Tuesday 19 May 2015

Satu-persatu 1MDB & Najib ditelanjangkan...PM 'sedih' woi, "kena GST bising, dapat BR1M senyap?"

Selasa, 19 Mei 2015


JAHANAM... Satu-persatu 1MDB & Najib ditelanjangkan. Abeslah duit2 pencarum KWSP & KWAP bilion ringgit diperguna kononnya utk pelaburan..

KENAPA PERLU MELABUR PADA SYARIKAT BERMASALAH BERHUTANG RM42 BILION !!!

Ya Allah, Kamu tunjukklah sesuatu kpd penyamun besar negara yg rakus khianat terhadap dana2 rakyat..

2 hrs

Najib - Kena GST Bising, Dapat BRIM Senyap

PM 'sedih' kena GST bising, dapat BR1M senyap

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai yang ‘bising’ apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun ‘senyap’ selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM300.

“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,” katanya.

Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu.

“Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

“Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar segera.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena