Umno tiba-tiba muncul di Chempaka biar pun parti itu tidak menyertai pilihan raya kecil (PRK) Dun berkenaan hari ini.
Semalam beberapa penduduk hadir pada program difahamkan dianjur parti itu di sebuah kampung di unit peti undi (UPU) Tok Sadang bagi menerima tilam dan peralatan dapor berlogo Umno.
Pada tilam yang dipikul penduduk tertulis perkataan Putera 1Malaysia. Selain itu ada juga penduduk menerima dapur gas dan peralatan lain.
Naib Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Azmi Noor berkata Umno tidak wajar mengambil peluang hari terakhir kempen dengan mengagih bantuan kepada penduduk di kawasan yang terbabit PRK.
Katanya biar pun bantuan itu diberi atas nama bantuan banjir namun mengapa ia dibahagi ketika kempen pilihan raya sekarang.
“Tentunya ada sesuatu niat tersembunyi mereka kerana bantuan seperti itu sudah lama diberi di tempat-tempat lain.
1 comments:
Bodoh bodoh heh heh
Post a Comment