Thursday 25 June 2015

"TENGGELAM" Suhaizan jawab Ostad Hadi...G18 merupakan GERAKAN RAKYAT hasil sokongan rakyat...bukan 'serpihan'lah ostaz!

Jumaat, 26 Jun 2015

"TENGGELAM" Suhaizan Kayat Jawab Ostad Hadi


G18 'berbalas pantun' dengan puak Chai Pas yang menggunakan taktik kotor semasa pemilihan Pas 2015.

Kini kegelisahan yang teramat telah dizahirkan oleh pemimpin pemimpin Pas yang menang dengan kaedah chai dalam pemilihan parti islam tersebut.

Pemimpin progresif PAS yang tewas dengan kaedah chai pada pemilihan awal bulan ini yakin parti politik baharu yang bakal ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam pembentukan Pakatan 2.0 tidak akan 'tenggelam'.

Penolong Setiausaha G18, Suhaizan Kayat menyifatkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agak ketinggalan apabila memberi peringatan bahawa ahli dan pemimpin parti Islam baharu itu akan 'tenggelam' apabila ia ditubuhkan.

"Zaman sekarang sudah berubah. Lanskap politik sudah bertukar. Apa yang bakal ditubuhkan G18 ini berbeza dengan sejarah lama.

"G18 bukan dibentuk atas inisiatif satu dua pemimpin serpihan PAS. Ia sebaliknya adalah gerakan rakyat, hasil sokongan rakyat," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Hadi memberi amaran bahawa pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti baharu itu.

Kenyataan Hadi disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan bahawa sejarah membuktikan penubuhan parti serpihan PAS tidak mampu bertahan lama.

Mohd Amar menamakan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) sebagai contoh.

Mengulas lanjut, Suhaizan bagaimanapun menolak amaran dan peringatan Hadi.

"G18 berbeza dengan Hamim mahupun parti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Parti-parti itu ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang mahu bergerak sendiri.

"Bezanya G18 bukan ditubuhkan oleh pemimpin, walaupun yang mengetuainya adalah bekas pimpinan PAS tapi hakikatnya ia didorong oleh sokongan rakyat, bukan sahaja ahli PAS," katanya.

Jelas Suhaizan lagi, G18 kini giat mengadakan pertemuan dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong perjuangan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

G18 diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

kutipan dari Mstar
Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena