Saturday, 27 June 2015

Menarik dari Temerloh...Amboi! macam itu sekali? Betulker Tantawi? Tak pernah sekali pun menjengok ke pejabatnya...

Ahad, 28 Jun 2015

Antara rakaman kisah yang menarik semasa berada di Temerloh, Pahang.

Nak cerita sedikit hal di belakang tabir tentang perjalanan kami ke Temerloh malam kelmarin. Kami dua kereta bertolak dari Ipoh selepas solat Jumaat dari kediaman DS Nizar. Perjalanan kami dari highway menyusur keluar di toll Tanjung Malim, ikut jalan lama melalui pekan Kalumpang dan seterus Kerling.

Sampai di Simpang Rasah  jalan dah mulai jem macam siput...sampailah ke simpang Batang Kali baru perjalanan reda dan lancar...Drebar kami hebat !! Kami selamat sampai di Temerloh sekitar jam 6.00 petang.Alhamdulillah.

Ust. Ibrahim menjelaskan sesuatu yg nampaknya menarik perhatian Dr Khairuddin yang mendengar

Sewaktu dalam kesempatan yang terhad saya sempat berbual sebentar dengan Ust Ibrahim. Dari perbualan tersebut saya dapat tahu kawasan disitu memang asalnya paya. Beliau telah berusaha membina sebuah sekolah agama diatas tanah tersebut. 

Dia telah menambak kawasan tersebut dengan beribu-ribu tan tanah melalui bantuan oleh seorang towkey Cina tempatan dengan cara berhutang yang sangat mudah. Katanya, towkey tu tidak pernah pun meminta semula hutangnya itu.  Tak apa Ustaz, bila-bila you ada wang nanti, you boleh kasi... Begitulah kata towkey itu bila setiap kali terserempak dengannya.



Antara anak-anak sekolah Ust Ibrahim

Namun akhirnya beliau telah dapat melangsaikannya lama kelamaan.Towkey itu kini menjadi seorang pengusaha yang berjaya sekarang. Mungkin kerana berkat membantu membina sekolah agama Ust. Ibrahim. Beliau memberitahu, akhir-akhir ini ada yang menawarkan RM9juta untuk membeli tanahnya itu. Dua puluh tahun lalu beliau membelinya dengan harga RM150 ribu sahaja! 

Namun beliau bukan memandang kemewahan untuk diri sendiri. Beliau lebih bersemangat untuk berjuang memberi pendidikan yang bersepadu kepada anak bangsanya. Pencapaian UPSR di sekolah yang beliau bangunkan ini sering mendapat keputusan 100% lulus, kata Ust Ibrahim. Ada seperkara yang beliau luahkan kepada saya dengan nada kesal sangat. Beliau kata, "Pejabat Ahli Parlimen Temerloh sebelah sahaja, tapi dia tak pernah sekali pun menjengok ke mari untuk bertanya khabar pun..... "  

Amboi! macam itu sekali?? Betulker Tantawi?



Oklah sambung semula cerita kita orang....Kami seterusnya di bawa ke sebuah masjid lama yang sedang dalam renovasi.Kecil tapi menawan. Sempat bersembang dengan pengerusinya, bekas guru yang bersara awal kerana mengusahakan kilang perabut yang terletak bersebelahan dengan masjid tersebut. Saya tak catitkan namanya. Cuma yang disebut-sebut ialah 'masjid lama'.

Dalam perbualan tersebut ada dia beritahu yang "Malam ini  sepatutnya ada program Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di masjid ni..." katanya.



"Saya kansel dan gantikan dengan Tazkirah DS Nizar malam nih" katanya. Kenapa macam tu? Ada seorang yang bertanya kerana kehairanan. " Adakah patut depa bakar banner program malam ini? (Program Perjuangan Baru Bermula). Pengerusi masjid tu marah kerana dipercayai puak konservatif telah membakar sepanduk mengiklankan program di Restoran Terapung Mukmin dan sebagai tindak balasnya, beliau telah membatalkan program Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid itu dan gantikan dengan DS Nizar !





Berjubah Putih tu ialah Pengerusi Masjid


Kami berbuka di masjid tersebut dengan lauk kambing.....Terima kasih kerana melayan kami dengan baik.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

1 comments:

Master Jaguh said...

Mari Bang … Sini !! >>> CLICK HERE !!<<<

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena