Selepas serbuan polis, Zunar dijemput berucap di forum PBB
Published: 3 February 2015 7:19 AM
Kartunis satira politik Zulkiflee Anwar Hague, atau Zunar, kata hak espresi seniman harus diletakkan di tempat teratas dan tidak boleh dikompromi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Februari, 2015.
Meskipun karyanya tidak diterima kerajaan dan sering kali diancam pihak berkuasa, nama kartunis satira politik Zulkiflee Anwar Hague, atau Zunar, dilihat semakin kukuh di peringkat antarabangsa.
Terbaharu, Zunar yang mencetuskan kontroversi dengan insiden serbuan polis di pejabatnya pada minggu lalu, memberitahu The Malaysian Insider, beliau bakal dijemput berucap dalam sebuah forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) di Geneva, 6 Mac ini.
Forum itu, katanya, bersempena dengan "Sesi Hak Asasi Manusia" PBB, di mana beliau akan membuat ucapan berdasarkan tajuk program tersebut iaitu "Melindungi Hak Eksperasi Artis" .
"Saya sudah tentu amat berbangga. Ia membuktikan perjuangan saya melalui kartun akhirnya mendapat pengiktirafan. Apatah lagi tajuk forum tersebut adalah amat penting, iaitu kebebasan hak berkarya artis.
"Hak seorang artis atau seniman tidak sepatutnya dipandang ringan. Kita tidak mahu ada lagi stigma yang kata, sebagai seorang artis kami tidak boleh buat ini atau itu. Pandangan itu perlu berbeza iaitu tidak menyekat kebebasan karya kami," katanya kepada The Malaysian Insider.
Zunar berkata, atas faktor tersebut, beliau dalam ucapannya pada 6 Mac ini akan menekankan yang hak espresi seniman harus diletakkan di tempat teratas dan tidak boleh dikompromi.
"Saya juga akan menyentuh mengenai komitmen yang sangat minima oleh PBB bagi melindungi artis termasuk kartunis, menyebabkan ekstremis dan regim korup seperti di Malaysia terus menekan kreativiti para seniman," katanya.
Antara lain, Zunar pada forum tersebut bakal membentangkan usul mengisytiharkan 7 Januari "Hari Satira Sedunia."
"Saya akan membawa usul ini memandangkan kita tidak ada hari satira, dan peranan PBB juga selama ini tidak begitu mengambil berat dalam melindungi hak artis.
"Jadi, dengan meluluskan usul tersebut iaitu mengisytiharkan 7 Januari sebagai Hari Satira Sedunia, ia satu langkah pertama PBB untuk lebih serius melindungi hak artis," katanya sambil menjelaskan tarikh itu juga diambil sempena insiden pembunuhan kartunis Charlie Hebdo di Paris.
Keberanian Zunar dalam berkarya menyebabkan beliau sering "diburu" pihak berkuasa di mana insiden rampasan sebanyak 155 buah buku dan serbuan di pejabatnya pada minggu lalu bukan yang pertama kali berlaku.
Ia merupakan serbuan kali ketiga pihak berkuasa di pejabat beliau, dengan kali pertama pada Ogos 2009 dan kemudiannya pada September 2010 di mana lebih 500 naskhah komik "Gedung Kartun" dan "Cartoon-O-Phobia" dirampas.
Semasa serbuan tersebut, penerima anugerah "Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial" dari Jaringan Hak Kartunis Antarabangsa (CRNI) itu berada di London atas urusan kerja.
Anugerah daripada CRNI bukanlah satu-satunya pengiktirafan antarabangsa yang diterimanya kerana beliau turut dianugerahkan "Hellman Hammett" sebagai pembela hak asasi dari "Human Rights Watch".
Sebelum ini, CRNI membidas Malaysia kerana tidak melayan Zunar dengan baik kerana bakatnya, sebaliknya menindas kartunis tersebut.
Pengarah Eksekutif CRNI, Dr Robert Russell berkata, tindakan Putrajaya terhadap Zunar melanggar Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat PBB yang ditandatangani sendiri Malaysia, selepas komik karya satiranya dirampas polis 28 Januari lalu.
"Kerajaan anda sepatutnya melayan beliau sebagai contoh terbaik Malaysia," kata CRNI dalam surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31 Januari lalu.
"Kami dengan hormatnya meminta jasa baik anda memastikan hak Zunar bebas berkarya dijamin di bawah Perlembagaan."
Surat badan bukan kerajaan (NGO) berpengkalan di Amerika Syarikat itu turut dihantar kepada beberapa badan bebas antarabangsa, antaranya Human Rights Watch PBB untuk Hak Asasi Manusia dan Persatuan Kartunis Editorial Amerika.
CRNI merupakan NGO yang memantau kebebasan bersuara kartunis politik di seluruh dunia, dan ia memantau perkembangan Zunar sejak tiga tahun lalu.
"Zunar diiktiraf antarabangsa dan pemimpin dikenali dalam dunia kartun politik. Beribu wartawan dan pekerja hak asasi serta peminat setia mengikuti karyanya, namun kerajaan anda menindas hak kebebasan bersuaranya," katanya. – 3 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-pejabat-diserbu-polis-zunar-dapat-penghargaan-berucap-di-forum-pbb#sthash.HyRJuSQu.dpuf
2 comments:
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
Aneh degan ucapan alhamdulillah.
Post a Comment