Isnin, 8 September 2014
Zahid tertekan cuba raih populariti
►►►
Janji Najib akan menghapuskan akta hasutan sebelum pilihan raya...NAJIB BOHONG SELEPAS BN MENANG PRU13...
JANJI DICAPATI !!!
Najib ulangi kenyataan mahu mansuh Akta Hasutan
Sabtu, 06 September 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi pendiriannya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, walaupun Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa hari ini Putrajaya tidak berniat memansuhkan akta berkenaan.
Najib berkata walaupun Putrajaya bersetuju menggantikan akta tersebut dengan Akta Keharmonian Nasional, perkara berkaitan kaum dan agama tidak akan diabaikan.
"Kita mesti pertahankan... bukan kata ada (undang-undang) yang baru ini, semua kita ketepikan... tetapi kita akan masukkan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Jerlun, Kedah hari ini seperti dilaporkan Bernama.
Najib berkata kerajaan tidak membenarkan kebebasan yang tidak mengikut prinsip kebertanggungjawaban, terutamanya dalam soal agama Islam, agama lain serta hak keistimewaan dan raja-raja Melayu.
Perdana menteri berkata walaupun diberikan kebebasan dan keterbukaan, beliau berharap tidak berlaku kes-kes ekstrem kerana dalam melakukan apa sahaja tindakan perlu ada pertimbangan yang matang.
"Mesti ada batasan... prinsip 'accountability' (kebertanggungjawaban) inilah yang kita mesti cari formula di mana kita beri ruang untuk bersuara, termasuk menegur pemimpin tetapi di samping itu ada batas-batas, jangan sampai merosakkan keamanan dan keharmonian negara kita," katanya.
Shahidan berkata, menurut kenyataan Najib sebelum ini, walaupun akta baru akan menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta warisan penjajah British itu akan dimansuhkan.
"Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional dan bukannya dihapuskan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kenyataan Shahidan bercanggah dengan janji Najib yang dilaporkan pada 11 Julai, 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada program transformasi kerajaan.
"Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara seperti yang dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.
Sejak itu, badan bukan kerajaan dan ahli politik pembangkang sering memberi tekanan kepada kerajaan agar mengotakan janji mereka.
Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2 Julai, 2013 kerajaan akan “pinda akta berkenaan tetapi mahu memastikan Malaysia aman dan harmoni”.
Jumaat lalu, sebagai respon kepada kritikan terhadap dakwaan hasutan secara meluas, Putrajaya berkata akta baru sedang didraf, tetapi mempertahankan dakwaan hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan menambah, mahkamah berlaku adil kepada semua.
"Sehingga satu undang-undang baru siap, sebarang kes yang timbul perlu ditangani menggunakan undang-undang sedia ada,” kata satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu juga mengulangi Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru.
Bagaimanapun, Shahidan sebagai menteri yang menguruskan Parlimen berkata Kabinet belum pernah berbincang pemansuhan akta tersebut. –TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=187742:najib-ulangi-kenyataan-mahu-mansuh-akta-hasutan&Itemid=2#ixzz3DDoxbMq5
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Kenyataan Media
03 September 2014
APAKAH MENOLAK BN CENDERUNG KEPADA PENGHARAMAN?
Deretan pendakwaan Akta Hasutan 1948 yang telah dijanjikan pemansuhannya oleh Perdana Menteri semenjak 2012, tangkapan PPS dan amaran tangkapan terhadap Unit Amal PAS adalah merupakan tindakan opresif dan desperado Putrajaya dalam berhadapan dengan suara-suara atau kelompok yang tidak senada dengannya.
Ini merupakan satu lagi bentuk intimidasi politik dan ini juga merupakan satu bentuk kemusnahan demokrasi yang sedang dialami negara.
Tindakan desperado ini hanya satu sifat yang terzahir ekoran daripada kelirunya Menteri berkait amalan demokrasi. Tidak lagi dapat membezakan antara pentadbiran Kerajaan dengan sentimen politik kepartian.
Apa saja yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai haram dan membahayakan. Apa saja organisasi sama ada bernaung di bawah Pakatan Rakyat atau pun cenderung kepada menolak Barisan Nasional akan dicop haram, subversif dan sebagainya.
Menteri KDN seharusnya melihat kewujudan badan-badan sukarela seperti PPS dan Unit Amal PAS ini sebagai satu bentuk organisasi atau gerakan yang boleh dijadikan platform kepada anak muda Malaysia untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelaan.
Adakah Menteri KDN tidak suka melihat sekumpulan anak muda yang sukarela melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan juga dididik untuk mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik? Sejak bilakah membuat amal merupakan satu kesalahan jenayah?
Adakah Menteri KDN gemar melihat pewaris masa depan negara ini terkinja-kinja di kelab-kelab malam ataupun ditangkap di dalam bilik-bilik hotel murah setiap kali menjelang ambang Merdeka dan Tahun Baru? Inikah citra pelapis yang diinginkan oleh Menteri Dalam Negeri?
Dan dalam masa yang sama, Menteri KDN membisu terhadap PERKASA, ISMA dan Ridhuan Tee yang sering mencetuskan api perkauman seolah-olah mempunyai agenda sulit yang ingin memecahbelahkan negara.
Malahan, Menteri KDN sendiri sering bermain dengan ucapan rasis. Apakah PDRM akan membuka kertas siasatan terhadap Zahid Hamidi?
Menteri KDN sepatutnya menjadi seorang individu yang sangat bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan dalam negara.
Adalah menyedihkan selama 57 tahun Merdeka ini, kita masih lagi mempunyai Menteri Kabinet yang keliru dan penuh prasangka jelek terhadap rakyat yang berlainan warna kulit.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2014/09/apakah-menolak-bn-cenderung-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29#sthash.UP91QVGL.dpuf
0 comments:
Post a Comment