Monday 29 June 2015

Reformasikan politik Islam, bukan layan khabar angin parti baharu, kata G18

Isnin, 29 Jun 2015
Siasat segera skandal Mara tanpa mengira status – G18

Reformasikan politik Islam, bukan layan khabar angin parti baharu, kata G18

Pemimpin PAS perlu melihat gambaran yang lebih besar bagaimana memajukan politik Islam yang lebih menyeluruh dan progresif berbanding melayan khabar angin mengenai pembentukan parti Islam baharu, kata bekas pemimpin PAS.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, salah seorang daripada pimpinan yang disingkirkan pada muktamar lalu, atau lebih dikenali sebagai G18 berkata, masyarakat melihat PAS semakin menguncup dan tidak mengamalkan politik terbuka dan menyeluruh.

“Itu lebih besar untuk dibincangkan daripada kita bincang (mengenai) ahli hari ini yang dikatakan G18 kononnya nak keluar parti,” katanya merujuk jawatankuasa tindakan yang ditubuhkan pemimpin progresif PAS yang tewas dalam muktamar lepas.

Kenyataan Mujahid itu seperti secara halus menjawab pandangan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperkecilkan kemungkinan G18 menubuhkan sebuah parti baharu.

Kata Tuan Ibrahim, walaupun G18 berhak menubuhkan parti baharu, namun ia tidak perlu melakukannya semata-mata kerana tewas dalam pemilihan parti.

Mujahid sebaliknya berkata, PAS seharusnya mencari jalan membawa politik Islam ke arus perdana dan menjadikannya lebih menyeluruh dan progresif.

Katanya, PAS juga mesti bersedia untuk melakukan perubahan.
“Apabila kita melihat benda yang besar di depan kita, kita lakukan jauh lebih besar dari isu pembersihan, cantas mencantas sesama ahli.

"Maka segala apa yang dihujahkan terlalu kecil apabila kita melihat kepada keperluan besar yang perlu kita bina dan cipta untuk bawa politik Islam,” katanya.

Mengulas amaran diberi Tuan Ibrahim kepada pemimpin yang kalah supaya wala' kepada pimpinan parti, Mujahid berkata, G18 masih merupakan ahli parti yang setia kepada kepimpinan.

"Kita pun tak kata kita nak pecah, kita masih lagi ahli PAS.

“Cuma kita merasakan ada satu keperluan untuk melihat apa yang berlaku dalam pemilihan baru-baru ini. Bukan kekalahan, tapi pembersihan yang berlaku,” katanya mengulas kekalahan G18 terhadap golongan ulama PAS.

"Agak pelik kalau orang itu halau kita dari rumah, tiba-tiba dia ajak kita balik.”

"Tiba-tiba hari ini, kenapa cakap pasal wala" kata beliau

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena