Friday 26 June 2015

Pas tidak ada tempat lagi, rakyat mahu gerakan baru

Sabtu, 27 Jun 2015


Pas tidak ada tempat lagi, rakyat mahu gerakan baru - Zaid

Zaid Ibrahim: 'Politik sekarang sangat menarik'


SITI FATIHAH AWANG


KOTA BHARU - Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membuat 'kemunculan semula' dalam dunia politik tanah air.

Menurutnya, sebarang keputusan masih belum dibuat walaupun mengakui menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak. "Itu (tawaran) sedang fikirlah sekarang ni. Tengok keadaan macam mana nanti. Keadaan politik Malaysia pun makin rancak sekarang," katanya kepada media semalam.
Beliau hadir di Pameran Amal Lukisan ulang tahun ke 75 Bruce Lee anjuran Gabungan Impian Kelantan dan beberapa badan swasta di sini. Selain Zaid, kepimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Anthony Loke, Teresa Kok, A Samad Said, Naib Pengerusi PKR negeri, Abu Samah, dan beberapa pimpinan Pas kawasan Kota Bharu juga turut hadir bagi memeriahkan lagi pembukaan pameran jualan yang diadakan selama tiga hari itu.

Ketika ditanya mengenai parti mana yang menjadi pilihan jika beliau ingin kembali, Zaid menegaskan sehingga kini sebarang keputusan masih belum diputuskan. "Tengoklah nanti macam mana. Tidak boleh cerita nak masuk parti mana, memang politik sekarang sangat menarik," katanya. 
Beliau turut ditanya mengenai masa depan Pas jika ada parti baru wujud dan mencabar parti Islam itu. Zaid berkata, Pas tidak ada tempat lagi sama ada di Kelantan atau seluruh Malaysia kerana Pas dilihat sebagai sebuah parti sempit sebagaimana Umno.

"Pas akan jadi macam Umno. Parti-parti sempit. Parti yang tidak relevan, kalau dia hanya tumpu pada kumpulan tertentu dan bercakap isu lama.  "Rakyat dah berubah, jadi kalau Pas memikirkan mereka lebih mampu dan lebih berjaya selepas ini, kita tengoklah nanti.  

"Tapi bagi pandangan saya, mereka tiada masa depan. Saya rasa gerakan baru akan lebih berkemampuan dan menjadi harapan kepada rakyat. Rakyat mahu masa depan, rakyat terlalu penat dengan asyik bergaduh dan sebagainya. Rakyat mahu gerakan baru," katanya

Posted by mountdweller 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena