Sunday, 25 May 2014

[Video] Haprak! Zahid Ugut RELA: 8,639 orang...Saya tahu siapa tak undi... 2,019 saya dah cek satu!, satu!...

Ahad, 25 Mei 2014
UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT

Undi Kini Tidak Rahsia Lagi...

Ugut RELA Undi BN, Zaid Komidi Memang Haprak...

Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming menggesa Pejabat Peguam Negara menyiasat Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana melanggar kerahsiaan undi.

Ong berkata, Menteri Dalam Negeri itu perlu disiasat sama ada beliau melanggar kesalahan tersebut kerana mendakwa mampu menyemak kandungan peti undi sedangkan kertas undi adalah rahsia.

"Adakah ini bermakna dia juga mampu tentukan undi seseorang? Adakah dia meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan maklumat? Adakah dengan 'akses' ini juga dia gunakan untuk mengugut anggota Rela yang mungkin tidak mengundi Barisan Nasional (BN)?" soalnya dalam kenyataan hari ini.

Zahid dalam ucapannya di Teluk Intan semalam dilaporkan menyeru anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turun mengundi dan tahu ada 2,000 anggota yang layak mengundi tetapi tidak menjalankan tanggungjawab semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Semasa PRU13 lalu, 2,019 anggota Rela tidak mengundi. Saya periksa satu persatu dan saya tahu siapa yang keluar mengundi siapa yang tidak.

"Tapi jangan risau, mereka yang tidak mengundi itu tiada dalam majlis ini, tetapi kita mesti pastikan kali ini mereka mengundi", katanya dalam program di Kampung Selabak.

Selain itu, Ong yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata, Zahid juga perlu disiasat mengikut Seksyen 10 Akta sama kerana cubaan rasuah anggota Rela dengan uniform baru jika calon BN, Datuk Mah Siew Keong menang dalam pilihan raya kecil 31 Mei nanti.

"Kegagalan Peguam Negara bertindak segera dan bertegas dengan kenyataan Zahid hanya akan meningkatkan persepsi awam bahawa pejabat Peguam Negara hanya akan bertindak mengikut kepentingan kerajaan BN sahaja," katanya.

Menteri Dalam Negeri dalam program yang sama turut berjanji untuk membelikan anggota Rela seragam baru dengan warna yang selaras jika penduduk Teluk Intan memberi kemenangan kepada Mah.

Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi; 38.6% daripadanya Melayu, Cina (41.9%), dan India (19%).

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon Mah daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) 279 undi. 
BLM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena