Sunday 31 May 2015

Najib kini tidur lena? Nizar pulak teruk difitnah 'orang dalam parti'...nafi tolak ulama

Isnin, 1 Jun 2015

Najib kini tidur lena, tak keseorangan

Najib kini tidur lena, tak keseorangan
Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau boleh tidur lena apabila mengetahui mendapat sokongan daripada pemimpin utama di Perlis walaupun Tun Dr Mahathir terus menyerangnya supaya berundur.

"Dengan ini, saya boleh tidur lena dan tidak berasa kesunyian. Sokongan ini penting kerana kita perlukan kerajaan yang kuat," katanya di depan kira-kira 5,000 orang di Kangar, Perlis hari ini.

Nizar: Pilih Ahmad Awang demi kukuh PAS, Pakatan


Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

"Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

"Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

"Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

"Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

Nafi tolak ulama

Katanya, fitnah yang dilemparkan bahawa beliau menolak kepimpinan ulama tidak benar sama sekali memandangkan segala kritikan yang diberi kepada kepimpinan PAS demi sayangkan parti.

"Adakah betul kumpulan profesional nak gulingkan ulama sedangkan saya beranggapan kalau tiada ulama (Majlis Syura) untuk tangani masalah yang di bawa Umno, dah lama PAS merudum.

"Ulama sebenarnya yang menyelamatkan parti kerana mereka ada ilmu yang boleh menyelamatkan parti. Tiba-tiba saya hari ini dituduh anti ulama dan nak jatuhkan presiden.

"Sedangkan kalau di dalam mesyuarat, kalau saya beri kritikan itu bermakna saya sayangkan orang tersebut tetapi saya lebih sayangkan parti.

"Saya beri pandangan dan kritikan kerana saya nak mereka membangun, bukankah itu peradaban dalam Islam. Semasa dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Aziz (Nik Mat), saya beri kritikan yang sama dan mereka raikan pandangan mana-mana ahli PAS.

"Hari ini pandangan dalam PAS, kalau kritik presiden, ini lah orang yang sokong bawa rebah," kata ADUN Changkat Jering itu lagi.

Susulan kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang dilapor memberi kata dua kepada perwakilan dan bebas memilih pemimpin sama ada yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya, Nizar mempersoalkan sama ada perwakilan mahukan presiden yang didakwanya menjadi boneka DAP atau Umno.

Menurut Nizar, dalam situasi banyak pihak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat pihak dalam PAS yang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan ahli parlimen Pekan itu sebagai ketua negara.

"Umno sekarang dalam keadaaan paling lemah apabila Tun Mahathir Mohamad, (timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik najib turut menghentam (Najib), tetapi ada pihak pula yang kata kekalkan Najib.

"Kalau macam itu saya boleh kata, nak jadi presiden yang jadi boneka DAP atau boneka Umno?" soal Nizar yang mendapat tepukan daripada hadirin.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena