Wednesday 20 May 2015

Penindasan Rohingya...Menghadapi dakwaan, pemerkosaan, dipaksa menjadi buruh, & rampasan harta.

Rabu, 20 Mei 2015
08 rohingya migrants 140515

Penindasan Rohingya: Data dan fakta penting (Projek Dialog)

MAY 16, 2015
SIIWE, Myanmar (Thomson Reuters Foundation) – Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, pemerhatian dunia telah terfokus pada isu Muslim Rohingya di barat Myanmar. Mereka adalah golongan minoriti yang dikatakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai terasing daripada etnik dan komuniti berlainan agama dan bahasa di Myanmar.
Di sini adalah sedikit fakta mengenai mereka.
Siapakah orang Rohingya?
* Mereka adalah golongan Muslim minoriti yang hidup di Myanmar (dahulunya Burma) yang mana majoriti penganutnya beragama Buddha. Kebanyakan Rohin berada di kawasan barat Rakhine dan bilangan mereka, menurut Kementerian Imigrasi adalah seramai 1.33 juta orang.
* Rohingya mendakwa mempunyai susur galur keturunan selama berabad lamanya di Rakhine. Walaubagaimanapun, Undang-undang Kerakyatan 1982, yang dikuatkuasakan oleh kerajaan tentera dahulu telah mengecualikan mereka daripada senarai lebih 100 kumpulan yang diiktiraf sebagai etnik minoriti. Pengecualian ini menyebabkan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai kerakyatan. Sejak itu, mereka tidak mendapat Kad Pengenalan, yang diperlukan untuk pelbagai urusan daripada persekolahan, perkahwinan, pekerjaan sehinggalah kepada sijil kematian.
* Majoriti daripada mereka berada di utara daerah Rakhine (NRS – Northern Rakhine State) yang terdiri daripada 3 bandar utama – Buthidaung, Rathedaung dan Maungdaw – dan bersempadan dengan Bangladesh. Rohingya merupakan 91 peratus daripada jumlah penduduk NRS yang dianggarkan leih kurang 1 juta penduduk. Ia juga merupakan salah satu kawasan yang paling terpencil, miskin, dan padat di negara itu. Akses media dan bantuan ke NRS amatlah dihadkan.
Bagaimanakah kehidupan mereka? 
* Rohingya di NRS mengalami pelbagai halangan. Mereka tidak dibenarkan berhijrah, berkahwin atau mencari rawatan tanpa kebenaran rasmi, yang sangatlah mahal dan tidak terjamin. Kumpulan-kumpulan pembela hak asasi mengatakan  Rohingya turut menghadapi dakwaan, pemerkosaan, dipaksa menjadi buruh, rampasan harta dan diberi akses yang terhad terhadap perkhidmatan awam.
* NRS terduduk di bawah standard bagi negara yang mempunyai markah rendah dalam kebanyakan kajian sosio-ekonomi. PBB mengatakan, kematian kaum ibu adalah sebanyak 380 kematian per 100,000 kelahiran hidup di Maungdaw – yang berganda daripada jumlah kematian di 200 negara dalam kajian UNICEF. Kematian bawah 5 tahun adalah sebanyak 135 orang per 1000 kanak-kanak di Maungdaw berbanding bilangan bagi negara sebanyak 77 orang.
* Tinjauan telah menunjukkan bahawa kes-kes kurang zat makanan di NRS secara berterusan sebanyak 15 peratus lebih tinggi daripada garis maximum yang diletakkan oleh World Health Organization (WHO). Pada tahun 2008, masalah kurang zat makanan adalah sebanyak 22.7% di bandar Buthidaung dan 20.2 % pada tahun 2009. Analisa pada tahun 2011 menunjukkan 45 % tidak mempunyai akses makanan yang meyakinkan.
Mengapakah mereka sering dipapar kaca berita kebelakangan ini? 
* Dua peristiwa keganasan masyarakat pada tahun 2012 telah membunuh sekurang-kurangnya 192 orang dan membuatkan sejumlah 146,000 orang hilang tempat tinggal. Kebanyakannya adalah Rohingya. Ada puluhan ribu yang berada di kem-kem penempatan sementara di luar Sittwe ibukota Rakhine.
* Seramai 86,000 orang meninggalkan Rakhine menggunakan bot antara Jun 2012 hingga April 2014 untuk memulakan hidup baru, dan pejuang hak asasi mengatakan jumlah ini akan semakin meningkat.
* Mereka yang tidak boleh meninggalkan terpaksa bergantung pada bantuan daripada pelbagai agensi dari segi keperluan seharian, menyebabkan datangnya tuduhan daripada nasionalis Buddha di Rakhine dan juga Myanmar, mengatakan ianya tidak adil.
* Médecins Sans Frontières-Holland (MSF-H) dan Malteser International, dua organisasi yang telah memberikan bantuan kesihatan yang besar di NRS dan di kem pelarian, telah dihalau daripada Rakhine pada Febuari dan Mac, setelah adanya kempen menentang mereka daripada golongan pelampau beragama Buddha. Pada 24 Julai, kerajaan Myanmar mengumumkan bahawa badan-badan tersebut dibenarkan untuk kembali untuk memberi bantuan, tetapi keadaan keselamatan mereka tidak terjamin.
* Walaupun kesusahan yang mereka hadapi, masih tidak banyak simpati yang berjaya diraih untuk golongan Rohingya di Myanmar. Sentimen anti-Rohingya tersebar luas, dan pihak berkuasa memanggil mereka ‘Bengalis’, untuk menyamakan mereka dengan pendatang asing daripada Bangladesh.Gerakan demokrasi di Myanmar, termasukalah penerima anugerah Nobel Aung San Suu Kyi, masih tidak menyatakan pendirian yang berpihak pada Rohinya. 
Sumber : World Food Organization, UNHCR, UNOCHA, Fortify Rights, Human Right Watch, The Arakan Project, The European Comission.
Penterjemahan tidak rasmi FACTBOX – Facts and figures about Myanmar’s Rohingya.” Diterjemah oleh Noor Amalina Rosli.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena