Friday, 22 May 2015

Peluru meriam meletup tiba-tiba? Enam anggota tentera cedera...

Sabtu, 23 Mei 2015

Enam Tentera Cedera Peluru Meriam Meletup Tiba-Tiba




ANGGOTA tentera cedera terkena peluru meriam di Lapang Sasar Asahan, Melaka pada Rabu lalu. FOTO Wan Amirah Mohd Redza 

Tampin: Enam anggota tentera cedera di mata, tangan, telinga dan muka selepas peluru dari sebuah kelongsong meriam meletup di Lapang Sasar Asahan, Melaka pada Rabu lalu kini dalam keadaan stabil.

Sumber berkata, semua anggota berkenaan kini dirawat di Hospital Tentera Darat (HTD), Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas, di sini dengan menerima pemantauan rapi.

Katanya, dalam kejadian 5.30 petang pada Rabu lalu, keenam-enam mangsa terbabit dalam latihan menembak dan menggunakan meriam jenis Oerlion berukuran 35 milimeter (mm).

Menurutnya, sebelum kejadian, latihan menembak berjalan lancar sehinggalah ketika seorang anggota mahu mengeluarkan peluru daripada meriam dan secara tiba-tiba meletup.

"Disebabkan itu anggota terbabit melecur di tangan dan mata kabur. Lima lagi mangsa terkena serpihan cedera di mata, muka, gendang telinga.

"Ada antara mangsa cedera dengan gendang telinga berdarah serta berdesing," katanya.

Menurut sumber itu, kes berkenaan kemudian dirujuk kepada Kementerian Pertahanan untuk perkembangan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, kes itu diserahkan kepada tentera sepenuhnya dan juga Kementerian Pertahanan.

- hmetro
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena