Tuesday 27 May 2014

Coklat DNA Babi & 'Gula-gula' Umno...Lagi Ugutan Pemimpin UMNO & MAH Siew Keong BODOH?

Selasa, 27 Mei 2014
Photo: TERIMA KASIH KEMENTRIAN KESIHATAN KERANA MERAHSIAKAN 15 LAGI PRODUK MENGANDUNGI DNA BABI..!!!

JAKIM buat apa..? mkn gaji buta...? atau kerja jakim hanya cari kesalahan ustaz yang x sokong umngok jer?

Gambar: ORANG TELOK INTAN BUKA BODO BOLIH DIGULA-GULAKAN

Di Teluk Intan- isiu nya bukan kemajuan dan pembangunan. Sesiapa yang berada di Teluk Intan seperti juga dimana kawasan dalam negara ini- akan sedar bahawa sebahagian besar kemajuan dan pembangunan dalam kawasan Teluk Intan adalah hasil inisiatif pihak swasta dan golongan peniaga. Kerajaan bertanggung jawab menyediakan prasarana dan kemudahan masyarakat sebab itu memang tanggung jawab mereka. 

Kita tengok apa yang kerajaan BN sedang lakukan. Habis semua jentera kerajaan digunakan untuk PRK. Kemas, rela, sekolah, ketua jabatan, dikudakan oleh UMNO untuk memenangkan Mah dari Gerakan.

Simamat yang menjerit jangan bawak kafir masuk kampung ini, lupa bahawa yang dia sokong dan mahu jadikan MP dari Gerakan itu yang sebenarnya orang kafir

Mah Berang Poster Kempen Diconteng Perkataan 'Bodoh'.. eh? Tak betulke ayat tu?


Ayatnya ini menunjukkan beliau menuduh kerja menconteng poster dengan ayat tambahan 'BODOH' dilakukan oleh penyokong-penyokong PR..

"Lim Kit Siang (penasihat DAP) ada cakap calon DAP mereka (Dyana Sofya Mohd Daud) ada '3B' iaitu Beauty, Brain and Bravery (Cantik, Bijak dan Berani). Pihak pembangkang pernah bertanyakan kepada saya apakah 'B' yang saya ada dan mereka katakan 'bodoh'.

"Hari ini (Selasa) saya lihat banyak poster saya dicat hitam dengan perkataan 'bodoh'..

Eh??.. tak betul ke tambahan perkataan itu untuk dia?

Rasanya sesuai sangat ayat itu dengan dia sebab Anwar Ibrahim kata.. "Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu.

"Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni,"..

Betullah 'bodoh' tu... kalau tak bodoh takkan dia masih nak menyokong BN  yang dah terang-terang memperlekehkan dan menghina masyarakat Cina tu..

Laporan berkaitan...

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong mendakwa poster kempen beliau diconteng dengan perkataan 'bodoh'. 
Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan di sekitar kawasan Sungai Nibong dekat sini. 
"Lim Kit Siang (penasihat DAP) ada cakap calon DAP mereka (Dyana Sofya Mohd Daud) ada '3B' iaitu Beauty, Brain and Bravery (Cantik, Bijak dan Berani). Pihak pembangkang pernah bertanyakan kepada saya apakah 'B' yang saya ada dan mereka katakan 'bodoh'. 
"Hari ini (Selasa) saya lihat banyak poster saya dicat hitam dengan perkataan 'bodoh'. Dulu, poster saya dicat pada bahagian muka dan sekarang diconteng perkataan 'bodoh' pula," katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian awal di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, Selasa. 
Presiden Gerakan itu berkata, menconteng poster kempen itu merupakan satu tindakan yang tidak baik dan kedua-dua parti sudah bersetuju untuk berkempen secara berhemah. 
Tambahnya, dengan hari mengundi yang hanya tinggal beberapa hari lagi, beliau tidak mahu persekitaran PRK Teluk Intan begitu tegang. 
"Ini (pilihan raya) adalah satu proses demokrasi jadi apa sebab hendak buat macam ini. Kita pun ada emosi dan penyokong sangat marah. 
"Saya sudah 20 tahun (bertanding) di Teluk Intan tetapi tidak pernah ada poster yang diconteng 'bodoh'," katanya. 
Mengenai kritikan banyak pihak terhadap manifestonya yang diumumkan pada Isnin, Siew Keong berkata, ia adalah apa yang beliau mahu dan boleh lakukan untuk membawa perubahan di Teluk Intan.

"Manifesto adalah apa yang kita boleh buat untuk Teluk Intan, tentang pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat," katanya lapormStar

Dia nak marah apa?.. dah memang betul...

Ni sebahagian dari laporan The Malaysian Insider pasal Cina bodoh jika masih sokong BN tu..
Selepas segala kritikan yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kaum Cina ‎di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.  
Berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Industri Anson, Teluk Intan, Anwar berkata BN tidak menghormati kaum Cina dan ini berdasarkan daripada cara layanan kerajaan itu kepada komuniti tersebut.  
"Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu.  
"Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni," kata Anwar disambut dengan sorakan orang ramai.  
"Sekiranya pemimpin BN tidak menghormati anda, saya gesa kamu semua untuk menolak BN dan mengundi DAP 31 Mei ini," katanya.  
Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena