Sunday, 31 May 2015

'Kata Dua Letak Jawatan' jika tidak bersamanya! Zuhdi pamerkan 'Wajah Sebenar Ejen UG' dalam Pas...

Isnin, 1 Jun 2015

Inilah pe'el menteri2 M'sia. Belakang Najib bukan main hentam & kritik Najib & 1MDB. TETAPI bila di depan Najib terus membisu mcm admin2 Friends of BN - Barisan Nasional dlm isu minyak naik harga skrg !!!

Biasalah nak jaga 'periuk nasi' masing2. UMNO kan pemberi rezeki & nikmat di bumi M'sia ini..

TANPA UMNO, Melayu Akan Mati !!!

Letak Jawatan Jika Tidak Memihak Kepada Najib

Selepas beberapa menteri dilaporkan mempersoalkan kemelut 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan telah meminta anggota kabinet untuk meletakkan jawatan jika mereka tidak bersama dengannya dalam perkara itu.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, Najib memberi kata dua itu dalam mesyuarat kabinet Jumaat lalu, selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada kabinet.

Akhbar itu berkata portal dalam talian Malaysia-today.net juga melaporkan hal yang sama danUtusan memetik sumber kabinet sebagai berkata tidak seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

“Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama),” kata laporan Utusan itu.

Di bawah pelan rasionalisasi yang yang diumumkan oleh Husni (gambar),  International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar hutang 1MDB sebanyak AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sebuah konsortium perbankan antarabangsa yang menuntut pembayaran empat bulan lebih awal daripada jadual.

Perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar, akan menyaksikan hutang 1MDB dikurangkan kira-kira RM3.5 bilion dalam masa kurang dari seminggu.

Transaksi tambahan - di mana butirannya akan dimuktamadkan pada minggu-minggu akan datang - akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM12 bilion dan RM12.5 bilion.

Pada masa yang sama, dua pembangunan utama di bawah 1MDB - Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia - akan digunakan untuk mengumpul dana dan membantu membayar hutang syarikat berkenaan.

- mkini

Zuhdi Pamerkan Wajah Sebenar Ejen UG Dalam Pas


SHAH ALAM - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah telah menunjukkan pendirian sebenar beliau dengan tidak menyokong kepimpinan presiden parti itu.

Demikian kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki ketika diminta mengulas berhubung tindakan Mohamad mempertikaikan kemampuan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu di dalam ucapannya di Tumpat, malam Jumaat lalu.

Beliau mendakwa, wujud pihak cuba memburuk-burukkan sesama sendiri menjelang Muktamar Tahunan Pas tahun ini.

"Sepertimana yang pernah saya utarakan sebelum ini, semakin hampir Muktamar Pas, dua pertiga bongkah ais Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) semakin muncul.

"Sebelum ini hanya satu pertiga sahaja muncul melalui Presiden Pasma, Datuk Ir Pahrolrazi Zawawi. Mohammad ini rapat dengan Pahrolrazi, justeru kenyataan dia (Mohamad) yang terbaru ini membenarkan jangkaan saya sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Zuhdi dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa Pasma sedang berusaha menguasai Pas dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.

Katanya, sekiranya Pasma gagal dalam percaturan mereka kemungkinan Pasma akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan Pas dalam PR.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, analisis Mohamad mengenai kemenangan dan kekalahan Pas di Terengganu sangat simplistik dan tidak menyeluruh.

"Dia (Mohamad) hanya melihat pilihan raya ini sebagai peluang untuk berkuasa, bukan untuk tujuan lain seperti peluang berdakwah menyampaikan mesej Islam dan mengutarakan pembelaan terhadap masyarakat," katanya.

Mohd Zuhdi turut mendakwa pandangan Mohamad terhadap politik di negara ini hanya terarah kepada dua parti utama iaitu BN dan PR.

"Beliau hanya melihat dengan dua wajah, jika tidak hitam mesti putih, jika tidak putih mesti hitam. Sedangkan dalam dunia politik, ruang kelabu yang berada antara hitam dan putih itu adalah yang paling luas.

Apa yang perlu dilakukan oleh Pas adalah mengambil peluang dan memanfaatkannya," jelasnya lagi.

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena