Saturday, 30 May 2015

Apa hubungan antara TUC Tok Usin Ceroi dengan Tuan Ibrahim Tuan Man?

Ahad, 31 Mei 2015
Posted By Green Boc

APA HUBUNGAN ANTARA TOK USIN CEROI DENGAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN?

"Bila tok boleh jumpa hang?"

Suara keras bernada marah. Tersentak agaknya si Nurul.

Rakaman audio ini sudah viral dalam media sosial. Ramai sudah mendengarnya. Ramai juga yang membuat analisis, komen dan pertanyaan.

Ketika Yong dikirim audio ini, Yong bersoal-jawab dengan pengirim kerana Yong tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang mengedarkan bahan yang boleh jadi fitnah.

Tup-tup takdan sejam lepas tu, rakaman audio ini sudah jadi viral.

Apa yang menarik ialah rakaman audio ini muncul dalam FB Tok Usin Ceroi yang sekaligos membuktikan rakaman audio itu bukan rekaan. Rakaman itu disertakan dengan kenyataan/pengakuan dari TUC:

SIAPA YANG INGIN NAIK JADI ORANG NOMBOR DUA PAS?

Tok Usin Ceroi mendakwa dia diberi arahan bagi mendapatkan banyak pencalonan dari kawasan untuk tempat nombor dua dalam PAS.

Kita semua maklum siapa orang yang dimaksudkan.

Malahan gerombolan tersebut telah berbaiah di Kenyir:

DI SINIKAH BERMULANYA?

Bukan itu saja. Manusia yang menggelarkan dirinya Tok Usin Ceroi ini mengugut akan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Kononnya nak selamatkan jemaah. Yong sebut kononnya sebab apa yang dilakukan oleh Tok Usin Ceroi selama ini adalah sebaliknya.

BAGUSLAH KALAU SUDAH INSAF

Facebook TUC boleh di akses di sini

Setakat ini nama-nama yang disebut oleh TUC dan Nurul dalam rakaman audio itu masih membisu seribu bahasa. 

Tak kisah siapa Ustaz Tuan, Ustaz Mokhtar dan Ustaz Din yang dimaksudkan. Nak diam pun ikut suka kamu. Tetapi nama-nama itu sudah terkait dengan satu baiah di Kenyir. Nurul Islam turut bersekongkol di dalamnya.

Fitnah? Bohong?

Kalau TUC bohong maka nama-nama yang disebut itu harus tampil dan menafikannya.

Harus diingat Tuan Ibrahim Tuan Man adalah pemimpin PAS bertaraf Tuan Guru yang paling jarang menerima kritikan dalam media pro-Pakatan Rakyat (termasuk Yong). Tetapi setelah mendengar rakaman audio ini dan posting TUC, ramai yang persepsi melihat Tuan Ibrahim sebagai seorang yang "almost neutral" terhadap 2 pihak yang kini bertelagah, telah hancur berkecai.

Tuan Ibrahim yang pernah menegur TUC secara suam-suam kuku supaya menutup facebooknya itu dilihat tidak ada beza dengan gerombolan yang suka melabel pihak yang tidak sependapat dengan mereka.

Malang sekali prasangka buruk terhadap pejuang PAS yang lama seperti Mat Sabu, Husam Musa dan lain-lain telah bersarang dalam jiwa gerombolan yang mengaku menyokong Kepimpinan Ulama.

Kini prasangka buruk itu ditambah baja dan vitamin oleh Presiden PAS sendiri:

WAJARKAH HAJI HADI KATA AHMAD AWANG CALON MENGIKUT TELUNJUK DAP? (HARAKAH)

Bukankah kita sewajarnya bersangka baik? Tetapi kenapa "ulama" PAS tidak boleh bersangka baik   terhadap ahli Jemaahnya sendiri tetapi boleh bersangka baik dengan UMNO?

BNBBC
Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Surah Al-Hujuraat, Ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Terjemahan:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena