Wednesday 27 May 2015

Ulama Pas, Mokhtar Senik 'takut' nak datang ke Kedah...Betoi ka?

Rabu, 27 Mei 2015

Ulama Pas, Mokhtar Senik Takut Untuk Datang Ke Kedah


1. 'Kuala kedah' telah dimaklumkan yang Ustaz Mokhtar Senik di dalam FB beliau bertarikh 16 Mei 2015, memberikan slotnya kepada Kuala Kedah pada sebelah malam tanpa sebrang format

2. Maka 'Kuala kedah' yang mengamalkan prinsip [ yang banyak kawasan-kawasan PAS dalam Malaysia agak bimbang melakukannya ] , namun Kuala kedah secara tradisi ilmu dalam membudayakan Politik Ilmu, menjemput pihak-pihak yang berbeza pandangan untuk sepentas membicarakan apa apa topik dalam suasana ilmu, segar, adil, secara langsung.

3. Setelah poster yang gabungkan keempat2 panel dikeluarkan, ada seorang panel yang asalnya membverikan jawapan Insyallah untuk hadir, menarik diri disebabkan ada kekhilafan tarikh dalam jadualnya, di mana panelis tersebut ada prog di tempat lain dan beliau berpandangan wacana seumpama ini sesuai di laksanakan selepas Muktamar.

4. Ustaz Mokhtar Senik juga menarik diri dengan alasan tidak bersetuju dengan format wacana tersebut. Dan dimaklumkan beliau mahu format pengisian beliau seorang sahaja untuk sesi penerangan dan sesi soal jawab.

5. Kami [ Pemuda Pas Kuala kedah ] bersetuju pada akhirnya untuk memberikan beliau dengan format yang dicadangkan olehnya, lalu keluarlah poster tunggal beliau.

6. Setelah itu, kami dimaklumkan oleh pihaknya dan darinya beliau akhirnya terus menarik diri dari prog tersebut dan memberuikan tarikh tersebut kepada 'Kelantan' khabarnya walaupun kami sudah menuruti sepenuhnya format program yang beliau dan pihak beliau cadangkan. Kami bersifat terbuka.

7. Oleh kerana program pada 28 Mei sudah diatur, mengambil kata-kata hikmah, " Tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua", maka kami teruskan juga prog yang sudah dirancangkan dan akan diisi oleh 2 panelis sahaja.

8. Sesungguhnya kami dukacita di atas apa yang berlaku kerana tidak dapat mementaskan secara bersama tokoh-tokoh yang menjadi sebutan ramai mutakhir ini. Sesungguhnya ini bukan kali pertama kami melaksanakan program seumpama ini. Untuk makluman, tahun lepas semasa saya masih menjadi EXCO Pemuda Pas Negeri Kedah, saya dengan amanahnya menganjurkan Wacana Pemikiran Kedah Siri 1 dengan mempertemukan 4 panel yang dikatakan berlatar belakang dan aliran yang pelbagai iaitu Dr Zuhdi, Dr Mujahid, Khalid Samad serta Ustaz Zulkifle Ketua Dewan Ulama PAS Melaka.

9. Saya sungguh terharu dengan kehadiran Ustaz Zul yang berkereta seorang diri dari Melaka semata-mata jemputan ke wacana tersebut dan seusai wacana , beliau terus balik ke Melaka.

10. Saya secara peribadi melahirkan rasa dukacita terhadap Yang Berbahagia Ustaz Mokhtar Senik yang tidak berjiwa besar seperti Ustaz Zul Melaka yang sanggup sepentas dengan pihak-pihak yang berbeza pandangan dengan beliau dalam satu prog memartabatkan Politik Ilmu .

11. Apa pun, ayuh hadirkan diri anda pada 28 Mei ini untuk bertanya secara langsung, samaada menyokong, mengkiritk, membantai, untuk bersetuju juga untuk tidak bersetuju dll dan ini medannya untuk kita mendapatkan info secara langsung.

12. Untuk makluman awal, Dewan Pemuda Kuala Kedah dengan DPP Kawasan-Kawasan yang terlibat, akan bersama-sama dengan izin Allah mementaskan satu Wacana Pemikiran Kedah Siri-3 pada 30 Mei hari Sabtu jam 8.00 malam membariskan Calon-Calon KP, TKP, NKP Pemuda Pas Malaysia yang akan bertanding untuk sesi 2015-2017. Doakan usaha murni ini berjaya biiznillah

Sekian.

TKP DPP Kuala Kedah.

- kedahlanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena