Monday, 29 June 2015

Bencana Buat Penjawat Awam? Gaji awal Julai pada 9 haribulan...

Selasa, 30 Jun 2015

Bencana Buat Penjawat Awam?


Bencana Buat Penjawat Awam? Menunggu 46 hari untuk gaji Ogos berikutan pembayaran awal gaji bagi Julai boleh mengundang "bencana kewangan" kepada penjawat awam jika mereka terlalu ghairah berbelanja untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pada 25 Ogos.

Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya.

Mereka perlu menetapkan dalam minda masing-masing bahawa gaji yang dibayar pada 9 Julai itu seharusnya digunakan untuk bulan Ogos.

"Harus diberi perhatian serius kerana kehidupan anda bergantung kepada gaji tersebut selama 46 hari sebelum akaun kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya," katanya.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau mengajukan beberapa saranan kepada penjawat awam dalam merancang perbelanjaan.

Ahmad Humaizi berkata bajet untuk keperluan Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 17 Julai, harus dibuat berdasarkan gaji diterima pada 25 Jun berserta bonus RM500 yang diberikan kerajaan.

Pendapatan yang diterima pada 9 Julai tidak wajar "diusik", katanya.

Katanya penjawat awam juga sewajarnya terus membuat bayaran perbelanjaan bulanan bagi Ogos seperti ansuran rumah, kereta, taska anak, kad kredit kerana realitinya gaji yang diterima pada 9 Julai adalah untuk bulan Ogos.

Beliau berkata, sekiranya seseorang itu tidak dapat menahan nafsu melihat baki simpanan dalam bank berlebihan, sebaiknya wang itu dipindahkan ke akaun lain yang tidak mempunyai kad ATM seperti Tabung Haji atau Amanah Simpanan Bumiputera (ASB).

"Apabila cukup kitaran gaji seperti biasa, bolehlah anda mengeluarkan wang ini seperti biasa untuk kegunaan pada bulan Ogos," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena