpinan tertinggi Pakatan tiba.
 
Ketika calon Bukit Gelugor Ramlarpal Singh tiba pada jam 9 malam, sorakan "Ramkarpal! Ramkarpal!” bergema di dalam dewan.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut menerima sambutan sama dengan hadirin menyorak nama beliau apabila beliau tiba pada jam 9:43 malam.
 
Sorakan "Reformasi!" mengiringi kibaran bendera DAP, PKR dan PAS ketika Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 9:50 malam dengan tangan dalam anduh akibat kemalangan yang dihadapi beliau minggu lalu.
 
Ketika ketua pembangkang memulakan ucapannya, hadirin berengsot dan bersesak ke hadapan dewan untuk melihat lebih jelas kelibat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
 
Anwar seperti biasa berucap dengan tegas dan garang memberitahu rakyat Pulau Pinang untuk tidak takut dengan sekumpulan kecil samseng yang merempuh dan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lalu.
 
"Umno makin terdesak dan kurang isu - kerana itu mereka ada samseng. Adakah anda takut dengan 20 samseng yang masuk dalam dewan? Jangan takut kepada mereka!
 
"Politik mereka (Umno) kotor tetapi kita mesti terus melawan mereka.  Beritahu samseng Melayu itu yang lawan mereka bukan dengan Cina sahaja. Lawan mereka seluruh rakyat Malaysia," kata beliau disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.
 
Anwar turut memberi jaminan kepada Guan Eng betapa  beliau akan berdiri dengan setiausaha agung DAP itu sehingga isu pencerobohan DUN selesai.
 
Beliau turut mempersoalkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang seolah berdiam diri dalam isu ini.
 
"Mana Zahid? Mengapa tak buat kerja?
 
"Kalau BN tak boleh memastikan keselamatan negara dan mempertahankan perpaduan dalam negara ini, tolong letak jawatan !" tegas beliau.
 Malaysiakini

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena