Friday, 26 June 2015

Nizar hairan Pemuda PAS Ipoh suruh DAP singkirnya sebagai ketua pembangkang...

Jumaat, 26 Jun 2015

Assalamualaikum... Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur Mai Kejap Gua Ada Nak Cakap Dengan Lu Ni... 


Lu ni Sedar ke Tak Sedar apa yang lu katakan ni Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (Dppk) Ipoh Timur... lu tak tahu ke yang Pakatan Rakyat (PR) sudah Mampos pada 03hb Jun 2015... bila Dewan Ulama' PAS Pusat (DUPP) melalui Tuan Guru Haji Mokhrtar Senik seorang Ulama' yang telah dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW dan berjumpa dengan Saidina Umar Al-Khattab RA Berpuluh Kali didalam Mimpi, telah Membentangkan Usul Tergempar bagi Mencadangkan kepada Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat (JKKPP) dan Majlis Syura Ulama' (MSU) iaitu Kerjasama Politik Dengan DAP Dibatalkan... ada faham Ketua Dppk Ipoh Timur

Dengan DAP mengatakan yang PR telah pun Mampos maka Diakui atau tidak yang pasti DAP sudah tidak mahu lagi Kekal didalam PR walaupun PAS tetap mengatakan yang PR Masih lagi HIdup dan tidak Mampos. Untuk itu lu faham tak Ketua Dppk Ipoh Timur bahawa mana ada lagi PR dan tidak secara langsung Majlis Pimpinan PR Negeri Perak telah ikut sekali masuk ke dalam Lubang Kubur... lagi sekali gua tanya kat lu ni Ketua Dppk Ipoh Timur ada faham tak beb. Bermakna Suka Hati DAP lah nak Lantik siapa yang difikirkan Sesuai serta Cerdik Berpolitik untuk menjadi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Kalau awal nya sudah mengatakan tak nak jangan lah Belit Sana Belit Sini macam Tuang Presideng PAS lu... ini pada awal konon nya macam lah Bermaruah sangat... tapi Penghujungnya suruh DAP serahkan kepada PAS tentukan siapa yang hendak dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak... Banyak Cantik Muka lu Ketua Dppk Ipoh Timur... hak lu... orang lain tak boleh hendak pertikaikan... manakala Hak orang lain lu nak buat seperti Harta Pusaka Mak Bapak lu yang punya... Bijak... Bijak...  betul-betul Bijak lu ya Ketua Dppk Ipoh Timur, tak sia-sia Tuang Presideng PAS Menurunkan segala Ilmu Belitan dan Putaran kepada lu.

Apa yang perlu buat Ketua Dppk Ipoh Timur ialah Mendesak Badan Perhubungan PAS Negeri Perak supaya Mengarahkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin supaya Meletak Jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak... jika Dato' Seri Nizar Jamaludduin Enggan Meletak Jawatan sebagai Ketua Pembangkang  DUN Perak maka Minta Dato' Seri Nizar Dipecat dari PAS. Itu lah sebetul nya yang perlu lu lakukan jika mahu Menjaga Maruah PAS yang sudah Tercalar oleh Kerja Kotor Ulama'-Ulama' Su' yang ada didalam PAS. Jangan mula-mula sahaja kata tak nak tapi akhirnya seperti KEBULUR hendakan Jawatan Ketua Pembangkang.
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang 

Nizar hairan Pemuda PAS Ipoh suruh DAP singkirnya sebagai ketua pembangkang

 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata keputusan DAP meneruskan sokongan mereka terhadapnya sebagai ketua pembangkang negeri tidak ada kena-mengena dengan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Jun, 2015.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hairan dengan "pendirian peribadi" Pemuda PAS Ipoh Timur yang menggesa DAP menyingkirkannya sebagai ketua pembangkang negeri.

Menurut bekas menteri besar Perak itu, jawatan ketua pembangkang dipilih 28 orang Adun dan bukan ditentukan mana-mana parti, sama seperti pemilihan ketua pembangkang di Parlimen.

"Itu hak Adun yang setuju saya jadi ketua pembangkang. Mereka hendak saya pimpin mereka dalam dewan itu.

"Ia bukan keputusan parti. Ia tiada kena-mengena parti apa-apa pun. Kalau mereka beri kepercayaan kepada saya, saya akan pimpinlah," kata Nizar kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Saleh yang menggesa DAP "menilai semula kedudukan Nizar".

KedahLanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena