Wednesday 27 May 2015

[Video] Khalid Samad: Najib perlu bubar Parlimen...KEM PM & TPM DAH MULA BERPERANG?

Rabu, 27 Mei 2015





Mereka 'Cai' Dah Mula Berani

Posted by 

1MBD - KEM PM & TPM DAH MULA BERPERANG

1MBD kini sudah memasuki era  " menjauhkan " Najib dari pentadbiran kerajaan UMNO / BN.  


Perkembangan baru mula melanda Umno, parti teras BN apabila riak-riak yang timbul ekoran kritikan pedas mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Najib mula berubah menjadi gelombang. Ucapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno pada satu program dalaman Umno yang secara jelas mengkritik 1MDB tersebar secara viral di laman sosial.

Inti pati ucapan TPM dengan kelompok " pejuang " UMNO yang kini sedang tersebar secara viral di laman sosial berjaya memperlihat dan menguatkan tuntutan ahli-ahli UMNO untuk Najib meningalkan jawatan PM tersebut. Apa yang penting ialah " nasihat " Mahyuddin dan bukannya siapa pengedar viral tersebut.

Dengan tegas Mahyuddin menyatakan kekesalan terhdap apa yang berlaku dan mengakuinya amat sukar untuk memberikan penjesalan kepada rakyat kaitan dengan beban hutang berjumlah RM42 bilion @ RM42,000 juta yang ditanggung 1MDB. Beliau lantas mahu semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan kedua negara itu dipecat dan saranannya itu disambut tepukan gemuruh hadirin.

Selain Muhyiddin, masalah yang menimpa 1MDB turut mendapat perhatian khalayak korporat. Adik Najib yang menerajui salah sebuah bank terbesar di Malaysia memberikan kata dua kepada ahli lembaga pengarah 1MDB; melantik juruaudit bebas bagi menilai status kewangan syarikat itu ataupun meletakkan jawatan.

Sebagai hiasan 
 Bagi beberapa pemuka politik, perang terbuka antara kumpulan Najib dan Muhyiddin sudah pun meletus. Serangan daripada pemimpin akar umbi daripada kedua-dua belah kem menunjukkan bahawa permainan kuasa politik semakin bercambah dalam parti tunjang BN itu.

" Ahli lembaga pengarah 1MDB dilihat tidak bertanggung jawab menangani dakwaan salah urus kewangan syarikat tersebut, mereka perlu meletakkan jawatan " Syor TPM.

Apa yang lebih merisaukan ialah kegagalan dan keberhutangannya 1MBD turut memangsakan kepentingan dana awam, dan kini 2 insitusi kewangan iaitu dari LUTH ( Lembaga Urusan Tabung Haji ) dan KWAP ( Kumpulan Wang Amanah Pencen, Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) dan Takaful Malaysia telah di arahkan untuk menyelamatkan hutangan tanggungan 1MBD

Kini di war-wasrkan pula bagaimana " macai - macai " dari kedua-dua kem, untuk mempertahankan bos mereka. dari Johor Dato Puad bekas ahli parlimen Baru yang kini sebagai KP Jabatan Ehwal Khas ( JASA ) menyerang TPM dengan " kemalasan " beliau sebagai Mentri Pelajan, yang sentiasa tidak memperlihatkan keadaan kementerian kelolalannya.

 Rakaman video itu menjadi viral ketika PM Najib sibuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat. Ucapan Najib jelas tidak menunjukkan kekesalan terhadap skandal-skandal besar kewangan yang berlaku di bawah pentadbirannya.

Persoalannya... mampukah Najib bertahan?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena