Tuesday, 26 May 2015

Kasihanilah kami wahai pemimpin PR! Rakyat Malaysia dah sekian lama ditindas BN...'Tak boleh pikiaq ka'

Selasa, 26 Mei 2015

Kasihanilah kami wahai pemimpin Pakatan..!

Saya sebagai ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengharapkan semua parti komponen PR dan pimpinannya bersabar dan kasihanilah rakyat Malaysia, Oleh itu di bawah ini saya nukilkan harapan saya kepada mereka.

PR adalah harapan rakyat, jangan kecewakan kami dengan perpecahan Pakatan Rakyat yang jelas mendapat kepercayaan rakyat lebih dari BN pada PRU 13

Hentikan segala serangan sesama sendiri. Jangan bazirkan masa menghentam rakan PR yang lain kerana musuh kita sebenarnya adalah Umno/BN yang sedang menekan rakyat dengan dasar zalim dan tidak memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Cari jalan untuk berbaik-baik bukannya mencari jalan untuk semakin renggang dan seterusnya berpecah. Semua pihak mesti berlapang dada, lupakan kisah lama, duduk semeja dan berbincang.

Ingatlah kepercayaan rakyat kepada PR semakin terhakis dengan sikap pimpinan PR yang tidak matang bergaduh dan bergeser di dalam media tanpa menunjukkan tanda untuk reda

Masa masih belum terlambat untuk menjernihkan suasana. Maaf bermaaf-maafan, berjiwa besar, mengakui kelemahan diri dan seterusnya memacu perjuangan dengan menghalakan segala tenaga, idea dan sumber untuk menumbangkan Umno/BN.

Renung dan kenanglah jasa Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pimpinan DAP yang ada sekarang yang merintis jalan dan denai memberi sinar baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama ditindas dan dihimpit oleh sistem pentadbiran BN.

Jangan mensia-siakan harapan dan jasa pimpinan terdahulu dan sekarang yang berjaya membawa PR ke tahap yang hebat seperti semasa PRU 12 dan PRU 13.

Cuba selami kesusahan dan penderitaan rakyat yang amat dahagakan kepimpinan alternatif kepada kepimpinan BN yang korup, menyeleweng, rasuah, tidak amanah, boros dan sebagainya.

Apakah kita mahu membiarkan BN terus memerintah negara hanya kerana nafsu politik amarah dan tidak matang kita.

Mana janji kita yang sentiasa komited untuk hormat menghormati di antara satu sama lain,bersetuju untuk tidak bersetuju dan komited untuk membentuk Malaysia baru dengan sistem keadilan, telus dan berkebajikan.

Berjiwa besar, maaf memaafi, insaf kelemahan diri masing-masing dan berlapang dada dengan semua kesalahan dan kesilapan lalu. Jika masing-masing ikhlas untuk berjuang kerana Allah, keadilan, rakyat dan demokrasi maka mari sama-sama kita melangkah gagah melupakan persengketaan dan berjuang bersama menumbangkan BN bagi menyelamatkan rakyat dan negara. – 25 Mei, 2015.

* Mohd Sofi Abdul Wahab ialah yang dipertua PAS Bukit Katil.

Kedahlanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena