Thursday, 5 February 2015

Harga Kereta Nasional - Pembeli membeli kereta sambil ‘menderma’?

Jumaat, 6 Februari 2015

Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?


Negara kita bukannya negara miskin tetapi NEGARA KAYA. Tuhan dah anugerahkan kepada negara Malaysia cukup hasil bumi yang cukup banyak. Hanya tinggal kita sahaja menguruskan dengan baik. Itu belum masuk lagi “sumbangan rakyat Malaysia” yang tak henti-henti kepada negara.
Topik kali ini, kami nak sentuh perbezaan harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia dengan harga kereta Nasional yang dijual di negara sendiri, Malaysia.
Di UK contohnya, siapa kata cukai sana rendah? Tinggi…tetapi “sepadan” dengan pendapatan yang mereka perolehi termasuk juga harga barangan dan harga kereta di sana. Contohnya :
  • Gaji anda GBP1840 sebulan (Graduan universiti)
  • Harga kereta Nasional GBP7000 sahaja (Perodua Myvi)
  • Kalau pergi berbelanja di pasaraya contohnya, senang-senang sahaja boleh penuh satu troli dengan hanya modal belanja GBP50-GBP60 (beras, ikan, udang, sotong, sayur, tepung, cereal)
Indah tak kalau begitu? Kalau di US macam-macam dana untuk orang awam. Memang banyak orang US yang homeless tetapi homeless mereka pun makan pakai cukup 3 kali sehari. Kerajaan mereka siapa bagi kupon makan lagi. Kalau di Malaysia selagi tak masuk rancangan Bersamamu, selagi itulah “pihak-pihak yang berkaitan buat sardin saje”.
Kami pun tidak mengharapkan Malaysia berada sampai tahap begitu sekali seperti yang berada di UK dan USA. Tetapi sekurang-kurangnya lebih baik daripada sekarang ini. Sesekali minda kita semua di sini (rakyat Malaysia perlu lebih terbuka) untuk melihat keadaan yang di luar sana. Kalau tidak sehingga 10 generasilah kita akan rasa yang Malaysia sudah berada dalam yang cukup selesa.
Soal harga kereta Nasional ini. Kita balik semua kepada negara UK :
  • Kalau di UK, gaji minimum di sana adalah sekitar 5.8-6 pound satu jam. Kalau harga minyak di sana pula bersamaan 1liter minyak = 1.05 pound
  • Basic gaji bagi fresh graduate (ijazah sarjana muda) yang kerja dengan kerajaan boleh dapat sekitar GBP1840 sebulan
  • Okey…katakanlah ada di antara mereka ada yang minat Perodua Myvi, harga kereta Nasional tersebut hanyalah sekitar GBP6999. Berapa kali agaknya gaji, mereka dah boleh beli Perodua Myvi SECARA TUNAI?
  • Yang menguntungkan mereka lagi, aksesori dan spesifikasi Perodua Myvi contohnya yang dibawa ke sana pastinya agak berlainan dengan pasaran di Malaysia selain daripada harga kereta yang agak kompetitif untuk dijual di UK.
  • Kalau tidak dibuat begitu, memang tenggelam timbul permintaan mdel Perodua & Proton di sana
Sebab di negara luar, padang yang disediakan adalah sama rata kepada semua untuk masuk dalam industri automatif ini dengan cukai yang agak “munasabah”. Okey di Malaysia pula :
  • Gaji gresh graduate (degree) yang berkerja dengan kerajaan contohnya boleh menikmati pendapatan sekitar RM2,000 + RM1,000 = RM3,000 lah lebih kurang
  • Harga kereta Nasional di Malaysia (Perodua Myvi) berapa pula? Kalau tak diikat pinjaman dengan bank sehingga 7 atau 9 tahun, belum tentu rakyat Malaysia mampu nak pakai.
  • Kalau ada yang tak mampu juga kenalah naik pengangkutan awam. Contohnya dari Bukit Bintang ke KLCC? Apa yang boleh diharapkan dengan kecekapan pengangkutan awam yang sedia ada?
  • Itu sebablah juga sehingga saat ini, terdapat 20 juta buah kereta yang didaftarkan di Malaysia. Daripada jumlah kereta tersebut, apa pilihan yang mereka ada untuk membeli kereta yang mampu milik?
Jangan bandingkan antara nilai pertukaran matawang tetapi lihat dan perhatikan perbandingan antara gaji kepada gaji. Adakah duit kita semakin mahal atau barang kita yang semakin mahal. Adakah patut harga kereta Nasional contohnya ditekan harga sebegini rupa kepada rakyat. Adakah penjualan pada harga kereta Nasonal sebegini rupa hanya untuk mendapatkan keuntungan atau nak mencekik darah terhadap rakyat sendiri?
Adakah harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia, menggunakan konsep pembeli membeli kereta sambil ‘menderma’?
Satu lagi masalah utama sekarang ini kerana “nilai” kereta itu sendiri. Inflasi terhadap nilai kereta itu sendiri masuk ke dalam sistem pembankan. Makanya, penyusutan nilai kereta sekarang sudah menjadi satu risiko sistematik kepada sistem pembankan.
Harga Kereta Nasional yang tinggi ketika ini tak setara dengan kualiti yang sedia ada.Disebabkan tarif perlindungan itulah rakyat akan terus ditekan tinggi. Dalam pada masa yang sama, banyak AP yang “dilepaskan” kepada kroni semakin berleluasa ketika ini yang akhirnya memakan diri sendiri. Kalau dahulu Proton boleh pegang separuh daripada pasaran automotif negara, sekarang ini tinggal berapa sahaja?
Dalam bahasa mudahnya, punca harga kereta di Malaysia terlalu tinggi adalah disebabkan :
  • Cukai yang dikenakan oleh kerajaan, tidak kira Proton, motokar Jepun, kereta continental, semuanya akan jadi  harga kereta melambung tinggi apabila dibawa masuk dan dipasarkan di Malaysia.
  • Dalam pada masa yang sama harga kereta Nasional dikurangkan sedikit supaya dapat “bersaing” dengan kereta import
  • Yang peliknya kalau buat pinjaman kereta Nasional lebih mahal daripada buat pinjaman untuk kereta import?
  • Dalam pada masa yang spare pun boleh tahan juga harganya
Harapan kami cuma satu sahaja, kerajaan dapatlah kiranya semak semula dasar percukaian kereta import & tempatan (Semak sini). Terutamanya, kereta kelas ekonomi atau medium yang banyak dibeli oleh rakyat Malaysia daripada golongan pertengahan.
“Cukup-cukuplah dengan tongkat yang diberikan kerajaan selama ini, sehingga rakyat “dipaksa memegang tongkat di bawahnya selama berpuluh tahun lamanya”
Biarkanlah akhirnya rakyat dapat buat pilihan. Bagaimana harga kereta Nasional mahu diselaraskan sehingga mampu menarik pengguna di Malaysia. Ataupun tingkat kualiti yang sedia ada…terpulang
P/S : Apa pandangan anda pula perbezaan harga kereta Nasional yang dijual di Malaysia dengan yang diluar negara?

Cukai Kereta 2015

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena