Sunday 5 July 2015

[Video] Kit Siang Kena Halau Dengan Penyapu di Masai! Tahniah you all...Harapkan pada UG inilah jadinya...

Isnin, 6 Julai 2015


YB Lim Kit Siang kena halau di Masai - FMT Reporters

kit-siang-halau

Penyokong UMNO berang kenyataan seolah-olah menghina Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 JOHOR BAHRU: Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dihalau ketika menghadiri sebuah majlis di Taman Megah, Masai.

 Ia berlaku apabila Pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina parti itu dan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Dalam ucapan tidak sampai seminit pada satu majlis di Taman Megah Ria, Masai, dekat sini, hari ini, Ahli Parlimen Kluang itu antara lain mendakwa orang UMNO kini cuba nak menumbangkan Najib.


 Susulan itu, kira-kira 100 penyokong UMNO yang berada di situ bagi memprotes kedatangan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ke kawasan itu, naik berang.

 Keadaan menjadi kecoh dan berlaku insiden tolak menolak antara penyokong UMNO berkenaan dengan Liew dan Lim serta beberapa lagi pemimpin DAP yang hadir pada majlis sesi ramah mesra DAP bersama orang Sabah dan Sarawak tersebut iaitu Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Adun Johor Jaya, Liow Chai Tung.

 Insiden tolak menolak itu berlaku kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum polis campur tangan untuk mententeramkan keadaan.

 Polis kemudiannya dilihat menasihati pemimpin DAP berkenaan untuk membatalkan program selanjutnya iaitu ‘Walkabout’ di Pasar Borneo berdekatan susulan kekecohan itu.



SILA DENGAR PULA RINTIHAN RAKYAT YANG DAH MUAK DENGAN UMNO. DENGAR PULA AYAT KAMI, YANG TENTU ANDA SEMUA SUKA DAN REDHAKAN?

Saya Rakyat Malaysia

1. Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong

2. Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0. Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources. Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong

3. Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki oleh Robert Kwok. MSR milik Robert Kwok sepenuhnya. OK.. cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan Guna gas stove.

4. Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL

5. Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL

6. Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor. Motor Kriss, keluaran MODENAS. Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan

7. Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan.

8. Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group

9. Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group

10. Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Beli Uni Asia Insurance. Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Vincent Tan

11. Tak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM. Puspakom milik siapa? = Loh Boon Siew Group

12. Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang. Landasan keretapi siapa buat?= MMC. MMC milik siapa? = Mayland Group

13. Sekarang, Mayland Group pun nak ambil alih KTMB. Ok..tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Tee Pek Kin

14. Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Keeple Port Pvt ltd.

15.Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port. Johor Port milik siapa? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong.

16. Ok la… Saya orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap) Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong

17. Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tony Fernandez, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tony Fernandez.

18. Itu belum lagi kami rakyat Malaydia masukkan lagi pelbagai kerja buat Umno yang menyeleweng dan tindakkan yang tidak sepatutnya seperti PTPTN penyebab Anak Muda lulusan Universiti berhutang.

19. NFC RM250 Juta milik kak Ejaat bikin lembu.

20. Ranah rezab Melayu yang tergadai.

21. Kos perkhidmatan yang meningkat. Elektrik, air dan pelbagai cukai.

22. Kenaikan harga barang.

23. Kenaikan harga minyak.

24. Dah lenguh tangan aku menulis. Belambak dan beratus lagi ALASAN kenapa UMNO-BN perlu di tukar dari memegang/memerintah kerajaan Malaysia..!

Harapkan pada UG inilah jadinya... Lain cakap lain bikin.. Dalam kelam berunding dengan Umno. Apa mau kasi hayat UMNO-BN panjang lagi ke..???

Tahniah you all, You all earn this all, on your own!! Malaysia is not for Malaysian people anymore, its YOURS!! Entirely yours!

ENGKORANG HANYA NAK REDHA SEGALA SALAH LAKU UMNO-BN.. BIARKANLAH UMNO-BN TERUS MEMERINTAH NEGARA..

Syssss...!!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena